Monday, April 27, 2009

Hari Keluarga Unit Awam di Port Dickson 25 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku berpeluang join Hari Keluarga Unit Awam yang dianjurkan di Port Dickson. Terima kasih buat semua staf Unit Awam & Kak Ida serta Kak Fani. 1 lagi memori sewaktu praktikal telah tercipta. =)

Wah3x... Terornya En. Ashraf! Dalam pejam mata pun boleh bakar udang. =P

Dari kanan : Kak Fani, Kak As, Kak Ida & aku
Inilah antara wajah-wajah pem'bbq'. =)

Kenapa yee... Qistina pandang aku macam itu sekali?!

Qistina

Alamak... Terpejam la pulak mata time ambil gambar ini. Pejam dalam senyum pulak tu. Isk3x...

Happy family of En. Izam

** Gambar selebihnya akan di'upload' kemudian. Sedikit sahaja gambar dari kamera aku. =)


Sayang sokmo,

Saturday, April 25, 2009

Cardiac Bypass Live Surgery 23 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Setelah 5 bulan lebih aku berada di PPUKM, akhirnya dapat juga aku tengok live surgery. Terima kasih istimewa buat En. Mawi - Medical Technician . Terima kasih juga buat En. Khairul - bawa aku join T & C, KJ Shida - izinkan aku masuk OT, PM Dr. Mirzan (kalau tidak silap) - surgeon yg baik hati, En. Perfusionist Heart Lung Machine (aku lupa tanya nama) - terangkan berkaitan heart lung machine, Cik Shida - Cardiac Perfusionist, staf-staf OT & lain-lain yg terlibat.

Bukan senang rupanya nak tengok live surgery. Jijah, Wawa & student nurse yang dah lama study di sini pun masih tidak berpeluang untuk masuk tengok. Alhamdulillah, rezeki aku even 6 bulan sahaja aku berada di sini, aku dapat peluang keemasan ini. Bersyukur sangat! Puncanya hari Isnin lepas aku join T & C Flowmeter & Cerebral Oxymeter. Aku berminat sangat dengan 2 alat ini disebabkan wakil dr company yang jual barang ini sangat best penerangannya. Tip Top beb! Even tidak semua yg aku faham tentang apa yang diterangkan (banyak sangat medical term) tapi i still get the idea of what actually that machine for.

Aku perasan time wakil syarikat tengah terangkan, ada mamat seorang ini berdiri juga tepi mesin itu. Aku ingatkan doktor. Buat dek sahaja la. Tiba-tiba dia mencelah bg penerangan juga. Makinlah aku tambah berminat sebab semakin ramai dengan rela hati mengajar aku yg tidak tahu apa-apa ini. =) Selesai sahaja penerangan, bro itu tanya aku faham ke tidak. Aku jawablah, aku tidak faham semuanya tapi get the idea la. Tergerak hati utk tanya samada dia doktor ke tidak. Rupa-rupanya En. Mawi Medical Technician. Sama field la ni. Ini yang lebih excitedkan aku. Ringan sahaja mulut aku tanya boleh tidak kalau aku nak masuk tengok surgery yang menggunakan alat tersebut. Tanpa ragu-ragu dia terus cakap boleh. Aku lagilah excited. Pucuk dicita ulam mendatang. =)

Seawal pagi Khamis lagi aku dah sms En. Mawi. En. Mawi suruh aku masuk awal dalam pukul 9.30 pagi, boleh tengok prosedur sekali. Aku masuk OT dalam pukul 10.15 selepas minum pagi. Masa aku masuk, dada patient dah buka. Aku sempat tengok dari jantung yang berdenyut hinggalah ke jantung yang tidak berdenyut dan seterusnya berdenyut kembali. Semasa jantung tidak berdenyut, fungsi heart fully take over by heart-lung machine. Wahhh!!! Betapa kagumnya aku melihat wayar-wayar darah yang berselirat di mesin itu. Kagum juga melihat betapa expertnya En. Perfusionist mengendalikan heart-lung machine. Peranannya sangat penting di saat ini di mana beliau me'maintain'kan keadaan patient sepanjang jantung tidak berdegup untuk memastikan darah supply to other parts of body is continuous.

Sungguh! Aku sangat kagum tatkala berada di dalam dewan bedah ini. Pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan. Terima kasih buat semua! 1 lagi memori telah tercipta di Dewan Bedah PPUKM. =)

Heart-lung machine which fully take over heart function during bypass procedure. Hebat kan?!

Flowmeter which show the flow of fluid in vessel. Pulse index which below than 5 and more than 1 show that the flow is smooth & good so the surgeon don't need to redo the bypass.

Cerebral oximeter which measure the oxygen saturation in brain. Diffeence between pulse oxymeter and cerebral oximeter is cerebral oxymeter can still measure the saturation when no heart beat while pulse oxymeter can't.

*Aku tidak upload gambar surgery tengah dilakukan. Aku risau masalah ethic. So, biarlah gambar itu menjadi koleksi peribadi aku sahaja. =)



Sayang sokmo,

Sunday, April 19, 2009

Ice Skating Sunway Pyramid 19 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ahad lepas aku, Mar, Kak Farah & Tok blind date di Sunway Pyramid. Ini perjumpaan kali pertama sejak dah LI 5 bulan lebih. Baru ada kesempatan untuk kumpul bersama. =) Idea ice skate ini Tok yang bg. Aku yg lebih-lebih excited melobi untuk main. Hehehe... Nak merasa pengalaman baru.

Aku gerak dari Cheras pukul 8.15 pagi. Dalam pukul 9.30 dah sampai KL Sentral. Tiba-tiba tergerak hati nak call Mar. Rupa-rupanya Cik Kak baru bangun. Gawat... Gawat... Dah janji dengan Kak Farah mesti sampai di stesen komuter Subang Jaya by 10 am. Apa nak buat, aku tunggu Mar di KL Sentral sementara dia gerak dari Serdang. Sementara melilau-lilau di KL Sentral, perut aku meronta-ronta minta diisi. Aku pergilah melantak bakso di Medan Selera semangkuk.

Mar sampai sahaja di KL Sentral, kitaorang terus kelam kabut turun ke platform Pelabuhan Klang. Kasihan Mar. Tidak pasal-pasal kena beli tiket lagi sekali sebab dah termasukkan dalam mesin. Hehehe... Salah aku juga sebab tidak bagitahu Mar. Sori!

Pukul 11 lebih baru sampai di Stesen Subang Jaya. Kak Farah & Tok pun dah penat menunggu. So, terus gerak ke Sunway Pyramid. Ok, sekarang biarlah gambar berbicara pula. =)

Kecuakan melanda kami. Hanya mampu meng'usha' dahulu keadaan sambil mengumpul semangat. Dalam masa yg sama juga, mencari geng-geng yg expert meniti dinding kaca kerana kami juga bakal meniti bersama. =P

Apa-apa pun, perut mesti mahu isi dahulu sebelum turun meneruskan perjuangan. Aku makan set A di Wendy's. 1st time makan di Wendy's. Beef burger 1 biji + nugget 3 biji + air berkarbonat Cukuplah untuk supply energy before skating (Aku dah melantak semangkuk bakso di KL Setral tadi).

Cehhh... X ada la tajam mana blade kasut skate ini. Masih tidak mampu la aku untuk menggegarkan dan membelah ais-ais dalam sana nanti. =P

Inilah muka-muka skaters pro (Pro la sangat... Hehehe...). =)

Berjaya gak aku berdiri & jalan tanpa meniti dinding kaca. Setelah beberapa round meniti, akhirnya aku mampu mengimbangkan diri. Itupun bawah tunjuk ajar seorang adik yg baik hati - Yen Yen. TQ Yen Yen!

Awal-awal tadi nak lepaskan tangan dari dinding pun cuak. Sekarang dah boleh bagi 'peace', kalau tadi jangan haraplah aku nak buat macam itu. Nanti tidak pasal-pasal tersungkur macam nangka busuk. =)




Aku, Kak Farah & Mar before my last round.

Puas hati aku! Lebih 10x aku tawaf. 5x tergolek mcm nangka busuk. Belum terror lagi. Tapi pengalaman itu sangat seronok. Excited sgt2x! Terima kasih khas buat Yen Yen & adiknya. Adik comel inilah yang ajar & bagi kekuatan untuk aku bermula ice skate tadi. Tidak sempat ambil gambar & ucap thanks buat kali terakhir before balik. But i'm really appreciated of what she has thought me. =) Mana tidaknya, dalam ke'lost'an aku mula ice skate tiba-tiba ada tangan halus yang disua. Aku tersenyum & sambut tangan kecil itu. Siapa sangka a stranger akan giving a help dalam keadaan aku yg tengah lost masa itu. =) Ada masa & duit lagi, aku mesti main lagi. Sangat best!


Sayang sokmo,

Sunday, April 12, 2009

Logbook & Aku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kepala aku sakit. Dah berlarutan 2 minggu lebih. Adakah ini simptom-simptom stress? Aku pun x sure. Aku masih bertungkus-lumus dengan logbook. Selasa depan En. Megat dah nak visit. Makin sakit kepala aku. Aku di library PPUKM ini. X pernah aku menghabiskan masa hujung minggu aku di library. Selalunya aku balik Serdang. Minggu ini terpaksa stay sebab salah aku juga ada hobi kumpulkan kerja & suka buat kerja last minute. Rasakanlah sekarang penangan logbook. =)


Sayang sokmo,

Sunday, March 29, 2009

Logbook's Weekend =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Huwaaa...!!! Minggu ini sahaja aku habiskan masa khas untuk logbook. Padan dengan muka aku. Buat kerja last minute lagi. Target aku hujung minggu ini untuk siapkan sampaikan minggu 12. Tapi x tercapai target aku. Namun aku puas hati sebab at least dalam suku logbook dah berisi daripada dulu yang langsung kertas putih melepak tak berusik. Hehehehe...

Aim petang ini untuk siapkan lagi 3 entri sebelum balik Cheras. InsyaAllah... Malam ni pulun lagi. Aku dah cari & save bahan untuk logbook, in case kalau x dapat wireless di Cheras nanti. Harap-harap aku mampu siapkan logbook by end of this march. =) Lecturer nak datang visit awal April ini, so kena pulun la. Hehehe...

Time aku tengah rajin, pen pula buat hal. Pen baru beli pun dakwat sekat-sekat. Tapi, nasib semangat aku kuat, aku teruskan juga buat. Hehehe... Sebenarnya dah terdesak, kalau x buat nanti logbook x sempat siap sebelum visit. Itu yang gagahkan juga buat.

Ok la, aku nak teruskan perjuangan ini sahabat-sahabat... Doakan aku sempat siapkan logbook & capai target aku. Hehehe...


Sayang sokmo,

Monday, March 23, 2009

Birthday Special =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Wawa (3/23/2009 4:14:54 PM): salam azu
Wawa (3/23/2009 4:15:00 PM): selamat hari dewasa
Wawa (3/23/2009 4:15:02 PM): dah 22 umur
Wawa (3/23/2009 4:15:23 PM): jadikan peningkatan umur sejajar dengan pertumbuhan iman dan kefahaman
Wawa (3/23/2009 4:15:26 PM): amiiin
Wawa (3/23/2009 4:15:34 PM): saya xda credit nak text

23 Mar 09, 01:32
su tetap kiut: happy birthday azu... kalau ikot tyme kat german, tak birthday awak lagi.. kiranya kalu dok kat sini awak muda lagi laa.. heee... saya doakan segala yang terbaik untuk yang sebaik kamoo~~ Aamiin =)

su: selamat hari lahir sahabatku yang tak penah2 gemok mcm diriku... salam sayang dari perantau bernama su na yang kiut... doaku semoga Allah merahmati kamoo slaalu...

From:Z@ck _
To:Me
Date:Mar 23, 2009 1:07 AM
Subject:salam
Message: happy birthday

She-kyn: happy birthday to you...
She-kyn: happy birthday to you...
She-kyn: happy birthday to you...
She-kyn: nazurah....
She-kyn: happy birthday to you..

Nad
22/03/2009 5.00 pm
A bunch of roses
A touch of love
wishing u "HEPI BIRTHDAY TO U!!
slmt hr tua.kui3;)

Nad
23/03/2009 3.25 pm
Hepi besday 2 nazurah skali lg...hehe,kali ni trima la kenyataan yerr..bhw ko sudah tua..hahaha

23 Mar 09, 19:17
Lim - ah Nee: selamat hari jadi azu

Noor Masyitah wrote
at 7:39pm
hepi bday azu...moga pjg umo n murah rezeki..wish u ol d best in every future undertakings..;)

Salwa Adila Azli wrote
at 4:44pm
happy birthday azu!

len
Posted 03/23/2009 10:00 am
hey,fenz
hv a long time no contact liao...
happy birthday oh!!!

Ann
23/03/2009 12.03 am
Hepi besday azu..sweet 22..h0pe g0d bless u today n always..staycuTE..=)

Fadhli
23/03/2009 2.12 am
Happy birthday ke-22..smoga trcapai ape yg diimpikan..klu dh brjye jgn lupe kt fadhli pulak.. hadiah msk bku 555..dtg cni br tuntut..mkn byk cikit,umur x padan ngan org..

Mr. Razi
23/03/2009 4.15 am
Hpy bzdy.U just got older!

Angah
23/03/2009 8.54 am
Assalamualaikum,slmt hr jd y ke-22,smoga dmurahkn rzki,pnjg umo dan dberi kejayaan n kbhgiaan d dunia &akhrat:-)

She-Kyn
23/03/2009 5.47 pm
Happy birthday!Sweet 22nd,smg pjg umo n murah rzki.. Miss ya!

s*H*a*z*Q*!*
Posted
03/23/2009 9:47 pm
salam,,,
epPy burFday sys~(^^,)
cuweet 22~

Sekadar kenangan birthday yg ke-22 dalam hidup aku. Inilah antara birthday wishes yg aku dapat. Kelak bila birthday aku akan dtg mungkin 10 thn lagi, ini sahaja yang akan jadi kenangan sewaktu aku menyambut ulang tahun kelahiran ke-22.

Terima kasih yang teristimewa terutama buat IBU, AYAH, ANGAH, FADHLI, SYAFIQ & NAJIHAH. SAYANG KAMOOO!!! Kalian adalah segalanya. Terharu... Walaupun berjauhan, namun semua masih ingat hari ini. Dengar ayah, ibu & ghah nyanyi lagu birthday special utk aku. Gembiranya hari ini. =)

Di office hanya En. Fairul, En. Izam & Anwar sahaja yg tahu birthday aku. Terima kasih, En. Izam nyanyikan lagu selamat hari lahir utk saya! Sebak rasa time dengar td. Tiba-tiba teringat kat Jihah. (Emo la pulak... =))

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang lain, Amir yang bersusah payah call dr Indon, Diana yang hampir lupa hari ini 23hb Mac, kawan-kawan di Skype dan buat mereka-mereka yang wish lagi. Aku mohon maaf sekiranya terlupa memasukkan nama korang kat dlm entri special sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-22 ini. =) Kalau aku teringat lagi nanti, aku edit masuk k. Kerana kalian adalah sebahagian daripada kebahagiaan aku. =)

Last but not least, TQ atas segala doa & wishes kalian buat aku. Aku sangat hargai. Sayang kalian!!! Kalian sebahagian daripada kebahagiaan aku. =)


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 BUAT DIRIKU!!!
("*(,")


Sayang sokmo,

Thursday, March 19, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang
Assalamualaikum wbt

Moh beramai-ramai kita serbu Putrajaya minggu ini. =)
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.myballoonfiesta.com/index.php

Antara belon udara panas yang menarik :





Yang ini Malaysia punya : =)




Sayang sokmo,

Monday, March 16, 2009

Happy Birthday Adik-adikku ("*(,")

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alamak, x nampak la pulak circle yg aku buat kat muka birthday girl & boys. X pe... X pe... Aku introduce sorang-sorang kat bawah ini. =) Hehehe...

Muhamad Syafiq Bin Ahmad Termimi

27 Februari 1996

Ayer Hitam , Negeri 9

Muhamad Fadhli Bin Ahmad Termimi

2 March 1992

Hospital Kajang , Selangor

Najihah Binti Ahmad Termimi

16 March 2002

Hospital Kajang , Selangor


Selamat hari lahir adik-adikku. =)

Semoga kalian akan berjaya dunia & akhirat.

Sayang sokmo! =)



Sayang sokmo,

Friday, February 27, 2009

Alzheimers' Eye Test =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Count every ' F' in the following text:


FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS...


(SEE BELOW)

HOW MANY?


3?


WRONG!!!

THERE ARE 6 - no joke

READ IT AGAIN !

Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down.


The reasoning behind is further down.
The brain cannot process 'OF'.

Incredible or what? Go back and look again!!

Anyone who counts all 6 'F's' on the first go is a genius.
Three is normal, four is quite rare.

Aku try gak kira huruf F tu. Dapat 3. Hahaha... 2x kira sebelum aku baca jwpn sepatutnya. Isk3x... Memang betul la otak aku x dapat digest word OF tu. Agaknya tepu dengan nasi ayam pagi tadi kot. Haha... Aku sempat test En. Izam utk kira gak. Sama je dapat 3. So, korang kira dpt berapa?! =)


Sayang sokmo,

Thursday, February 19, 2009

Hadiah Teristimewa Buat Diriku =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

T Series - DSC-T2/W [Discontinued]




The generous 4GB internal memory turns the Cyber-shot T2 into a digital photo album, allowing you to store and share your pictures on the go. To help you organise these photos, it comes with a state-of-the-art Automatic Images Management System.

Features :

- 4GB Internal Memory
- Photo Album & Scrapbook
- Smile Shutter
- Face Detection Technology
- 8.1 Mega Pixels with Super HAD CCD
- 2.7" Touch Screen LCD
- Carl Zeiss® Vario-Tessar Lens with 3x Optical Zoom
- BIONZ Image Processing Engine
- Super SteadyShot
- HD Slide Show with Select Music Playback
- 1 cm Macro Mode
- High Definition Output (for still image)

Retrieved from : http://www.sony.com.my/product/dsc-t2/sku/dsc-t2_w++++e32

Hadiah paling istimewa untuk diriku. Terima kasih Ayah! Sesekali me'reward'kan diri sempena sesuatu pencapaian, apa salahnya kan?! Semoga aku akan terus berusaha lebih gigih untuk masa depan. =)


Sayang sokmo,