Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Kerja penat, tapi aku enjoy. Biarlah orang nak keji ke nak maki ke nk kutuk ke. Ada aku kisah?! Aku bukan minta duit angpa pun. :P Banyak rupanya dugaan kerja. Nak hadap rakan sekerja yang suka buat muka 'taik' bila tak puas hati. Nak layan perangai patient yang pelbagai. Dipandang rendah. Huhh! Patient yang berlagak, tak usah cerita la. Paling tak boleh lupa, bila sorang mamat India ni datang kat kaunter minta MC. Mula-mula elok je cakap Melayu. Bila dah tak bagi ambil MC kat kaunter, tiba-tiba je 'speakong' bagai. Lagak dia cakap memang tak boleh blah. Fikir orang tak faham bahasa dia ckp gamaknya, sekali ko, hambik! Kena sembur ngan aku. Ingat ko sorang je leh speakong. :P Mencik!
Tapi rezeki di tangan Tuhan, bukan manusia. Andai ditakdirkan rezeki aku bersama mereka, aku terus di sini. Walaupun bukan bidang aku, namun aku seronok. Banyak pelajaran baru yang aku dapat setiap hari. Bukan saja dari segi ubat-ubatan, malahan cara berkomunikasi. Ada rezeki, aku berminat nak belajar dengan lebih detail prosedur patient. Aku pun teringin nak lakukan seperti mana yang mereka selalu lakukan. Cemburu sebab mereka pandai! :D
28 Mac 2012 --> Gaji pertama! :D Nilai bukan ukuran tapi kepuasan dan usaha ke arah nilai itu yang aku sangat hargai. :)
Sayang sokmo,








