Hati... Bersabarlah engkau. Janganlah dek kerana hal yg sebesar kuman ini akan menjejaskan pehubungan yg telah terbina selama ini goyah. Jangan dek ikutkan perasaan amarah ini, kau kehilangan sesuatu yg amat berharga dalam hidup. Sesungguhnya bersabar itu adalah sebahagian daripada iman. Bersabarlah hati.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Janganlah biarkan aku, insan yg lemah ini bertindak mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya hanya Kau yg Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Bantulah hambaMu yg lemah ini. Hamba yg selalu tewas dgn perasaan dan sifat duniawi. Berilah aku kekuatan rohani dan fizikal untuk aku terus mengharungi segala badai dan dugaan sepanjang hayat dikandung badan.
Mulakan hari anda dengan hati yg bersih. Tapi pagi ini hatiku demam. Terkena virus yg tidak disangka-sangka. Huwaaa... Rasa macam nak marah je tadi, tapi nasiblah akal pagi ini mendahului perasaan. Bukan salah dirinya. Allah yg dah tentukan janji kita tidak dapat dipenuhi. Bukan salah dirimu. Dan bukan jua salah diriku. Tiada siapa pun yg bersalah kerana segalanya telah ditentukan olehNya.
Berfikir kembali secara matang dan kritis, kejadian pagi ini adalah untuk menduga kita sebagai hambaNya yg lemah terhadap level kesabaran kita. Andai kata perasaan aku mendahului akal pd pagi ini, besar kemungkinan satu perselisihan telah berlaku. Dan mungkin jua ukhuwah yg telah terbina selama hampir 3 tahun ini akan roboh dalam masa beberapa minit sahaja. Namun segalanya berkat KESABARAN. Terima kasih kepadaNya kerana telah memberi peringatan yg berguna kepada diriku yg leka ini.
Bersabarlah hati. Beristiqamahlah dalam melakukan pekerjaan. Niatkanlah segalanya kerana Allah. Sesuatu pekerjaan yg kecil itu boleh menjadi besar hanya kerana niat dan sesuatu perkara yg besar itu boleh menjadi kecil jua kerana niat. Oleh itu, teruskanlah berusaha. Lagi 4 paper untuk terus berjuang. Jangan lagi kalah pada diri sendiri. Biarkanlah bayang-bayang masa silam pergi, dan usah diratapi. Buktikan kemampuan diri. Segalanya kerana Allah. Bantulah agama Islam, umat Islam, negara Islam dan sewaktu dengannya. "Apa2x yg kamu lakukan, ingatlah pd ibu dan ayah kamu" pesanan Cik Aisyah sewaktu last lecture EM. Apa2x pun, thanks buat semua lecturer yg telah bertungkus-lumus mengajar kami. Berkati dan izinkanlah ilmu yg telah kalian curahkan kepada kami. Semoga doa para pensyarah akan mengiringi kejayaan kami. At last, terima kasih buat lecturer semester ini: En. Yusof yg besh, En. Nasrul yg rock, Cik Aisyah yg comey,En. Faizal yg tegas,En. Megat yg rajin,Dr. Rizon yg sempoi,En. Madi yg baik,En. Shahir yg sweet,Cik Ooi yg terer & Cik Asliza yg understanding. Thanks to all of u... Doakan kejayaan kami!!