Friday, May 28, 2010

Show Off =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt


Ok. Saja nak tayang. Hahaha... Menu hari ini, semalam dan kelmarin. Memandangkan aku hanya mampu jadi tukang masak sementara selama seminggu sahaja, maka aku terpaksa menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Dah lama tak turun dapur, baru kupas sebiji bawang saja mata dah bertakung. Buat drama air mata pula di dapur. Haha... Ok, tempahan tak diterima lagi. =P Aku dah nak balik Perlis Isnin depan.


Sayang sokmo,

Thursday, May 27, 2010

Kembali vs Pergi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Satu telah kembali, satu pula pergi.
Mengapa perlu begini??

Jerih sangat ke untuk kita berpakat??
Masing-masing miliki tanggungjawab bersama.
Tak salah bukan jika kita pikul bersama?!

Tak perlu ada sengketa.
Tak perlu ada hasad.
Tak perlu ada iri.
Tak perlu ada dendam.

Saling menuding bukan penyelesaian.
Kalian telah jauh dewasa.
Fikirkanlah.
Mengapa pengakhirannya mesti jadi sebegini?!


Sayang sokmo,

Top Up =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

"Kepada pelajar-pelajar ambilan 2006/2007 (pelajar tahun akhir): Top up course akan dijalankan bermula 1 Jun 2010. Anda diminta untuk melapor diri di kampung Wai bermula jam 9 pagi. Penempatan tidak akan dikenakan bayaran. Tempoh kuliah adalah selama lebih kurang 3 minggu termasuk peperiksaan. Sekian."

Ok, arahan dah keluar. Ini bukan cobaan lagi... Ini betul-betul punya. ;-) Tak terkejut langsung dengan tindakan yang diambil. Mereka terpaksa dan kita terpaksa. Kita tiada jalan lain melainkan ini untuk akreditasi. So, kawan-kawan ayuhlah datang beramai-ramai kembali ke Perlis. Datang dengan hati yang terbuka dan redha. Kalau kita susah, ingatlah mereka juga susah. Staf-staf BME juga bertungkus-lumus untuk kita. Pihak universiti juga. Hargailah mereka. Jika ada sesalan dalam diri, hindarkanlah. Sama-sama kita berdoa semoga usaha kita ini akan dipermudahkan. Meratapi dan mengomel bukan jalan terbaik untuk penyelesaian.


Sayang sokmo,

Wednesday, May 26, 2010

Tamak =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ya, aku akui.
Aku tamak.
Aku tamak untuk memiliki sepenuh kasih sayangnya.
Namun siapalah aku yang ingin meminta-minta bukan?!
Perlu sedar diri, berpijak di bumi yang nyata.
Aku tak layak untuk begitu.

Mahu pergi jauh.
Sejauh yang mampu.
Sebelum perasaan tamak itu menguasai diri sepenuhnya.



Sayang sokmo,


Saturday, May 22, 2010

Forever =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

We all have our time machines.
Some take us back, they're called memories.
Some take us forward, they're called dreams.
Although a moment lasts only for seconds,
but the memory lives on F.O.R.E.V.E.R.


Sayang sokmo,

Friday, May 21, 2010

Terima kasih! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku tersadai lagi di Wang Ulu dek kerna kecuaian diri sendiri. Namun kepulangan kembali kali ini ke Perlis membuat aku lebih terhutang budi kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu kala susah & senang.

Entri kali ini aku tujukan khas buat sahabat-sahabat yang banyak membantu sepanjang 4 hari kepulangan ke Perlis. TERIMA KASIH istimewa buat:

Mar - Temani aku stay di Wang Ulu hingga ke saat ini & bersama ke hulu hilir settle report
Su - Offer rumah utk tinggal (bulan 6 nanti yee i mai umah u...) & kata-kata semangat
Ain - Kata-kata semangat & CD
Ida - Tanpa hang, cek tak sedar kesilapan report cek no... Thanks!

Tak lupa juga nak merakamkan ucapan terima kasih untuk sahabat-sahabat yg telah membantu dlm proses menyiapkan report. Buat Nad, Izzah, Ayu & Hajar, terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian akan sentiasa diingati. Sangat menghargai dorongan & semangat yg telah diberi. Kenangan lawatan UTM paling indah, korang jangan lupakan tau! ;-)

Lagi seorang yang aku agak terhutang budi waktu balik kali ini - En. Juhairi. Terima kasih untuk RM 50 untuk pendahuluan claim. Bagaikan mati hidup kembali dengan nilai yg diberi. Terima kasih!

Gembira! Hmmm... Nampaknya masih ramai yang menyayangi. =P (Ayat perasan...) Ok, terima kasih buat semua samada membantu secara direct or indirect. Aku sangat menghargainya. Terima kasih semua! Sayang kamu juga! =)

** Ibu, jangan risau lagi ye. Anakmu sentiasa dikelilingi insan-insan yang murah hati & baik hati. ;-) Miss u so much! *hug* *hug*


Sayang sokmo,

Tuesday, May 18, 2010

Penempelan Yang Sangat 'Kejap' =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hingga saat ini aku masih menempel di rumah Ann Batu 9 Cheras. Entah, aku pun tak faham kenapa perlu aku merempat lama sangat. Sangat seronok bermalas-malasan & berborak menghabiskan masa bersama mereka. Hahaha... Sebentar lagi akan bergerak kembali ke Perlis yg dicintai. =P Mungkin hanya akan tinggal di sana 2-3 hari sahaja (Mengikut permintaan. =P).

Perjalanan balik ke KL tempoh hari terlalu banyak dugaan & rintangan. Sehinggakan ada orang itu asyik ulang ayat yg sama sindir aku. Hmmm... 3 kotak & 3 beg. Itu belum tambah aksesori beg lagi. =) Owh, sebelum terlupa nak cerita... Aku balik KL dgn menumpang bus UniMAP yang on the way ke Putrajaya. Hehehe... Tak ada sen beb! Dapatlah berjimat sikit (Kedekut sebenarnya). Hehehe... Yang penting, aku dah sampai KL kini! =) Pukul 2.30 pagi telah selamat sampai di R & R Sungai Buloh dan setia menanti Ayah Ann. Terup FRU menyambut kedatangan kami seawal jam 4.30 pagi di kala kebanyakan warga masih lagi diulit mimpi indah. Credit to Ayah Ann - Pak Cik Sabtu kerana telah bersusah-payah membawa 'PATI' pada pagi itu. =P

Alhamdulillah, berat aku makin bertambah. Kini dah 38.6kg. Risau juga bila asyik turun mendadak sejak awal bulan ini. Rekod paling teruk kali ini 36.7kg. Mahunya tak risau. Nak kata diet, jauh sekali. Nak kata tak makan, tipu sangat. Hmmm... Begitulah. Ok la, nanti sambung lagi berceloteh. Perlu bersiap untuk ke Stesen Bus sebentar lagi. Semoga dipermudahkan perjalanan. =)


Sayang sokmo,

Friday, May 14, 2010

Perpisahan Terjadi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kamu...
Kita berpisah di sini. Berpisah demi sebuah cita-cita. Berpisah kali ini tidaklah bererti berakhirnya sebuah ikatan yang telah terjalin. Semoga kerinduan itu mengajar kita lebih menghargai antara satu sama lain. Sungguh, memori bersama kalian tak mungkin luput dari kotak minda. Namun kita harus akur & mengerti setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Dan perpisahan itu bermula dengan suatu pertemuan yang telah ditakdirkan. Syukur kerana kita dipertemukan dengan sebuah ukhuwah. Semoga perpisahan kita juga dipelihara oleh-Nya.

Istimewa buat sahabat-sahabat yang selama ini telah bersama kala susah dan senang, TERIMA KASIH! Panjang umur kita akan berjumpa kembali. Hargailah detik bersama kerna ianya sangat indah dan masyukkk!!! =) Love You All...


Sayang Sokmo,

Selamat Tinggal Perlis =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku akan melangkah meninggalkan Perlis lebih kurang 3 jam lagi.
Selamat tinggal Perlis!
Panjang umur kita jumpa lagi.
Memori 4 tahun tak mungkin dilupakan.
Di sini - antara denai yang aku belajar mengenal sebuah kehidupan.
Terima kasih semua!
(^_^)
Sayang Sokmo!


** Aku telah rindu Perlis meskipun belum meninggalkannya. =(


Sayang sokmo,

Wednesday, May 12, 2010

Pagi Ini (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Pagi yang indah.
Dihiasi dengan sinaran suria yang hangatnya tidaklah seberapa.
Kelegaan terasa.
Bebanan berkurangan.
Bahu rasa lebih ringan jika dibandingkan dengan 11 bulan yang lepas.
Hanya berserah + tawakal semoga keputusan yang cemerlang bakal mewarnai transkrip akhir ini.


Sayang sokmo,