Thursday, July 10, 2008

Semester 5 Minggu 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Minggu pertama telah dimulakan dengan kuiz Biomaterial & kuiz Biomedical Acts, Standards and Safety. Bolehlah dikira sebagai warming up bg semester ini. Tajuk assignment bg subjek Biomedical Acts, Standards and Safety pun dah diberikan. Group aku dapat tajuk ECG. Tajuk yg sgt famous sapanjang pengajian aku di UniMAP ini. Hampir setiap semester ada assignment berkaitan ECG. Aku cuba pujuk diri aku untuk berfikir secara positif, walaupun telah 2x dapat tajuk yg sama namun masih byk ilmu ECG yg belum aku ketahui dari sudut yg berbeza. Contohnya time subjek Biomedical Signal & System dulu, kami kaji ECG's signal. Dan untuk kali ini, kami bakal mengkaji dan mempelajari berkaitan medical device regulation or standard yg digunakan. InsyaAllah bertambah lagi ilmu ECG yg telah sedia ada.

Ini pula kisah dalam bus sebelum sampai ke kuliah petang td. Aku duduk di sebelah Wani dalam bus tadi. Sambil itu, aku membuat last preparation untuk kuiz Biomaterial. Tiba-tiba kedengaran suara pelajar cina yg berborak antara mereka dalam bahasa Mandarin. Dialognya lebih kurang beginilah. "Rajinnya... Ini mesti budak 1st year. X apalah, biarlah. Tunggu 2nd year nanti barulah tahu macam mana." Hahaha... Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi respon aku pada waktu itu, hanya melemparkan pandangan kepada kelompok cina yg berborak td. Nak marah, x tahu mulut siapa. Biarkan sajalah. Bukannya sakit pun badan aku dek kata-kata mereka. Rasa macam tak berbaloi marah pasal perkara remeh. Masa nak turun bus, kebetulan bus sangat sendat dan penuh. Aku dengan lancar menyebut "lang kai" yg bermaksud ke tepi sikit dalam bahasa mandarin. Aku harap mereka dengar. Baru mereka tahu, bukan mereka sahaja yg menguasai bahasa itu. Hehehe...

Selepas kelas Biomedical Acts, Standards & Safety, kami telah diberi taklimat berkaitan dengan latihan industri yg bakal dilalui pada semester akan datang. Praktikal kali ini akan bermula pada 1 Disember 08 hingga 15 Mei 09. Genap 24 minggu kami akan berada dalam industri. Perasaan cuak pun ada, gembira pun ada. Cuak sebab tak lama lagi akan masuk praktikal lepas itu masuk alam pekerjaan. Gembira sebab aku dah semakin hampir untuk menghabiskan degree. Lagi 2 tahun, insyaAllah.

Esok x ada kelas langsung. Mungkin aku akan menghabiskan masa hujung minggu ini untuk mencari tempat praktikal. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Dan esok juga aku ada misi besar yg perlu diselesaikan. Ini berkaitan dengan antara hidup dan mati aku. Hehehe... Serius je bunyi. Xde la, aku nak email perletakan jawatan AJK Rakan Muda UniMAP je. Aku rasa xmampu untuk pegang sampai 3 tanggungjawab dalam 1 masa. Cukuplah sekadar along biomedic & naib s/u meka. Itu pun dah cukup sibuk. Takut nanti aku tak mampu membahagikan masa untuk akademik dan kegiatan luar. Yang penting aku hepi.


Sayang sokmo,

No comments: