Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Aku tengah menunggu waktu untuk berbuka. Dah lama nak upload gambar-gambar ini. Tapi disebabkan kekangan kelajuan internet di Wang Ulu yang 'tersangatlah laju', maka akhirnya berjaya juga aku upload hari ini.
Jalan-jalan cari makan aku kali ini di MyFC Changlun Kedah. Lebih kurang sebulan yang lepas, aku, Mar, Diana & Ann ke Alor Star & Jitra. Singgah sebentar di Changlun untuk sarapan & makan tengahari. Bolehlah... Untuk mengisi perut yang tengah bergendang kuat. Harga pun OK je.
Gian nak masak dah datang. Aku nak masak. Belum berkesempatan lagi sejak balik ke Kangar ini. Mungkin balik rumah nanti baru ada peluang nak 'improve skill' memasak aku. =P Cuti pertengahan semester ini kena rancang menu baik-baik. Aku ada seminggu sahaja di rumah. Rindunya dengan masakan air tangan ibu!!! 7 bulan lebih beb aku terliur masakan ibu. Tahan... Tahan... Lagi seminggu lebih sahaja, aku bakal berada di rumah. Yahoooo!!!
Aku sebenarnya tengah ke'tension'an pasal laptop kesayangan aku. Beberapa jam yang lepas, baru sahaja masuk 'ICU'. Encik Aedy kata, pasanglah Ventilator. Wah3x... Kalaulah boleh pasang ventilator dan selesai masalah laptop aku, mahu sahaja aku buat loan sebiji ventilator dari PPUKM. ;-) Teringat perbualan telefon aku dengan Apek Kedai tadi.
Aku : "Apa masalah laptop saya?"
Apek Kedai : "Kena tukar Motherboard"
Aku : "Berapa kalau nak tukar"
Apek Kedai : "3... (Diam sebentar) 4... (Diam sebentar) 5...Ratus."
Wah3x... Bikin suspen sahaja angka-angka yang disebut itu. Botaklah kepala aku macam ini. Makin kuranglah BMI aku lepas ini. =P Tulunnnn!!! ;-)

Sayang sokmo,

No comments:
Post a Comment