Friday, December 5, 2008

Hari ke-5 di PPUKM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sekarang ini. Dari mana dan macam mana nak mulakan, nanti aku fikirkan dahulu. =) Laptop kesayangan aku x ada dengan aku sekarang. Aku x bawa sekali time nak datang LI ini. Almaklumlah, barang lain semua dah sebeban. Tunggu aku dah ada laptop, aku karang banyak2x. Hehehe...

Dah 5 hari berlalu. Alangkah bahagianya kalau 5 bulan yang dah berlalu. Hahaha... Susah nak cakap. Bukan tidak seronok. Tapi, entahlah. Banyak perkara dan ilmu baru yang aku dapat dalam 5 hari ini. Terima kasih yang tak terhingga buat :

SAKINAH
DEVA
YANA
MIMI
FITRI


Mereka sifu aku. Depa pun student praktikal. Tapi dah nak habis minggu depan. Sedihnya. Aku keseorangan la nampaknya nanti. ='( Hahaha... Xpe2x... Walau macam mana pun, hidup perlu diteruskan. Jia You aZu! =)


Sayang sokmo,

Sunday, November 30, 2008

TQ Jijah! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Inilah Jijah! =)

Siapakah wanita melayu terakhir yang terpapar dalam blog aku kali ini?! Untuk pengetahuan semua, inilah Noorazizah Che Mustaffa! Jijah banyak tolong aku Jumaat lepas time aku g usha HUKM. Alhamdulillah... Aku dapat sewa hostel nurse. So, dekatlah sikit nak g HUKM setiap hari. Kalau berulang setiap hari, ibu aku dah risau nanti aku makin kurus. TQ Jijah! Aku bakal menjadi roomate Jijah sepanjang 6 bulan LI ini. =)


Sayang sokmo,

Usha di MPH Book Store =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Semalam aku ke Sunway Piramid bersama Mak Su dan Acu. Aku sempat singgah di MPH Book Store sementara Acu tengah sibuk memilih Webcam. Antara buku yang sempat aku usha :

RM250++ Huwaa... Aku ingin memilikinya!!!

Suka tengok buku kanak-kanak. Ceria!

Buku-buku bakal anak-anakku ;)

Sekarang tengah pokai lagi. Kena dahulukan yang mana lebih penting. X pa2x... Tunggu ceti haram ni dah kaya, aku pergi serang MPH tu. =) Hehehe...

** The Present karya Dr.Spencer Johnson - buku yang dah lama aku idamkan tapi x pernah berkesempatan untuk beli lagi ;)


Sayang sokmo,

Friday, November 14, 2008

Tahniah Syafiq! Tahniah aZu! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Kejayaan berturut buat keluargaku semalam. Tanggal 13 November mencatat sejarah sebagai antara hari yang menggembirakan dalam keluargaku. Kejayaan Syafiq mendapat 5A dalam UPSR & kejayaanku lulus JPJ kereta. Alhamdulillah.

Sebut pasal adikku yang seorang ini, ada banyak keunikan dalam diri dia. Aku akui, Syafiq memang sangat pintar. Dia mudah tangkap segala ilmu & sangat berminat dalam banyak hal. Borak pasal politik, on je. Borak pasal bola, on je. Borak pasal kereta & harga, on je. Borak pasal teknologi, on je. Pendek kata, serba serbi Syafiq nak conquer. Hebat... Hebat... Tabik spring la aku. =)

1 lagi ciri untuk adik aku yang seorang ini adalah sangat takut gambarnya dirakam. So, gambar dia dalam koleksi album famili dan dalam hp aku juga sangat susah nak jumpa. Tapi, aku akan publishkan juga gambar dia dalam blog aku. Gambar curi aku tangkap time Syafiq tengah tengok tv. Hehe...

Syafiq agak manja & rapat dengan aku. Mungkin sebab aku suka kelentong & kacau dia. & dia pun jenis yang x kisah & cepat blur. Lagilah aku suka usik. Lagi 1, nak goreng pun senang, Syafiq jenis yang lurus. Senang percaya cakap aku. Hahaha... (Sorry ek Syafiq... Habis semua rahsia ko terbongkar dlm blog Along.)

Lagi 1 yg buat aku makin sayang kat adik aku seorang ini adalah dia selalu habiskan apa yang aku masak. Even kdg2x aku masak sangat simple & kdg2x ter'hangus', tapi Syafiq x pernah kisah. Aku tahu, dia pandai jaga hati aku. Sama juga dengan Fadhli. =) Yang bestnya, setiap kali aku 'pau' Syafiq coklat, dia akan beli juga untuk aku. Hehehe... Bestnya!

Uniknya Syafiq pada soalan killer yg bakal dilontarkan. Serius. Syafiq jenis yang suka memerhati dan berfikir. Pernah sekali ketika naik feri untuk seberang sungai di Durin, dia bertanya aku.

"Along, kenapa feri yang angkut balak itu x tenggelam eh? Padahal base feri itu diperbuat daripada besi berat. Kalau besi letak masuk dalam air kan akan tenggelam. Peliknya."
Aku terkedu. "Apa nak jawab ni?" Otak ligat cari idea untuk kelentong sekali lagi. Tiba-tiba terlintas pasal daya keapungan air. Hehehe... Aku pun apa lagi, main taram sahaja la jelaskan pada Syafiq pasal itu. Entah betul entah tidak.

Pada aku, soalan dia sgt jarang disoal. Biasanya kita akan hanya melihat pada luaran kejadian. Kadang-kadang kita sendiri pun jarang memikir punca & akibat sesuatu kejadian yang wujud. Aku juga kadang-kala begitu. Jarang mengasah minda untuk berfikir. Malas. Tapi, Syafiq lain. Dia tengok, dia fikir, dia analisis, dia simpan. Mungkin itu anatra sebab Syafiq mampu menguasai pelbagai ilmu. =)

Ok, dah panjang sangat aku 'mengumpat' pasal Syafiq. Apa2x pun, CONGRATULATION for SYAFIQ!!! I'm really proud to have u as my brother. Buat adik-adikku yang lain, jangan jeles. Along sayang sangat kat korang semua. Angah, Fadhli, Syafiq & Najihah. Teruskan melakar kejayaan gemilang buat diri sendiri & ibu ayah. =) Sayang sokmo!


Sayang sokmo,

Perpisahan Sementara (Dedikasi Khas Buat Pensyarah2x & Sahabat2x BME)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sehari lagi telah berlalu. Kerja aku sejak 2 3 hari ini adalah menghitung hari. Bukannya tidak akan bertemu lagi. InsyaAllah ada umur yang panjang, still dapat jumpa masa Tahun 4. Tapi, siapa yang tahu hari depan bukan?! Entah sempat entah tidak. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi. =)

Agak sentimental sejak 2 paper last itu. Semakin terasa sayu. Masa study Control di bilik study B5, aku dah mula rasa kekosongan dalam hati. Walau dalam gurauan kami, masih tersisa rasa sayu. 6 bulan x berjumpa, hati dah sayu. Bukan setakat sayu berpisah sementara dengan rakan-rakan. Malahan untuk tinggalkan makmal-makmal & peralatannya rasa sayu. Almaklumlah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain (Betul ke peribahasa aku ini? Hehe... Sesuai x penggunaannya? Aku x sure sgt.)

Baru sahaja habis "1st Batch Dinner Biomedical Electronics Engineering". Dalam keseronokan, terselit rasa syahdu dalam hati. Mungkin wajah aku x pandai untuk menyembunyikan perasaan aku tika ini. Sungguh. Aku sedang berlawan dengan perasaan sendiri.

En. Hanafi : aZu, kenapa mlm ini nampak down je? (Entah... Lebih kurang gini rasanya soalan Encik Hanafi. Aku x berapa dengar.)
Aku : Sedih. Saya sedih nanti lama x dapat tengok Shorubber lagi. (Nak cover sayu. Baik punye alasan.)
En. Hanafi : (Buat muka =P) Good luck LI nanti.
Aku : Ok Encik. Thanks.

Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. =) Yang lepas tetap dikenang sebagai sejarah dan masa hadapan tetap menanti. Lakarkan peristiwa terindah di hari depan untuk kenangan terindah dalam hidup kita. Semoga perpisahan sementara kita pada waktu ini bakal menjadikan kita sebagai orang yang lebih matang dalam menghadapi dunia luar. InsyaAllah.

Buat pensyarah-pensyarahku:
::En. Yusof::En. Hanafi::En. Megat::En. Nasrul::En. Nashrul::Cik Aisyah::Cik Farah::Dr. Yusoff::

"THANK YOU VERY MUCH"
Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepadaku
Maaf andai ada kata-kata yg menyinggung hati
Terima kasih atas segala kata semangat & dorongan selama ini
Doakan kejayaan kami sepanjang LI ini & final lepas

Buat sahabat-sahabatku :
MarDianaSuAinIzzahAziJuKamaliaK.FarahMira(H)NadAyuHajarMira(S)
SyuWaniSarahTiniIdaHanaFiraIkaAidaPohChooKarLinPeiSiaHueyNee
K.Dayah
K.AqmaK.AzK.NadiaK.ZuraK.ZainabAnneLuqmanRoehPianMowk
WeyhNajib
ZainalLiminAsyrafJumiSuhaimiHafizTokAmirShuibZikAdam
Pa'anAyieAzizul
MunishMiorAzrilSepulGorry

"TOGETHER WE STAND FOREVER"
Selamat menjalani Latihan Industri
Minta halal segala makan minum
Minta maaf atas semua salah silap
Semoga panjang umur & jumpa lagi Semester 7

Salam sayang dari aZu buat semua
("*(",)


Sayang sokmo,

Tuesday, November 11, 2008

Safety oh Safety

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Down!
::Sorry::

Blank!
::Oh, my GOD::

Sad!
::No use::

Regret!
::Too late::

Huwaaa... =( "Sorry, Mr. Yusof." That's the only word i feel like really want to say to you now. I can't make it. Really. Just pray that everything will be OK! Feel down. But tomorrow still have the last paper. Cheer up aZu!

Cheer Up!
::Forget the past::

All The Best!
::It's not too late::

Persist!
::When others are quitting::

"Selagi ada masa, selagi itu ada peluang"

aLL d Best!!!
=) Biomedical Control System =)


Sayang sokmo,

Friday, November 7, 2008

Kisah Kucing Lagi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pagi tadi semasa aku nak turun ke bilik study, aku terserempak dengan kucing yg selalu aku kendong ini. Aku bawa cekodok turun, mungkin dia terbau dan ikut aku. Tiba-tiba ada seekor rama-rama tengah terbang rendah.

Rama-rama ini menarik perhatian kucing tadi, kucing itu x jadi ikut aku terus terkam ke arah rama-rama. Dengan sekali terjahan saja, dia dapat menangkap rama-rama tersebut. Aku nampak dia gigit rama-rama tersebut sekali, lepas itu dia main-main dengan rama-rama itu. Rama-rama itu pun mestilah dengan susah payahnya berusaha untuk terbang selamatkan diri daripada kucing.

Percubaan pertama gagal. Kucing dapat tangkap rama-rama kembali. Lepas itu, dia main-main cekau balik dengan rama-rama. Peluang rama-rama untuk melepaskan diri datang sekali lagi. Kali ini rama-rama terbang tinggi sehinggakan kucing tidak mampu lagi menangkap rama-rama tersebut. Habis melepaslah kucing itu, dahlah tidak dapat main-main cekau dengan rama-rama lagi malahan nak makan rama-rama tersebut pun tidak berkesempatan. Akhirnya melepas jua kedua-duanya.

Dalam hidup kita jua begitu. Allah telah membuka jalan kepada kita dengan memberikan pelbagai peluang dalam hidup kita. Tiada siapa yang tahu samada peluang ini akan berulang lagi jika kita melepaskannya pada waktu kita mendapatnya.

Samalah macam kucing itu tadi, dah dapat peluang untuk makan tapi main-main. Akhirnya melepas kesemuanya. Kucing itu ibarat kita manusia. Si rama-rama pula adalah peluang yang hadir dalam hidup kita.

Sekali peluang hadir, genggam dan tunaikanlah ia dengan sepenuh hati. Mungkin ini peluang kita yang terakhir, siapa tahu kan?! Jika kita main-main, leka dan tidak ambil kisah dengan peluang yang hadir, jangan menyesal di kemudian hari kelak. Kerana orang yang tidak menghargai peluang yang telah diberikan memang layak untuk itu. ”What u give, u’ll get back”

Pesanan ini dititip khas buat diriku dan sahabat-sahabat sekalian. Hargailah peluang yang datang dalam hidup kita. Buat sehabis baik! =) All d best for d next 2 paper.


Sayang sokmo,

Pemergian Lagi... Salam Takziah Buat Gorry... =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Yang pergi tetap pergi, yang masih ada teruskan perjuangan. Salam takziah buat sahabatku, Sahrizan yang telah kehilangan bapanya pagi semalam. Aku turut berasa sedih atas kehilangan itu. Semoga diberi keteguhan hati dan iman untuk bertahan. Dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan taqwa. Amiin...

Benar kata Kamalia, sekali berita kematian, akan ada berita kematian lagi seterusnya menyusul pada waktu terdekat. Ya, Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segala sesuatu. Bulan lepas sahaja, kehilangan arwah Pak Cik Saad, sahabat baik ayahku dan arwah isteri Dr. Badlishah. Awal bulan ini pula, pemergian arwah Prof. Nazri, arwah ibu kpd salah seorang student Computer dan arwah bapa Sahrizan. Semoga semua mereka diampunkan dosa dan dicucuri rahmat.

Kembali ke soal kematian, dulu aku pernah berbicara dengan Wawa sewaktu Tingkatan 5. Hanya kami. Kurang lebih seperti luahan hati kiranya. Dulu, hatiku kuat sangat menyatakan bahawa aku akan pergi dengan kemalangan. Memang benar, aku sangat fobia dengan kemalangan. Semenjak peristiwa Tingkatan 4 dahulu. Mungkin pada waktu itu aku membiarkan hanya perasaan yang berbicara walhal aku mengetahui bahawa nyawa ini milik-Nya. Aku bersalah. Tatkala melihat sendiri kematian di hadapan mataku, aku insaf. Tidak lama setelah perbicaraan kami, arwah Tok kpd Wawa pergi. Aku turut pergi bersama Wawa menziarahi arwah. Sedih, berguguran air mata tatkala membaca Yaasin di sebelah arwah. Biarpun aku tidak pernah mengenali arwah namun ikatan saudara Islam mendekatkan kami. Sesungguhnya masa mereka telah tiba, hanya kita yang tinggal sahaja belum tahu kapan akan bertemu dengan-Nya. Wallahualam...


Sayang sokmo,

Wednesday, November 5, 2008

Kucing Mengorat ("*(",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini dari pagi sampai petang, aku asyik terserempak dengan kucing jantan yang tengah berusaha mengorat kucing betina. Mungkin pasangan ideal gamaknya. Kucing betina warna putih & sedikit oren yang jantan pula warna oren. Oren sama oren. Mungkin inilah namanya jodoh. Hehe...

Awal-awal pagi lagi aku dah nampak pasangan ini di bawah blok 5. Lepas itu, time nak naik bilik waktu lunch, nampak pasangan romantik ini di aras 2 blok aku. Lepas makan, turun nak pergi bilik study, nampak pasangan bahagia ini di aras 1 pula. Waktu Maghrib ini pula, nampak lagi couple ini tengah berdating dekat tepi tangki air bawah blok aku. Isk... Dating je kerja seharian ini eh. Study lagi weyh... (Hehehe... Tekanan perasaan betul la)

Sengaja berkongsi cerita merepek aku untuk hari ini. Nak lepaskan ke'tension'an. (Hahaha... Tau tension ke aku ini?!) Aku pernah terfikir, bagaimanalah agaknya kalau alam ini wujud dengan kehadiran dunia makhluk-makhluknya tersendiri. Misalnya haiwan juga mempunyai organisasi pemerintahan sendiri, ada Perdana Menteri, ada Kabinet, ada pendidikan sendiri, ada universiti, ada balai polis, ada supermarket dan macam-macam lagi. Wah3x... Sesaknya jalan raya dengan kenderaan manusia dan kenderaan haiwan lain. Cuba bayangkan... Bagaimanakah agaknya rupa kenderaan mereka ek?! Mungkinkah lebih canggih daripada kita atau sebaliknya. Isk3x... Khayalan yang merepek lagi. Tapi benar, aku pernah bertanya persoalan ini dengan kawan-kawanku, mereka gelakkan aku. "aZu... aZu... Kelakarlah soalan itu." "X pe... X pe..." bisikku dalam hati sendiri. Hanya aku sahaja yang ada khayalan begini. Hahaha... =)


Sayang sokmo,

Tuesday, November 4, 2008

Motivation III

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

What u give, u get back... Ehemmm...
~all d best~


Sayang sokmo,