Monday, August 3, 2009

MyFC =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Thai Spicy Chicken Wings

ChickenChop (Betul ke ejaan aku nih...?! Hentam sajalah Labu...)

French Fries

Mashed Potato

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!
Adakah ini sepupu sepapat KFC...?! ;-)


Aku tengah menunggu waktu untuk berbuka. Dah lama nak upload gambar-gambar ini. Tapi disebabkan kekangan kelajuan internet di Wang Ulu yang 'tersangatlah laju', maka akhirnya berjaya juga aku upload hari ini.

Jalan-jalan cari makan aku kali ini di MyFC Changlun Kedah. Lebih kurang sebulan yang lepas, aku, Mar, Diana & Ann ke Alor Star & Jitra. Singgah sebentar di Changlun untuk sarapan & makan tengahari. Bolehlah... Untuk mengisi perut yang tengah bergendang kuat. Harga pun OK je.

Gian nak masak dah datang. Aku nak masak. Belum berkesempatan lagi sejak balik ke Kangar ini. Mungkin balik rumah nanti baru ada peluang nak 'improve skill' memasak aku. =P Cuti pertengahan semester ini kena rancang menu baik-baik. Aku ada seminggu sahaja di rumah. Rindunya dengan masakan air tangan ibu!!! 7 bulan lebih beb aku terliur masakan ibu. Tahan... Tahan... Lagi seminggu lebih sahaja, aku bakal berada di rumah. Yahoooo!!!

Aku sebenarnya tengah ke'tension'an pasal laptop kesayangan aku. Beberapa jam yang lepas, baru sahaja masuk 'ICU'. Encik Aedy kata, pasanglah Ventilator. Wah3x... Kalaulah boleh pasang ventilator dan selesai masalah laptop aku, mahu sahaja aku buat loan sebiji ventilator dari PPUKM. ;-) Teringat perbualan telefon aku dengan Apek Kedai tadi.

Aku : "Apa masalah laptop saya?"
Apek Kedai : "Kena tukar Motherboard"
Aku : "Berapa kalau nak tukar"
Apek Kedai : "3... (Diam sebentar) 4... (Diam sebentar) 5...Ratus."

Wah3x... Bikin suspen sahaja angka-angka yang disebut itu. Botaklah kepala aku macam ini. Makin kuranglah BMI aku lepas ini. =P Tulunnnn!!! ;-)


Sayang sokmo,

Saturday, August 1, 2009

Aku Stress!!! =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku BUNTU!!! Laptop buat hal pula.
SEDIH... Rasa cam nak nangis je ni.
Aku belum khatam SolidWork!!!
Baru sedikit tutorial yang sempat aku buat...
Apa nak buat ni...?!
Duit lagi... Pusing pale aku...
TENSIONNYA...!!!!
AKU STRESS...!!!
Huwaaaaaaa...!!!
Tolong!!!


Sayang sokmo,

Tuesday, July 28, 2009

Listen to Teacher! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Dengar cakap Cikgu..."

This sentence has been talked to me 2 times.
Hehehe... I should remember it.
But sometimes I am really impatient.
Sorry Teacher!


Sayang sokmo,

Monday, July 27, 2009

Take Away H1N1 Virus =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

It's raining heavily outside there.
Hope that the rain will take away the H1N1 virus from here.
I don't like to be kuarantin!!!
It's enough only for today.
It's really bored and suffered.
=(
Help me!!!


Sayang sokmo,

Thursday, July 23, 2009

Final Year Project's Title =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

BIOMECHANICS ANALYSIS OF CEMENTLESS SHORT HIP STEM IN TOTAL HIP ARTHROPLASTY FOR MALAYSIAN'S POPULATION

This is my Final Year Project's title. Alhamdulillah. I'm under supervise of Mr. Yusof. He is very strict person. Hehehe... I have been scolded by him last Tuesday because of my lazyness. Huhuhu... Thanks to him, because of him I can finish my proposal earlier than expected. =)

Recently I have been very busy with Final Year Project. Even though the project haven't started yet, but I've to searched more information on what I'm going to do. I need to revise the human anatomy of hip, bone properties and amything that related to the total hip arthroplasty.

For my project, I'll use SolidWork software to design the cementless short hip stem in THA and analyze the finite elements by using Cosmos software. It's must be very tough for me since I didn't any basic of SolidWork before this. But I'll still do my very best to design and finish my project completely. =)

**To all my dear friends, please pray for my successful ya! =)


Sayang sokmo,

Saturday, July 4, 2009

Happy Belated Birthday Kas 04 Julai 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Lahir Kas!!!
Semoga dipanjangkan umur + dimurahkan rezeki (ucapan biasa bg orang yg sambut hari lahir). =)

Wajah belated birthday girl - Kas yg terharu + happy. =)



Barisan bodyguard Pak Arab Yemen. =P

Ramainya aweks En. Kentucky. ;-)

Rakan Pendamping Antarabangsa (RPA) UniMAP


Sayang sokmo,

Monday, June 15, 2009

Cuti-cuti Malaysia 11 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Menu hari ini adalah ikan ‘jaket’ goreng, sayur campur goreng dan sambal kentang & ikan bilis.

Sambal kentang dan ikan bilis (Tidak macam sambal bukan?!) Hehehe...

Ikan ’jaket’ goreng. Nampak macam dah rentung kan?! Tapi belum lagi, aku sempat selamatkan. Hehehe... =)

Sayur campur goreng

Sedap-sedap aku membuta petang tadi, tiba-tiba En. Aedy telefon. Aku ingatkan tengah dalam mimpi. Sekali realiti daa... Hehehe... Almaklumlah, tengah tidur kemudian bangun terkejut memang mamailah jawabnya. Nasib masa jawab telefon tadi aku sedar apa yang aku cakap kalau tidak, naya sahaja. =)

Terus ke dapur mencari makanan yang boleh dikunyah petang-petang begini. Last-last buat air Quakes cicah dengan biskut 4 segi. Bedal sahajalah. Lepas makan, aku ‘on’kan plug charger laptop. Terkena lagi! Ini kali ke-2 aku kena mild electric shock daripada extension plug kipas Tok Husin. Tidak boleh jadi ini. Berbahaya untuk kesihatan aku. (Sebab aku sahaja yang duduk menepek dekat dengan extension plug ini. Hehehe...) Naik atas selongkar mesin jahit Mak Lang cari test pen. Tidak jumpa tapi dapat screw driver Philips pun bolehlah. Gunting dah memang ada atas almari, sebat sahaja. =)

Dah lama tidak menjalankan operasi plug. Masa praktikal dulu, asal ada alat yang rosak sahaja, perkara pertama yang dibuat adalah men’check’ sambungan wayar plug dan fius plug. Itu adalah perkara wajib. =) Masalah plug ini apabila wayar tidak dipasang dengan kemas dan pada live wire terdapat kesan belahan yang mengakibatkan current telah mengalir keluar dan meng’shock’kan aku. =) Maka, operasi dimulakan.

Kemaskan?! 2 kali aku buka & pasang balik sebab salah bajet panjang wayar untuk diskru.

Alhamdulillah... Functioning WELL!!! Well Done! =)

Alat-alat McGyver aZu =P


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 10 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pendaftaran subjek semester 1 Final Year aku telah dibuka hari ini. Mar tolong aku daftarkan. Aku ada masalah untuk log in portal. Nasib baik Mar & Nad sudi hulurkan bantuan untuk mendaftarkan subjek bagiku. Tq!

Semalaman aku berfikir. Akhirnya aku membuat keputusan berdasarkan kata hati dan rasional kepala otak aku sahaja. Aku ingin buat solat istikharah tapi aku tengah ’offline’ sekarang. InsyaAllah bila ’online’ nanti, aku akan teruskan niat. Aku perlukan kepastian tentang pilihan yang aku buat. Ini masa depan aku. Lagipun aku tidak berkesempatan lagi untuk pergi cari maklumat di Internet memandangkan di rumah Atok tiada Internet. Aku belum sempat ke CyberCafe. =)

Masakan asam pedas ikan ’jaket’ aku hari ini sangat laris. Belum sampai pukul 3, telah licin asam pedas. Memandangkan Mak Lang dah beli pajeri nenas malam tadi untuk juadah tengahari ini, aku hanya panaskan sahaja. Senang kerja memasak aku hari ini. =)


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 9 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku goreng udang dengan lobak merah dan masak lemak sayur pucuk manis. Aku kopek sampai licin kulit udang sebelum masak dengan tujuan senang nak telan masa makan nanti, tidak perlu susah-susah nak kopek kulit lagi. Tapi, masa nak makan Atok cakap tidak mahu makan udang sebab dah tiada kulit. Atok mahu gigit-gigit kulit udang itu. Huhu... Apa-apalah labu...

First time aku masak masakan yang guna santan. Sebelum ini aku hanya tahu masak tumis, sambal dan asam pedas sahaja tapi hari ini aku kena masak lemak. Hentam sahajalah. Lagipun Mak Lang dah cakap macam mana nak buat malam tadi. Alhamdulillah... Selamat juga masak lemak sayur pucuk manis aku. Ibu pun terkejut aku buat masak lemak. Sebab aku mana pernah masak kalau duduk di rumah. Aku mula rajin memasak sejak masuk praktikal ini. Aku tinggal di rumah sewa PPUKM sekali dengan student PPUKM. Seronok memasak rupanya. Bertambah seronok lagi apabila tengok orang-orang yang kenyang dengan masakan kita. Pertama kali aku masak asam pedas & laksa Penang, merekalah orang pertama yang merasa. =)

** Aku lupa ambil gambar masak lemak pertama aku. Tidak mengapalah, yang penting SEDAP!!! =P


Sayang sokmo,

Cuti-cuti Malaysia 8 Jun 09

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku : ”Kenapa jalan lambat sangat? Sakit ke pakai kasut tinggi itu?”
Iffah : ”Iyalah... Iffah pakai kasut tinggi. Nanti boleh kahwin.”

Wah3x... Bijak sungguh jawapan adik sepupu aku. Baru berusia 4 tahun 3 bulan. Tidak tersangka jawapannya sebegitu. Begin with the end in mind. Hehehe... Aku belum pernah pakai kasut tumit tinggi lagi. Setakat main-main try di shopping complex adalah. Adakah aku belum boleh kahwin lagi selagi aku tidak pakai kasut tumit tinggi…?! Hehehe… Huh! Macam-macam. Aku nak pakai kasut tumit tinggi cepat-cepatlah nampaknya. =P

Antara kasut tumit tinggi yang pernah aku cuba.
Adakah aku akan stabil dengan kasut ini?! =)


Iffah : ”Kasihan Bibik, tidak ada suami.”
Aku : ”Aik? Mana Iffah tahu? Suami Bibik kan di Indon. Iffah tahu ke suami itu apa?”
Iffah : “ Entah… Iffah tidak tahu.”

Macam-macam sungguh pemikiran budak-budak ini bukan? Aku tahu, sedikit sebanyak Iffah get the idea maksud suami itu tapi mungkin dia tidak tahu untuk meng’explain’kan apa yang difahaminya. Tidak mengapalah. Dimaafkan. =)

Inilah Nur Iffah Qasrina Shawaludin. =)


Sayang sokmo,