Sunday, April 19, 2009

Ice Skating Sunway Pyramid 19 April 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ahad lepas aku, Mar, Kak Farah & Tok blind date di Sunway Pyramid. Ini perjumpaan kali pertama sejak dah LI 5 bulan lebih. Baru ada kesempatan untuk kumpul bersama. =) Idea ice skate ini Tok yang bg. Aku yg lebih-lebih excited melobi untuk main. Hehehe... Nak merasa pengalaman baru.

Aku gerak dari Cheras pukul 8.15 pagi. Dalam pukul 9.30 dah sampai KL Sentral. Tiba-tiba tergerak hati nak call Mar. Rupa-rupanya Cik Kak baru bangun. Gawat... Gawat... Dah janji dengan Kak Farah mesti sampai di stesen komuter Subang Jaya by 10 am. Apa nak buat, aku tunggu Mar di KL Sentral sementara dia gerak dari Serdang. Sementara melilau-lilau di KL Sentral, perut aku meronta-ronta minta diisi. Aku pergilah melantak bakso di Medan Selera semangkuk.

Mar sampai sahaja di KL Sentral, kitaorang terus kelam kabut turun ke platform Pelabuhan Klang. Kasihan Mar. Tidak pasal-pasal kena beli tiket lagi sekali sebab dah termasukkan dalam mesin. Hehehe... Salah aku juga sebab tidak bagitahu Mar. Sori!

Pukul 11 lebih baru sampai di Stesen Subang Jaya. Kak Farah & Tok pun dah penat menunggu. So, terus gerak ke Sunway Pyramid. Ok, sekarang biarlah gambar berbicara pula. =)

Kecuakan melanda kami. Hanya mampu meng'usha' dahulu keadaan sambil mengumpul semangat. Dalam masa yg sama juga, mencari geng-geng yg expert meniti dinding kaca kerana kami juga bakal meniti bersama. =P

Apa-apa pun, perut mesti mahu isi dahulu sebelum turun meneruskan perjuangan. Aku makan set A di Wendy's. 1st time makan di Wendy's. Beef burger 1 biji + nugget 3 biji + air berkarbonat Cukuplah untuk supply energy before skating (Aku dah melantak semangkuk bakso di KL Setral tadi).

Cehhh... X ada la tajam mana blade kasut skate ini. Masih tidak mampu la aku untuk menggegarkan dan membelah ais-ais dalam sana nanti. =P

Inilah muka-muka skaters pro (Pro la sangat... Hehehe...). =)

Berjaya gak aku berdiri & jalan tanpa meniti dinding kaca. Setelah beberapa round meniti, akhirnya aku mampu mengimbangkan diri. Itupun bawah tunjuk ajar seorang adik yg baik hati - Yen Yen. TQ Yen Yen!

Awal-awal tadi nak lepaskan tangan dari dinding pun cuak. Sekarang dah boleh bagi 'peace', kalau tadi jangan haraplah aku nak buat macam itu. Nanti tidak pasal-pasal tersungkur macam nangka busuk. =)




Aku, Kak Farah & Mar before my last round.

Puas hati aku! Lebih 10x aku tawaf. 5x tergolek mcm nangka busuk. Belum terror lagi. Tapi pengalaman itu sangat seronok. Excited sgt2x! Terima kasih khas buat Yen Yen & adiknya. Adik comel inilah yang ajar & bagi kekuatan untuk aku bermula ice skate tadi. Tidak sempat ambil gambar & ucap thanks buat kali terakhir before balik. But i'm really appreciated of what she has thought me. =) Mana tidaknya, dalam ke'lost'an aku mula ice skate tiba-tiba ada tangan halus yang disua. Aku tersenyum & sambut tangan kecil itu. Siapa sangka a stranger akan giving a help dalam keadaan aku yg tengah lost masa itu. =) Ada masa & duit lagi, aku mesti main lagi. Sangat best!


Sayang sokmo,

No comments: