Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
9 Mei 2008
Kepulanganku disambut dengan kelahiran anak-anak Kitty. Aku sampai di rumah pada waktu hampir senja. Kitty bersalin pada waktu Maghrib. Huahuahua... 3 ekor anak Kitty telah lahir dengan selamatnya. Aku tak perasan yg Kitty dah sarat nak bersalin time tu. Tiba-tiba lepas azan Maghrib, ibu bisik padaku yg air ketuban Kitty dah pecah. Hualamak... Ibu memang teror la bab-bab gini. Perkara macam ni pun boleh perasan. Aku nampak gak Kitty dok kat bawah almari tadi dengan muka semacam, tapi tak sangka yg Kitty akan bersalin malam ni jugak. Akhirnya, setelah berhempas pulas meneran, lahirlah 3 ekor anak yg legam. Semua anak-anak Kitty warna putih & hitam keperangan je. Kitty ni satu-satunya kucing kat rumah aku yg sentiasa kebuluran. Sentiasa je lapar walaupun baru bagi makan.
16-19 Mei 2008
Aku menghadiri Cyber Development Corp : Earth ITernity di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras. Bengkel yg bertujuan untuk menyelamatkan bumi hijau ini daripada kesan pencemaran dgn mengapplikasikan ilmu IT yg sedang berkembang pesat pada hari ini. Pelbagai peserta daripada pelbagai pelosok dunia berkampung selama 4 hari 3 malam di Cheras untuk bersama-sama berkongsi & menberi pendapat. Hampir 55 buah negara dan 150 peserta telah bersama menyertai bengkel ini. Ucapan daripada wakil-wakil yg terlibat dengan pemuliharaan alam sekitar seperti YAWA, UNCERF dan banyak lagi diberikan. Setelah itu kami diberi peluang untuk bekerja dalam kumpulan bagi membincangkan isu-isu alam sekitar. Antara isu alam sekitar yg kami bincangkan adalah Carbon footprint, IT footprint, Green & You dan pelbagai masalah lain. Hari terakhir bengkel, kami telah membentangkan segala idea dan pendapat hasil perbincangan kepada pihak United Nation dan belia. Dinner last di Pusat Belia Antarabangsa menggamit memori kami semua. Semua peserta kelihatan enjoy dan santai. Kumpulan aku membuat persembahan pentomin berkaitan kesan daripada proses pembandaran. Dan alhamdulillah, berkat kerjasama semua telah mendapat persembahan kedua terbaik. Selepas itu, kami bergembira dengan tarian poco-poco. Sesungguhnya pengalaman bengkel pada kali ini sangat bermanfaat bagiku. Aku dpt member baru dari Tanzania, Maldives & Indonesia. =) Melalui program antarabangsa ini, telah berjaya membuka mataku tentang betapa pentingnya bahasa Inggeris pada masa kini dan akan datang.
31 Mei 2008
Kelahiran kucing lagi di rumah aku. Hehehe... Kali ini, 4 ekor kucing telah berjaya di keluarkan daripada perut sang ibu kucing. Comel-comel semua anak kucing tu. Kucing kampung la katakan. Ekor kontot-kontot, badan pun kecil je.
2-6 Jun 2008
Aku menjadi suri rumah sementara?! Hahaha... Ibu balik rumah atok kat Serdang. Aku yg ambil alih tugas sementara ibu untuk kemas rumah & masak untuk ayah & adik-adik. Kelam kabut gak la sebab biasanya ibu yg uruskan segalanya. Yang aku x dapat lupakan, nak buat air horlick untuk breakfast ayah pun kena call ibu aku kat rumah atok. Adik-adik aku pun sama je macam aku gak x reti buat air horlick. Merasa gak la susah payah ibu aku setiap hari. Problem aku setiap hari adalah nak fikirkan lauk untuk dimasak. Disebabkan kepakaran aku bab masak-masak ini terlalu tinggi, aku hanya tau masak sambal, asam & goreng. So, lauk yg aku masak rotate resepi yg sama je setiap hari. Hehehe... Kena menuntut ilmu masak lagi ni.
25-26 Jun 2008
Gotong-royong keluarga untuk menyiapkan pulut kuning dan rendang daging & ayam. Pulut kuning ini diniatkan untuk disedekahkan sempena angah masuk UM dan Syafiq khatam Quran. Alhamdulillah, setelah berpenat-lelah segalanya berjalan lancar. Keletihan yg melampau menyebabkan aku hampir termuntah tengok pulut kuning yang dah siap. Padahal aku hantu pulut sebelum ini.
27 Jun 2008
BBQ dgn adik-adik aku. (Cehhh, aku sorang je yg bakar depa mai makan) Ini sebenarnya sempena angah dah nak blah masuk universiti. Matlamat utama adalah untuk merapatkan lagi hubungan kami. Dulu, masa kami masih kat Sibu ini memang aktiviti biasa bagi kami. Seronok sangat BBQ ngan adik-adik aku.
29 Jun 2008
Akhirnya angah berjaya menjejakkan kaki ke UM. Universiti impian die kalau tak silap aku. Dan ini pun merupakan pengalaman pertama aku memijakkan kaki ke bumi UM (walaupun sekadar menghantar angah je). Angah dapat Kolej Kediaman 8. Isk3x... Teramat la sadis dengan kondisi asramanya. Dan tak keterlaluan jika aku bandingkan dengan kandang kambing. Bezanya cuma kandang kambing xda katil & almari baju. Teramatlah buruk. Tapi, bersyukurlah sebab angah masih dapat tinggal kat asrama. Kalaulah kena stay kat luar, habislah botak ayah lepas ini. Semoga angah akan berjaya di UM.
3 Julai 2008
Dah sampai masanya aku kembali ke Perlis yg indah mempersona. Walaupun masih ada beberapa hari lagi cuti, namun aku terpaksa balik awal sebab tiket dah habis. Padan muka aku, lengah-lengah beli tiket. Bermulalah kehidupan aku kembali sebagai seorang pelajar universiti.



No comments:
Post a Comment