Sehari lagi telah berlalu. Kerja aku sejak 2 3 hari ini adalah menghitung hari. Bukannya tidak akan bertemu lagi. InsyaAllah ada umur yang panjang, still dapat jumpa masa Tahun 4. Tapi, siapa yang tahu hari depan bukan?! Entah sempat entah tidak. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi. =)
Agak sentimental sejak 2 paper last itu. Semakin terasa sayu. Masa study Control di bilik study B5, aku dah mula rasa kekosongan dalam hati. Walau dalam gurauan kami, masih tersisa rasa sayu. 6 bulan x berjumpa, hati dah sayu. Bukan setakat sayu berpisah sementara dengan rakan-rakan. Malahan untuk tinggalkan makmal-makmal & peralatannya rasa sayu. Almaklumlah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain
(Betul ke peribahasa aku ini? Hehe... Sesuai x penggunaannya? Aku x sure sgt.)
Baru sahaja habis "1st Batch Dinner Biomedical Electronics Engineering". Dalam keseronokan, terselit rasa syahdu dalam hati. Mungkin wajah aku x pandai untuk menyembunyikan perasaan aku tika ini. Sungguh. Aku sedang berlawan dengan perasaan sendiri.
En. Hanafi : aZu, kenapa mlm ini nampak down je?
(Entah... Lebih kurang gini rasanya soalan Encik Hanafi. Aku x berapa dengar.)Aku : Sedih. Saya sedih nanti lama x dapat tengok Shorubber lagi.
(Nak cover sayu. Baik punye alasan.)En. Hanafi :
(Buat muka =P) Good luck LI nanti.
Aku : Ok Encik. Thanks.
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. =) Yang lepas tetap dikenang sebagai sejarah dan masa hadapan tetap menanti. Lakarkan peristiwa terindah di hari depan untuk kenangan terindah dalam hidup kita. Semoga perpisahan sementara kita pada waktu ini bakal menjadikan kita sebagai orang yang lebih matang dalam menghadapi dunia luar. InsyaAllah.
Buat pensyarah-pensyarahku:::En. Yusof::En. Hanafi::En. Megat::En. Nasrul::En. Nashrul::Cik Aisyah::Cik Farah::Dr. Yusoff::
"THANK YOU VERY MUCH"
Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepadaku
Maaf andai ada kata-kata yg menyinggung hati
Terima kasih atas segala kata semangat & dorongan selama ini
Doakan kejayaan kami sepanjang LI ini & final lepas
Buat sahabat-sahabatku :MarDianaSuAinIzzahAziJuKamaliaK.FarahMira(H)NadAyuHajarMira(S)
SyuWaniSarahTiniIdaHanaFiraIkaAidaPohChooKarLinPeiSiaHueyNee
K.DayahK.AqmaK.AzK.NadiaK.ZuraK.ZainabAnneLuqmanRoehPianMowk
WeyhNajibZainalLiminAsyrafJumiSuhaimiHafizTokAmirShuibZikAdam
Pa'anAyieAzizulMunishMiorAzrilSepulGorry
"TOGETHER WE STAND FOREVER"Selamat menjalani Latihan Industri
Minta halal segala makan minum
Minta maaf atas semua salah silap
Semoga panjang umur & jumpa lagi Semester 7
Salam sayang dari aZu buat semua
("*(",)