Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah... Setelah 5 bulan lebih aku berada di PPUKM, akhirnya dapat juga aku tengok live surgery. Terima kasih istimewa buat En. Mawi - Medical Technician . Terima kasih juga buat En. Khairul - bawa aku join T & C, KJ Shida - izinkan aku masuk OT, PM Dr. Mirzan (kalau tidak silap) - surgeon yg baik hati, En. Perfusionist Heart Lung Machine (aku lupa tanya nama) - terangkan berkaitan heart lung machine, Cik Shida - Cardiac Perfusionist, staf-staf OT & lain-lain yg terlibat.
Bukan senang rupanya nak tengok live surgery. Jijah, Wawa & student nurse yang dah lama study di sini pun masih tidak berpeluang untuk masuk tengok. Alhamdulillah, rezeki aku even 6 bulan sahaja aku berada di sini, aku dapat peluang keemasan ini. Bersyukur sangat! Puncanya hari Isnin lepas aku join T & C Flowmeter & Cerebral Oxymeter. Aku berminat sangat dengan 2 alat ini disebabkan wakil dr company yang jual barang ini sangat best penerangannya. Tip Top beb! Even tidak semua yg aku faham tentang apa yang diterangkan (banyak sangat medical term) tapi i still get the idea of what actually that machine for.
Aku perasan time wakil syarikat tengah terangkan, ada mamat seorang ini berdiri juga tepi mesin itu. Aku ingatkan doktor. Buat dek sahaja la. Tiba-tiba dia mencelah bg penerangan juga. Makinlah aku tambah berminat sebab semakin ramai dengan rela hati mengajar aku yg tidak tahu apa-apa ini. =) Selesai sahaja penerangan, bro itu tanya aku faham ke tidak. Aku jawablah, aku tidak faham semuanya tapi get the idea la. Tergerak hati utk tanya samada dia doktor ke tidak. Rupa-rupanya En. Mawi Medical Technician. Sama field la ni. Ini yang lebih excitedkan aku. Ringan sahaja mulut aku tanya boleh tidak kalau aku nak masuk tengok surgery yang menggunakan alat tersebut. Tanpa ragu-ragu dia terus cakap boleh. Aku lagilah excited. Pucuk dicita ulam mendatang. =)
Seawal pagi Khamis lagi aku dah sms En. Mawi. En. Mawi suruh aku masuk awal dalam pukul 9.30 pagi, boleh tengok prosedur sekali. Aku masuk OT dalam pukul 10.15 selepas minum pagi. Masa aku masuk, dada patient dah buka. Aku sempat tengok dari jantung yang berdenyut hinggalah ke jantung yang tidak berdenyut dan seterusnya berdenyut kembali. Semasa jantung tidak berdenyut, fungsi heart fully take over by heart-lung machine. Wahhh!!! Betapa kagumnya aku melihat wayar-wayar darah yang berselirat di mesin itu. Kagum juga melihat betapa expertnya En. Perfusionist mengendalikan heart-lung machine. Peranannya sangat penting di saat ini di mana beliau me'maintain'kan keadaan patient sepanjang jantung tidak berdegup untuk memastikan darah supply to other parts of body is continuous.
Sungguh! Aku sangat kagum tatkala berada di dalam dewan bedah ini. Pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan. Terima kasih buat semua! 1 lagi memori telah tercipta di Dewan Bedah PPUKM. =)
Heart-lung machine which fully take over heart function during bypass procedure. Hebat kan?!

Flowmeter which show the flow of fluid in vessel. Pulse index which below than 5 and more than 1 show that the flow is smooth & good so the surgeon don't need to redo the bypass.
Cerebral oximeter which measure the oxygen saturation in brain. Diffeence between pulse oxymeter and cerebral oximeter is cerebral oxymeter can still measure the saturation when no heart beat while pulse oxymeter can't.
*Aku tidak upload gambar surgery tengah dilakukan. Aku risau masalah ethic. So, biarlah gambar itu menjadi koleksi peribadi aku sahaja. =)



5 comments:
su nak nangis baca entri azu, bukan sebab su sedey tp sebab su terkilan tiada peluang nak tengok open heart surgery (walaupn ragu ragu mampu ke tengok) yet still, azu untungnya awak... sy tak berpeluang pon...
tibe tibe rasa rugi datang germany menjengah kembali... hmpff.... sesal.. sesal.........
tiada sapa faham.......
huuuh~~
rugiii......
='(
su natasha berlagu air mata lagi la...
hikss..da masuk OT eh. wehh aku nk tgk gamba tu xbleh ke? huhuhu!!
su...
jgn bsedih su...ada hikmah kan stiap yg tjadi...dr 1 sudut awk b'untung...cnthnya awk dpt g tmpt org even awk x dpt tgk live surgery...sebaliknya pd sy kan...sy x bpeluang g tmpt org skrg tp sy bpeluang tgk live surgery...
jgn sedih2 k su...jgn sesal apa yg dh dtakdirkan pd awk...kan awk yg nshtkn sy gak dlu...hehehe...
peace!be happy! =)
nani...
eleh,ko kan bakal doc...mst lg byk operation yg blh tgk nt kan...ni yg aku btmbh jeles ni...hehehe...
ko jgn la jeles..nnt aku bwk ko masuk skali la..haha!!
haaa...ko jgn lupe lak nt bwk ak msuk tgk...dh la ssh bgt nk dpt tgk...klu ko lupe,ak sekeh ko nt...=P
Post a Comment