Wednesday, December 24, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

...ALHAMDULILLAH...

...TAHNIAH...

...TERIMA KASIH...


Sayang sokmo,

Aku & Portal UniMAP =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tensinyeee... Sampai sekarang aku masih x dapat log in portal. Result dah keluar tapi aku x dapat check. Subjek LI pun belum daftar lagi. Risaunya... Aku x nak kena denda sebab lambat daftar subjek. Dah la tengah pokai. Aku email kat ICT pun x ada feedback lagi. Huwaaa... Teruknya capaian portal UniMAP ini!

Setiap hari nak dekat 10 kali aku try log in portal. X berjaya gak. X cukup sabar lagi nih. Hahaha... Rase nak hempuk je komputer depan aku ni. Tapi, memandangkan ini harta PPUKM, harta Kerajaan maka aku terus membatalkan niat tersebut (Hehehe... Aku x mau vandalisme).
Ok la. Ciow... Nak pergi tukar thermograph kat Radiology ni. Harap2x lepas ni boleh terus log in portal. =)


Sayang sokmo,

Sunday, December 21, 2008

Gambar =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Disebabkan aku t'sangat la boring tengok blog aku yang penuh dengan tulisan, nampak sgt skema, aku try men'upload' sedikit gambar. Gambar2x ini sekadar dikongsi untuk tatapan bersama. Tiada unsur2x 18SG, 18PL 18SX atau unsur2x lain yg berkaitan dengannya. (Hehehe... =P) Ianya U.

Ini Thermo-hygrograph. Fungsinya adalah untuk memantau perubahan suhu dan relatif kelembapan dalam bilik. Tugas aku setiap minggu adalah menukar kertas graf dan mengambil julat bacaan melalui graf ini. Setakat ini, Thermo-hygrograph telah diletakkan di dalam Dewan Bedah Utama, Makmal Mikrobiologi dan Jabatan Radiologi.

Ini adalan OT Table Clamp. Aduan yang selalu diterima berkenaan dengan alat ini adalah ketat & susah dibuka. Antara sebab utama ianya menjadi ketat adalah suhu. Alat ini diketatkan untuk memegang besi dan dibiarkan untuk suatu jangka waktu. Maka secara tidak langsung, suhu sejuk melampau dalam OT telah bertindak balas dengan besi tersebut dan menjadikan ia semakin ketat.

Ini adalah salah sebuah Mercury BP Set yang telah punah digunakan oleh para petugas perubatan. =) Sebagai engineer yang bertanggungjawab, aku telah diajar oleh En. Shahrul untuk menyelesaikan masalah ini. =) Sedikit penerangan ringkas tentang alat ini telah diberikan oleh En.Shahrul.

Ini pula adalah Electrosugical Analyzer. Fungsinya adalah untuk mengesan aliran tenaga dalam ESU. Gambar ini diambil ketika wakil syarikat datang untuk membaiki Diathermy. Nak cerita lebih pun x boleh sebab aku pun x berapa sure alat ini.

Ini gambar SUPERBEST dari SUPERWOMENS yang berangan nak jadi POWER RANGERS yang selamatkan bumi. Hehehe...

Ini Thamby. Kucing aku. Tapi dah mati. Thamby sangat pandai bodek tuannya dengan meng'offer' perkhidmatan urut. Thamby antara anak 1st drpd Kitty.


Sayang sokmo,

Saturday, December 20, 2008

Pengalaman 1st Week Praktikal Secara Solo =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku berada di rumah Acu sekarang. Dari malam semalam sampai petang tadi dah penat g merayap dengan Mar. Huhu... Poket kering pun sempat gak jalan. Hehehe... Makan 'air-cond' je la. X beli apa2x pun. Aku saja bawak mi Ruski kat rumah Mar.Nak cari geng makan mi Ruki. Makan sorang2x kat rumah x best. Hehe...

Petang Selasa, aku dah jumpa dengan Pak Hassan. Pengurus bahagian Biomedikal/Elektrikal PPUKM. Actually nama sebenar beliau adalah Ir. Hassannuddin. Dari cerita2x yang aku dengar sebelum ini, beliau sangat digeruni. Gerun dengan soalan 'simple' yg keluar dr mulut beliau. Ternyata memang benar dakwaan itu. Hehehe... Aku pun dah kena soal siasat selama lebih kurang setengah jam. Banyak soalan yg kantoi drpd yg boleh jwb. Conclusion utama yg boleh dibuat daripada pertemuan 3 pasang mata (3 pasang mata : aku, En. Earid & En. Hassan) yang boleh dibuat adalah, jgn buka mata shj, buka minda sekali. Think & act as an engineer. Engineering is about numbers. Kesian En. Earid, dah la kena temankan aku disoal siasat, pastu aku kena marah dia pun terima tempias. Nasiblah labu... Hehehe... Sorry En. Earid!

Minggu ini aku praktikal berseorangan. Memang ada rasa sedikit bosan. Namun, segala sesuatu yg terjadi ada hikmahnya. Minggu ini aku diajar utk fix BP Mercury Set oleh En. Shahrul, fix OT Table Clamp oleh En. Khairul, penerangan terperinci berkaitan PABX System oleh En. Syukur dan berpeluang menghadiri pembentangan OT Light, PABX & EMCS oleh 3 orang technician. Aku bersyukur ditempatkan di sini kerana semua technician sangat baik hati & tidak lokek utk berkongsi ilmu dengan aku. Aku akui mereka semua golongan hebat. Terima kasih semua!

Teringat kata En. Earid petang itu, memang benar, kerja kita sangat berat kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Nyawa pesakit, nyawa para pasukan perubatan dan yang lain yang terlibat. Sangat berat. Kerana setiap tindakan dan keputusan yang diambil akan memberi kesan kepada pengguna alat. Bukan itu sahaja, kita kena bertindak cepat untuk nyawa diselamatkan. Hmmm...

Aku kena cari tajuk untuk pembentangan praktikal. En. Khairul suggest aku utk buat tajuk Ultrasound. Aku pun tengah tiada idea lagi. Aku berminat yang berkaitan saraf & tulang belakang (atas sebab2x tertentu). Any idea kwn2x?


Sayang sokmo,

Friday, December 19, 2008

Jumaat & Bla... Bla... Bla... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

3 hari aku x dapat online. Wireless kat blok rumah aku x da. Orang tu balik kampung kot bak kata Mar. Haha... Mar suruh aku guna broadband je. Haha, aku jwb broadband tu hanya utk orang kaya shj. Aku kalau guna confirm pokai. Hehehe...

Bosan meh 3 hari tanpa internet. Aku menghabiskan masa kat rumah dengan menonton & memasak. Haha... Habis khatam Jijah punye movie Korea. Dan aku yg jarang masak lepas balik kerja pun boleh masuk dapur. Masak cincai2x pun jadilah.

Aku nak balik Serdang malam ini. Lepak rumah Mar 1 malam. Esok baru balik rumah Acu. Hahaha... Sebenarnya rumah Mar dengan rumah Acu bukanlah jauh sangat. Jalan 2 minit sahaja pun boleh sampai. (Eh,tapi bukan jalan kaki tau. Naik kenderaan la.)

Ok la. Ciaw. Aku m'update blog time semua tengah meeting ni. Nak tulis panjang2x kang takut x sempat lak. Nanti aku sambung lain. Banyak cerita sepanjang 3 hari aku x online ni. Owh, sebelum terlupa. Wawa dah fly balik Auckland semalam. Semoga Wawa selamat sampai di Auckland. =)

** Jumaat yg dinanti. =) Yahoo!!! Cuti 2 hari.


Sayang sokmo,

Monday, December 15, 2008

Darah Beb!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Darah ini bukti aku buat kerja. Hahaha...

Hari ini aku mula keseorangan. Sangat membosankan! Aku tunggu sampai pukul 10 lebih. Masih juga tiada sebarang aduan. Tadi aku dah minta dengan En. Khairul, En. Irwan dan En. Shahrul kot2x ada aduan yang belum selesai, aku nak pergi buat. Tapi dah pukul 10 lebih pun masih sepi sahaja. Kebosanan aku menyebabkan aku mula mengemas sikit2x dalam bengkel itu.

En. Khairul masuk kembali. Aku terus tanyakan aduan. Rupa-rupanya takut aku sesat, itu yang x bagi aduan kat aku dari tadi. Waduh3x... Memang aku x arif lagi selok-belok hospital ini. Tapi, sesat itu dah biasalah bagi aku. Aku g KL sesat, aku hentam sahaja. Selagi boleh jalan, aku jalan. Kalau aku sesat kat hospital ini, aku jalan sahaja la. Tapi, "Malu bertanya sesat jalan" Hehehe...

Akhirnya aku tolong En. Khairul settle OT Table Clamp. Ketat beb clamp tu sampaikan En. Khairul kena pulas dengan perengkoh paip untuk buka. Berminyak. En. Khairul suruh aku cucikan clamp itu. Disebabkan ke'terror'an yang melampau-lampau semasa cuci clamp itu, jari aku terbelah kena alur clamp. Mula-mula tak perasan, time nak keringkan clamp tiba-tiba aku tengok tisu lap itu ada kesan darah. Punyalah bendul aku, ingatkan darah patient yang melekat kat clamp. Rupa-rupanya baru perasan jari aku yang berdarah. Time ni la baru terasa sakit. Cover beb! X kan baru buat 1 kerja, dah nampakkan ketidak'pro'an aku kan. Hahaha...

Sementara keringkan clamp, En. Khairul ajak ikut T & C ultrasound. Aku on aje. Wakil company tu cakap barang simple sahaja, x perlu penerangan yang lebih. So, aku yang tahu apa-apa inilah yang lebih-lebih. 1st time beb tengok ultrasound. Selama ini dok tengok dalam movie je. Ultrasound yang baru sampai ini bukan untuk scan baby. Yang ini untuk scan vascular. Guna 5MHz & 8MHz.

Akhirnya petang ini aku g check aduan. Ada 3 aduan. Semua kat dewan bedah. Aku tersilap 1 aduan tadi, aduan tu memang kat dewan bedah tapi dewan bedah O & G. X pasal2x kena sound dengan nurse. Bak kata En. Hanafi, kena marah time kerja itu adat. Berjaya juga settlekan aduan. (Walaupun aku sesat cari Dewan Bedah O & G)

Balik ofis, sambung settlekan clamp tadi. Before tu, aku sbg 'superwomen' telah mengangkat 2 diathermy sekaligus. Tepuk tangan untukku. Hahaha... Berat gak, tapi bukannya x biasa. =) En. Khairul spray minyak kat clamp supaya mudahkan nak pulas skru masuk. Sementara masukkan skru itu, En. Khairul banyak bercerita tentang peralatan kat aku. Banyak ilmu yang dapat petang ini dari En. Khairul. Terima kasih Encik kerana sudi berkongsi ilmu! =)

Ok, time to sleep!


Sayang sokmo,

Wednesday, December 10, 2008

Hydrotheraphy =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Ini bukan sembarangan kolam renang ;)

Pandangan hadapan kolam renang ajaib

Tangga untuk turun ke dalam kolam

Bagi yang x larat untuk mendaki tangga, kita minta bantuan kerusi Doraemon ini!!!

Di sebalik tabir kolam renang ajaib, inilah sistem yang mengawalnya =)

Jangan salah sangka pula ye. Gambar yang dipaparkan di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. =) Tapi inilah teknologi. Siapa sangka idea kolam renang boleh dijadikan bahan untuk 'rehabilitation'. Terapi ini telah digunakan untuk pemulihan pesakit. Ianya juga baik bagi yang obesiti. =) Kolam ini dipantau pH, suhu, redox, nilai klorin dan 'backflowing' setiap hari.


Sayang sokmo,

Cameron Highland =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I like this cactus picture so much!!!

RM 5 for 3 cactus

This is mine!!!

Mom's cactus

Najihah's cactus

Look yummy, but actually not!!!

I don't like roses, but I still want to put it here

23 December 2008 - I went to Cameron Highland with my family for the second time. The first time was I am 14 years old. It's almost 7 years ago. Many changes did happen now. I really happy to spend my time with family before going to practical on 1 December. This entry supposed to post on 24th December, but due to the problem with internet, this entry has just posted today. Actually I didn't bring the camera because Syafiq borrow it for his trip. The only picture taken on the hill is the 1st picture only by using mom's hp camera. The other pictures was taken at home.


Sayang sokmo,

Monday, December 8, 2008

Office Sementaraku =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Arrggghh... Serabutnya bilik ini!!!

Tak kisahlah serabut ke x, inilah pejabat sementara aku sepanjang 24 minggu ini.

Akhirnya, aku dapat bersama kembali dengan laptop kesayangan aku. =) Hahaha... Happynya!!! Puas aku try wireless dr petang td, alhamdulillah dpt pun connect. Tiba-tiba kegembiraan jadi terbantut dek terfikirkan esok kena masuk pejabat lagi. Rindunya kat rumah. =( (Nak makan daging qurban sebenarnya) Alangkah bahagianya aku kalau cuti lagi. Malasnya praktikal!!! Argghhh... Aku mau lariiiii!!!


Sayang sokmo,

Friday, December 5, 2008

Hari ke-5 di PPUKM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sekarang ini. Dari mana dan macam mana nak mulakan, nanti aku fikirkan dahulu. =) Laptop kesayangan aku x ada dengan aku sekarang. Aku x bawa sekali time nak datang LI ini. Almaklumlah, barang lain semua dah sebeban. Tunggu aku dah ada laptop, aku karang banyak2x. Hehehe...

Dah 5 hari berlalu. Alangkah bahagianya kalau 5 bulan yang dah berlalu. Hahaha... Susah nak cakap. Bukan tidak seronok. Tapi, entahlah. Banyak perkara dan ilmu baru yang aku dapat dalam 5 hari ini. Terima kasih yang tak terhingga buat :

SAKINAH
DEVA
YANA
MIMI
FITRI


Mereka sifu aku. Depa pun student praktikal. Tapi dah nak habis minggu depan. Sedihnya. Aku keseorangan la nampaknya nanti. ='( Hahaha... Xpe2x... Walau macam mana pun, hidup perlu diteruskan. Jia You aZu! =)


Sayang sokmo,