Thursday, August 14, 2008

Serabutnya!!! =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Letihnyaaa... Hari ini last date utk hntr assignment Safety. Waduh3x... Kalut gak la tadi. Dah la aku tertinggal tajuk dan nama ahli. Terpaksalah kena edit & print balik. Yang rasa nak marahnya, CD yg ke-4 baru berjaya burn assignment tu. Huh! Salah sendiri gak la. Sape suruh buat kerja las minit. Padan dengan muka aku.

En. Yusof masuk hospital?! Waaa... Baru tau. Padanlah semalam xda tutor Safety. Aku enak-enak je membuta. En. Yusof sakit ape eh?... Semoga En. Yusof cepat sembuh. =)

Hari ini mood kureng baik. Rasa macam nak marah2x je. Mungkin sebab serabut dgn mcm2x hal yg x settle2x lagi. Hehehe... (Kureng pahala pose,dok marah2x jee...)


Sayang sokmo,

Wednesday, August 6, 2008

'Capek' Tapi Happy!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

X sedar pg td. Letih sgt mlm smlm, tidur sejam je. Qada tidur pg td sampai hampir2x nak terponteng kuliah Control la. Nasib Diana call, kalau x mesti dah sambung terus mimpi indah. Hehehe...

Seronok laa... Even rasa sgt letih tp happy sgt. Siang td dh settlekan semua pasal surat2x INTRA. 6 buah company aku dah hantar. Harap2x la lekat gak. Lepas ni nak peningkan kepala dgn mid-term test, lab report, assignment & tutorial. Agak busy. Tapi, insyaAllah akan dipermudahkan. =)

Minggu ini aku mula buat pembaharuan. Aku susun elok2x waktu malam utk study, buat report & tutorial. Alhamdulillah... Nampaknya mcm berkesan sahaja cara ini. Akan diteruskan untuk masa2x hadapan. ;) Penyusunan masa ini jadikan aku rasa happy even bdn letih. Rasa semakin semangat untuk terus membaca. Cewahhh... Eh,tapi serius ni. Sgt happy! Byk lagi kerja menanti... Chow chin chow dulu ah. Mengantuk ni tapi belum habis prepare utk lab Safety esok. (Hehehe... X habis prepare lab, tapi sempat gak update blog. Isk3x)


Sayang sokmo,

Monday, August 4, 2008

Cancel Proton, Wawa Online =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sedih... Hari ini sekali lagi terpaksa membuat pilihan dalam hidup. Uwaaa... X dapat pergi lawatan kilang Proton hari Khamis ini. Sadisnya... Terlepas peluang keemasan ini. Walaupun proton x berkaitan sgt dgn course aku, tp bkn senang nak dpt peluang begini. Sekali dlm seumur hidup kot. Ecehh...

Huhu... Walau mcm mana sekalipun, inilah namanya kehidupan. Mana ada kehidupan yg tidak perlukan untuk membuat pilihan. Betul x?! Even nak makan lauk apa untuk lunch & dinner pun kena buat pilihan. Inikan pula perkara-perkara yg lebih penting daripada itu. Mesti la lagi kena berkorban.

Kalau diikutkan hati, memang aku rela mid term ditunda Selasa depan. Tapi, kasihan la pulak dgn kwn2x aku yg lain. Kasihan gak kat aku la. Minggu depan mid-term berturut-turut. Isnin-midterm Organ, Selasa-Safety(klu jd), Rabu- Control (kemungkinan besar), Khamis-midterm Biomaterial & submit assignment En. Yusof. Senget la kepala minggu depan. X nak la disebabkan kami 13 org sahaja, 47 org yg lain turut tanggung beban minggu depan. X seronok la tengok org lain susah atas kesenangan kita kan. X apa la, mungkin bukan rezeki aku kali ini. (tgh pujuk diri sendiri ni)

Apa2x pun, ada 1 perasaan puas dlm hati. Mungkin sebab keputusan ini kot. Entahlah... Aku ckp dgn member aku, "Biarlah kt berkorban utk kegembiraan org lain". So, aku mesti lapangkan dada, terima dgn hati yg terbuka segala keputusan yg telah dibuat. Setiap yg berlaku ada rahmat di sebaliknya. InsyaAllah...

Ada 1 lagi berita gembira hari ini. Wawa dah install balik gtalk. Hahaha... Balik2x je drpd kelas td, aku terus on laptop. Tiba2x tergerak hati nak on gtalk. Sebab sekarang ini aku dah jrg on gtalk. Bukak je gtalk de offline msg drpd wawa. Kebetulan wawa pun tgh on9. Seronoknya!!! Rindu bangat seyh... Dah lama x jumpa minah kurus tu. Sempat gak la merepek sat dgn wawa. Itu pun dh cukup buat aku rasa sgt gembira. Mungkinkah ini rahmat drpd keputusan yg telah aku buat pg td?! Wallahualam...

Haaa!!! Nasib x terlupa... Hari ini wedding anniversary ibu & ayah yg ke-23. Hehehe... Semoga ibu ayah akan happy & bahagia sokmo.


Sayang sokmo,

Saturday, August 2, 2008

Malam Mesra PPK Mekatronik =P

Barisan AJK Malam Mesra PPK Mekatronik

Letihnya... Baru sahaja balik drpd Malam Mesra PPK Mekatronik. Aktiviti malam ini sangat membuatkan akan terasa semakin tidak bermaya. Bukan sebab kerja atau tugasan yg dibahagikan. Tapi, aku rasa letih sebaik sahaja tengok bilangan pelajar junior yg hanya seciput. Rasa nak menangis sahaja bila tgk kehadiran mereka. Tapi, memandangkan AJK lain yg masih meneruskan perjuangan walau dugaan yg menimpa, aku rasa kembali kuat. Aku tahu, kekuatan kami adalah bersama. Aku sangat sayang akan pengalaman dan kenangan yg kami telah lalui bersama.

Thanks to all. Walaupun mood kurang baik pada malam ini, tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga aktiviti seterusnya akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelajar dan AJK Kelab. Aku sayang pd ikatan kerjasama yg telah terbina. Kenangan membancuh air sirap di rumah Kak Dayah akan menjadi salah satu kenangan baru dalam sejarah lipatan hidup aku. =) Peace! Happy sume!

Friday, August 1, 2008

Serabut?! ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Waarrgghhhh...!!! Serabutnya... Hahaha... Padan muka... Siapa suruh buat kerja last minute lagi. Kan dah serabut. Hahaha... Apa-apa pun, hidup mau hepi! =) Semoga permohonan untuk latihan industri aku berjaya. Bukan aku sahaja, malahan kwn2x aku yg lain juga. Semoga kami 1st batch biomedical electronics engineering unimap akan membawa nama yg cemerlang bg permulaan intra kali ini. Semoga Allah memberkati kami. =)

Hari ini baru hntr ke HUKM & Pharmaniaga sahaja. Yang lain mungkin dalam hari Isnin atau Selasa baru boleh settlekan. Huhu... Lotehnyo den... Malam ini ada Malam Mesra PPK Mekatronik bersama pelajar2x baru sessi 2008/2009. Semoga segalanya berjalan lancar. =)

Chiowww... Mau g Kg Wai dah ni... Doakan kejayaan kami!


Sayang sokmo,

Sunday, July 20, 2008

Salam Tazkiah Buat Suz =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Entri kali ini khas buat sahabatku Suzana Napi. Salam tazkiah di atas kepulangan allahyarham ayahanda tersayang ke rahmatullah pada petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan orang-orang yg soleh. Alfatihah...

Sedih hati... Gusar hati... Mengenangkan nasib yg belum tentu. Entahkan sempat menempoh hari esok. Tiada sebarang jaminan yg mampu diberikan samada hari esok masih milik kita atau sebaliknya. Samada hari esok masih mampukah kita berkongsi oksigen di bumi ini dengan seluruh makhluk. Segalanya milik-Nya. Sesungguhnya drpd DIA kita datang dan kpd DIA kita kembali.


Sayang sokmo,

Sunday, July 13, 2008

Taman Ular & Reptilia Perlis :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini aku ke Taman Ular & Reptilia. Perjalanan yg langsung tidak dirancang. Tujuan asal aku keluar dari bilik tengahari tadi dengan niat untuk pergi survey tempat Majlis Biomedic di Bukit Air. Secara kebetulan, Taman Ular itu 1 jalan dengan Bukit Air. So, untuk memanfaatkan minyak yg telah digunakan untuk datang situ kami singgah je la. Sangat best. Bayaran masuk pun agak berbaloi. Rm 4 bg dewasa.

Bukan sahaja ular sahaja yg dipamerkan, bahkan ada juga monyet, buaya, biawak, memerang, kura-kura dan iguana. Masa tengok seekor beruk ni, nampak macam dia kesepian. Cari kutu, kutip habuk kat lantai. Bila kitaorang tengok lama & dekat-dekat dengan dia, dia ambil bunga kat lantai terus naik atas palang besi dia. Aku pun ingatkan beruk tu pandai nak bagi bunga kat kitaorang. Sekali, dia terpa daa... Kus semangat den. Dah la time tu Mar tengah rekod video. Memang kelakarlah. Dia terpa je, kitaorang terus lari terjerit-jerit. Haha... Biasalah perempuan.

Tapi, ada 2 kelemahan taman ini. Pertama, pihak pengurusan tak jaga kawasan ini dengan baik. Air & dinding di kolam memerang, kura-kura & biawak sampai dah berlumut. Kawasan luar buaya pun penuh dengan semak samun. Takut-takut suatu hari nanti, taman tu ada haiwan yg dibiar dalam sangkar dan ada yg hidup sendiri di luar sangkar. Mana nak tahu kan, dah kawasan semakin semak binatang lain pun boleh datang. Kedua, tiada persembahan atau ular yg boleh disentuh oleh para pengunjung. Ramai yg datang melawat pada hari ini, memandangkan hari hujung minggu. Para ibubapa mengambil peluang bersiar-siar bersama anak-anak. Sekiranya terdapat pertunjukkan, aku rasa ianya akan lebih mendapat sambutan.

Teringat kembali sewaktu ke CDC Corps 2 bulan lepas, penyanyi Zainal Abidin yg merupakan duta Zoo Negara telah membawa 3 ekor ular dr saiz kecil, sederhana dan besar. Pada mulanya aku kurang faham tujuan ular itu dibawa ke persidangan kami. Tapi akhirnya Zainal Abidin menerangkan logiknya ular tersebut bersama kami para belia. Musuh ketakutan dalam diri seseorang adalah diri sendiri. Jika kita mampu melawan musuh dalam diri sendiri, kita akan menjadi belia yang lebih berani dan mampu berjaya. Jika kita takut dengan ular, cabar diri sendiri untuk mendekati dan mengusapnya. Secara tidak langsung ianya akan menghilangkan perasaan gemuruh tersebut dan memulihkan keyakinan dalam diri. Begitulah kehidupan, jika kita takut dan tidak yakin kita akan ketinggalan.

Lawatan 'suku hari' ke Taman Ular & Reptilia Perlis

Ada berani ka?! Ngeh3x...

Besar aZu adalah 1/20 drpd besar papan tanda tu... ;)


Sayang sokmo,

Thursday, July 10, 2008

Semester 5 Minggu 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Minggu pertama telah dimulakan dengan kuiz Biomaterial & kuiz Biomedical Acts, Standards and Safety. Bolehlah dikira sebagai warming up bg semester ini. Tajuk assignment bg subjek Biomedical Acts, Standards and Safety pun dah diberikan. Group aku dapat tajuk ECG. Tajuk yg sgt famous sapanjang pengajian aku di UniMAP ini. Hampir setiap semester ada assignment berkaitan ECG. Aku cuba pujuk diri aku untuk berfikir secara positif, walaupun telah 2x dapat tajuk yg sama namun masih byk ilmu ECG yg belum aku ketahui dari sudut yg berbeza. Contohnya time subjek Biomedical Signal & System dulu, kami kaji ECG's signal. Dan untuk kali ini, kami bakal mengkaji dan mempelajari berkaitan medical device regulation or standard yg digunakan. InsyaAllah bertambah lagi ilmu ECG yg telah sedia ada.

Ini pula kisah dalam bus sebelum sampai ke kuliah petang td. Aku duduk di sebelah Wani dalam bus tadi. Sambil itu, aku membuat last preparation untuk kuiz Biomaterial. Tiba-tiba kedengaran suara pelajar cina yg berborak antara mereka dalam bahasa Mandarin. Dialognya lebih kurang beginilah. "Rajinnya... Ini mesti budak 1st year. X apalah, biarlah. Tunggu 2nd year nanti barulah tahu macam mana." Hahaha... Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi respon aku pada waktu itu, hanya melemparkan pandangan kepada kelompok cina yg berborak td. Nak marah, x tahu mulut siapa. Biarkan sajalah. Bukannya sakit pun badan aku dek kata-kata mereka. Rasa macam tak berbaloi marah pasal perkara remeh. Masa nak turun bus, kebetulan bus sangat sendat dan penuh. Aku dengan lancar menyebut "lang kai" yg bermaksud ke tepi sikit dalam bahasa mandarin. Aku harap mereka dengar. Baru mereka tahu, bukan mereka sahaja yg menguasai bahasa itu. Hehehe...

Selepas kelas Biomedical Acts, Standards & Safety, kami telah diberi taklimat berkaitan dengan latihan industri yg bakal dilalui pada semester akan datang. Praktikal kali ini akan bermula pada 1 Disember 08 hingga 15 Mei 09. Genap 24 minggu kami akan berada dalam industri. Perasaan cuak pun ada, gembira pun ada. Cuak sebab tak lama lagi akan masuk praktikal lepas itu masuk alam pekerjaan. Gembira sebab aku dah semakin hampir untuk menghabiskan degree. Lagi 2 tahun, insyaAllah.

Esok x ada kelas langsung. Mungkin aku akan menghabiskan masa hujung minggu ini untuk mencari tempat praktikal. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Dan esok juga aku ada misi besar yg perlu diselesaikan. Ini berkaitan dengan antara hidup dan mati aku. Hehehe... Serius je bunyi. Xde la, aku nak email perletakan jawatan AJK Rakan Muda UniMAP je. Aku rasa xmampu untuk pegang sampai 3 tanggungjawab dalam 1 masa. Cukuplah sekadar along biomedic & naib s/u meka. Itu pun dah cukup sibuk. Takut nanti aku tak mampu membahagikan masa untuk akademik dan kegiatan luar. Yang penting aku hepi.


Sayang sokmo,

Wednesday, July 9, 2008

RPS Dan Kami =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

PAPA FAAIZUL
Buat julung-julung kalinya perjumpaan bersama RPS telah diadakan. Kalau tak silap aku, boleh dikira dengan jari je berapa kali perjumpaan RPS yg telah dijalankan sepanjang hidup aku di UniMAP ini. Dari seorang papa ke seorang papa kami bertukar. Mula-mula masuk UniMAP, papa Faaizul yg handle kami. Perjumpaan dgn papa Faaizul pun rasanya masa orientasi sahaja. Dan sekali lagi semasa majlis berbuka puasa di rumah papa Faaizul. Papa Faaizul mesra & caring sebenarnya. Tapi, atas kengkangan masa, lecture & family papa Faaizul agak sibuk dan mempunyai masa yg terhad untuk bersama kami. Sekarang ini, papa Faaizul dah quit daripada UniMAP, kembali ke kampung halaman di Kuching Sarawak. Semoga papa Faaizul sukses sokmo & terima kasih!

PAPA FAIZAL
Papa Faizal mengambil-alih buat sementara waktu kerana papa Faizal sendiri telah mempunyai 'anak-anak' daripada Mekatronik kalau x silap. Papa Faizal pun agak sibuk dengan study & research. Perjumpaan dengan papa Faizal hanya sekali kalau tidak silap aku. Lagipun papa Faizal hanya mengambil-alih tugas hanya 1 semester. Apa-apa pun, terima kasih atas segala perhatian yg telah diberikan kepada kami semua.

PAPA YUSOF
Peralihan kuasa berlaku sekali lagi, kali ini papa kami adalah papa Yusof. Lecturer yg baru sahaja kembali daripada Melbourne telah mendapat 14 orang 'anak' dalam sekelip mata. Hahaha... Semester 4 langsung xda perjumpaan dengan papa Yusof. Mungkin papa Yusof masih terkezut kerana telah mendapat 14 orang 'anak' dalam masa yang singkat. Hehehe... Pembukaan semester ini, awal-awal lagi papa Yusof terus nak berjumpa dengan 'anak-anak'nya. Papa Yusof jumpa kami semalam, itu pun bukan semua yg hadir lagi. Hanya kami berlapan yg datang dahulu. Sessi perbincangan berkaitan masalah pointer, subjek sem lepas dan sem ini, latihan industri dan pelbagai masalah lain. Di samping kata-kata nasihat dan galakan untuk terus tingkatkan pointer, satu lagi kata papa Yusof yg menarik perhatianku. "Sementara berada di universiti inilah kita grab semua peluang yang ada untuk belajar seberapa banyak ilmu yang boleh." Aku suka sentiasa diingati dan dinasihati oleh orang lain. So, semoga dengan motivasi yang telah diberikan pada awal semester lagi akan mampu menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya. Aku tau bukannya aku tak mampu untuk mendapatkan yang terbaik kerana sejarah pernah membuktikan segalanya. Tapi disebabkan kurangnya usaha daripada diriku membuatkan aku selalu tersungkur. Semoga akan terus diberi kekuatan untuk berubah dengan istiqamahnya. Ibu, ayah, adik, papa Yusof, para lecturer dan sahabat2x terima kasih atas segala nasihat dan semangat selama ini. I'm really appreciate it. Semoga perhatian dan kasih sayang daripada semua akan terus menyinari hari mendatang.


Sayang sokmo,

Tuesday, July 8, 2008

Coretan Cuti Semester =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

9 Mei 2008
Kepulanganku disambut dengan kelahiran anak-anak Kitty. Aku sampai di rumah pada waktu hampir senja. Kitty bersalin pada waktu Maghrib. Huahuahua... 3 ekor anak Kitty telah lahir dengan selamatnya. Aku tak perasan yg Kitty dah sarat nak bersalin time tu. Tiba-tiba lepas azan Maghrib, ibu bisik padaku yg air ketuban Kitty dah pecah. Hualamak... Ibu memang teror la bab-bab gini. Perkara macam ni pun boleh perasan. Aku nampak gak Kitty dok kat bawah almari tadi dengan muka semacam, tapi tak sangka yg Kitty akan bersalin malam ni jugak. Akhirnya, setelah berhempas pulas meneran, lahirlah 3 ekor anak yg legam. Semua anak-anak Kitty warna putih & hitam keperangan je. Kitty ni satu-satunya kucing kat rumah aku yg sentiasa kebuluran. Sentiasa je lapar walaupun baru bagi makan.

16-19 Mei 2008
Aku menghadiri Cyber Development Corp : Earth ITernity di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras. Bengkel yg bertujuan untuk menyelamatkan bumi hijau ini daripada kesan pencemaran dgn mengapplikasikan ilmu IT yg sedang berkembang pesat pada hari ini. Pelbagai peserta daripada pelbagai pelosok dunia berkampung selama 4 hari 3 malam di Cheras untuk bersama-sama berkongsi & menberi pendapat. Hampir 55 buah negara dan 150 peserta telah bersama menyertai bengkel ini. Ucapan daripada wakil-wakil yg terlibat dengan pemuliharaan alam sekitar seperti YAWA, UNCERF dan banyak lagi diberikan. Setelah itu kami diberi peluang untuk bekerja dalam kumpulan bagi membincangkan isu-isu alam sekitar. Antara isu alam sekitar yg kami bincangkan adalah Carbon footprint, IT footprint, Green & You dan pelbagai masalah lain. Hari terakhir bengkel, kami telah membentangkan segala idea dan pendapat hasil perbincangan kepada pihak United Nation dan belia. Dinner last di Pusat Belia Antarabangsa menggamit memori kami semua. Semua peserta kelihatan enjoy dan santai. Kumpulan aku membuat persembahan pentomin berkaitan kesan daripada proses pembandaran. Dan alhamdulillah, berkat kerjasama semua telah mendapat persembahan kedua terbaik. Selepas itu, kami bergembira dengan tarian poco-poco. Sesungguhnya pengalaman bengkel pada kali ini sangat bermanfaat bagiku. Aku dpt member baru dari Tanzania, Maldives & Indonesia. =) Melalui program antarabangsa ini, telah berjaya membuka mataku tentang betapa pentingnya bahasa Inggeris pada masa kini dan akan datang.

31 Mei 2008
Kelahiran kucing lagi di rumah aku. Hehehe... Kali ini, 4 ekor kucing telah berjaya di keluarkan daripada perut sang ibu kucing. Comel-comel semua anak kucing tu. Kucing kampung la katakan. Ekor kontot-kontot, badan pun kecil je.

2-6 Jun 2008
Aku menjadi suri rumah sementara?! Hahaha... Ibu balik rumah atok kat Serdang. Aku yg ambil alih tugas sementara ibu untuk kemas rumah & masak untuk ayah & adik-adik. Kelam kabut gak la sebab biasanya ibu yg uruskan segalanya. Yang aku x dapat lupakan, nak buat air horlick untuk breakfast ayah pun kena call ibu aku kat rumah atok. Adik-adik aku pun sama je macam aku gak x reti buat air horlick. Merasa gak la susah payah ibu aku setiap hari. Problem aku setiap hari adalah nak fikirkan lauk untuk dimasak. Disebabkan kepakaran aku bab masak-masak ini terlalu tinggi, aku hanya tau masak sambal, asam & goreng. So, lauk yg aku masak rotate resepi yg sama je setiap hari. Hehehe... Kena menuntut ilmu masak lagi ni.

25-26 Jun 2008
Gotong-royong keluarga untuk menyiapkan pulut kuning dan rendang daging & ayam. Pulut kuning ini diniatkan untuk disedekahkan sempena angah masuk UM dan Syafiq khatam Quran. Alhamdulillah, setelah berpenat-lelah segalanya berjalan lancar. Keletihan yg melampau menyebabkan aku hampir termuntah tengok pulut kuning yang dah siap. Padahal aku hantu pulut sebelum ini.

27 Jun 2008
BBQ dgn adik-adik aku. (Cehhh, aku sorang je yg bakar depa mai makan) Ini sebenarnya sempena angah dah nak blah masuk universiti. Matlamat utama adalah untuk merapatkan lagi hubungan kami. Dulu, masa kami masih kat Sibu ini memang aktiviti biasa bagi kami. Seronok sangat BBQ ngan adik-adik aku.

29 Jun 2008
Akhirnya angah berjaya menjejakkan kaki ke UM. Universiti impian die kalau tak silap aku. Dan ini pun merupakan pengalaman pertama aku memijakkan kaki ke bumi UM (walaupun sekadar menghantar angah je). Angah dapat Kolej Kediaman 8. Isk3x... Teramat la sadis dengan kondisi asramanya. Dan tak keterlaluan jika aku bandingkan dengan kandang kambing. Bezanya cuma kandang kambing xda katil & almari baju. Teramatlah buruk. Tapi, bersyukurlah sebab angah masih dapat tinggal kat asrama. Kalaulah kena stay kat luar, habislah botak ayah lepas ini. Semoga angah akan berjaya di UM.

3 Julai 2008
Dah sampai masanya aku kembali ke Perlis yg indah mempersona. Walaupun masih ada beberapa hari lagi cuti, namun aku terpaksa balik awal sebab tiket dah habis. Padan muka aku, lengah-lengah beli tiket. Bermulalah kehidupan aku kembali sebagai seorang pelajar universiti.


Sayang sokmo,