Thursday, March 27, 2008

Malang Tidak Berbau... :-(

Huhuhu... Malang x berbau, klu berbau bkn malang la jwbnya. Hari ini dlm sejarah lagi. Setelah 5 thn kemalangan bus dulu, akhirnya dgn kehendak Allah, aku accident lg. Syukur alhamdulillah... Aku & Mar selamat. Kami berlanggar dgn kereta saga. Nak dijadikan cerita, aku mcm biasa la dok usha2x bgnan. Kebetulan bgnan d'Mara menarik perhatianku time tu. Setelah puas memandang bgnan tu, aku toleh ke depan. Aku tergamam. 'Adakah aku akan accident lg?' Tu je yg ada dlm otak aku. Aku nampak yg Mar kmungkinan akan melanggar kereta tu. Dan aku tau gak yg Mar sndr pun x mampu nk bt ape2x lg utk mengelak. Akhirnya kami jatuh jua setelah 'mencium' buntut saga td tu.

Nebes mmg nebes. Aku dh berkali-kali berhadapan dgn accident, membuatkan aku jd lbh alert. Tatkala tumbangnya motor ke jln raya, aku dgn cpt2x bgn dari motor dan toleh ke belakang. Bimbang kalau2x ada kenderaan belakang yg mara. Aku terus tarik Mar. Mar nampak x larat. Mungkin terkejut. Aku pun. Tapi control beb. Menggeletar dah tgn time tu. Nasib baik semua selamat. Cuma motor mar rosak sikit la.

Mcm biasa la, apabila berlaku accident msg2x akan mempertahankan diri sendiri. Rasanya jrg nk jumpa org yg nak mengakui salah ini. Msg2x tunding jari ke arah pihak bertentangan. Empunya kereta saga ni x sedar yg ktorg langgar kereta die sampai la dgr bunyi. Xtau la bunyi pe ek. Menurut kate die la. Die cam nk salahkan ktorg sb x nampak signal yg die bg. Aku & Mar time tu blur. Aku x nampak ape2x sb aku dok melopong tgk d'Mara td. Tau2x je dh nak berlanggar. Mar lg la, cam mamai je. Terkezut la kot. Iye la... Xpernah2x accident cam ni skali. Nasib ktorg baik, Allah permudahkan ktorg. Ada saksi yg mampu bela ktorg. KAMI TIDAK BERSALAH!!! Huhuhu... Hakikatnya mmg pun kami x bersalah. Mak cik tu yg belok dpd line tgh scr tiba2x. Mmg la die dh bg signal awal2x, tp cara & timing die belok tu salah. Huhuhu... Aku yg x da lesen ni pun tau gak. Pak cik yg ikut belakang motor ktorg td backup kami & ada gak org2 tepi jln yg tgh bt pagar nampak kami x bersalah. Depa la tolong kami. Kalau x, mampos la nk bayar duit baiki motor.

Aku nak share di sini, masa ktorg jatuh td xda sapa pun yg dtg berikan bantuan. Padahal ramai gak yg menonton dr tepi. Mmg la x mengharap tapi sbg manusia depa sepatutnya ada nilai kemanusiaan. Tgk lak kami ni perempuan, ni kami bgn sendiri angkat motor sndr. Tapi nasib la ade yg tlg backup. At least depa x la menjadi penonton patung bernyawa. Ada gak sumbangan sesama insan. Thanks byk2x bt insan2x yg telah membantu kami. Moga kalian dirahmati Allah.
Fobia gak sebenarnya, tapi inilah dugaan Allah bt kami. Ada something yg Allah nak tunjukkan kpd kami. We should learn something. Kematian tidak dapat dijangka. Ianya boleh berlaku di mana2x dan pada bila2x masa sahaja. So friends, ini adalah peringatan buat diriku khususnya dan amnya bt sahabat2xku sekalian. Walau di mana kita berpijak di bumi Allah ini, ingatlah bahawa mati itu x mengenal masa dan ketika. Are u ready for it? Bersamalah kita mempertingkatkan pahala dan mengurangkan dosa. InsyaAllah...

No comments: