Sunday, July 20, 2008

Salam Tazkiah Buat Suz =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Entri kali ini khas buat sahabatku Suzana Napi. Salam tazkiah di atas kepulangan allahyarham ayahanda tersayang ke rahmatullah pada petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan orang-orang yg soleh. Alfatihah...

Sedih hati... Gusar hati... Mengenangkan nasib yg belum tentu. Entahkan sempat menempoh hari esok. Tiada sebarang jaminan yg mampu diberikan samada hari esok masih milik kita atau sebaliknya. Samada hari esok masih mampukah kita berkongsi oksigen di bumi ini dengan seluruh makhluk. Segalanya milik-Nya. Sesungguhnya drpd DIA kita datang dan kpd DIA kita kembali.


Sayang sokmo,

Sunday, July 13, 2008

Taman Ular & Reptilia Perlis :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hari ini aku ke Taman Ular & Reptilia. Perjalanan yg langsung tidak dirancang. Tujuan asal aku keluar dari bilik tengahari tadi dengan niat untuk pergi survey tempat Majlis Biomedic di Bukit Air. Secara kebetulan, Taman Ular itu 1 jalan dengan Bukit Air. So, untuk memanfaatkan minyak yg telah digunakan untuk datang situ kami singgah je la. Sangat best. Bayaran masuk pun agak berbaloi. Rm 4 bg dewasa.

Bukan sahaja ular sahaja yg dipamerkan, bahkan ada juga monyet, buaya, biawak, memerang, kura-kura dan iguana. Masa tengok seekor beruk ni, nampak macam dia kesepian. Cari kutu, kutip habuk kat lantai. Bila kitaorang tengok lama & dekat-dekat dengan dia, dia ambil bunga kat lantai terus naik atas palang besi dia. Aku pun ingatkan beruk tu pandai nak bagi bunga kat kitaorang. Sekali, dia terpa daa... Kus semangat den. Dah la time tu Mar tengah rekod video. Memang kelakarlah. Dia terpa je, kitaorang terus lari terjerit-jerit. Haha... Biasalah perempuan.

Tapi, ada 2 kelemahan taman ini. Pertama, pihak pengurusan tak jaga kawasan ini dengan baik. Air & dinding di kolam memerang, kura-kura & biawak sampai dah berlumut. Kawasan luar buaya pun penuh dengan semak samun. Takut-takut suatu hari nanti, taman tu ada haiwan yg dibiar dalam sangkar dan ada yg hidup sendiri di luar sangkar. Mana nak tahu kan, dah kawasan semakin semak binatang lain pun boleh datang. Kedua, tiada persembahan atau ular yg boleh disentuh oleh para pengunjung. Ramai yg datang melawat pada hari ini, memandangkan hari hujung minggu. Para ibubapa mengambil peluang bersiar-siar bersama anak-anak. Sekiranya terdapat pertunjukkan, aku rasa ianya akan lebih mendapat sambutan.

Teringat kembali sewaktu ke CDC Corps 2 bulan lepas, penyanyi Zainal Abidin yg merupakan duta Zoo Negara telah membawa 3 ekor ular dr saiz kecil, sederhana dan besar. Pada mulanya aku kurang faham tujuan ular itu dibawa ke persidangan kami. Tapi akhirnya Zainal Abidin menerangkan logiknya ular tersebut bersama kami para belia. Musuh ketakutan dalam diri seseorang adalah diri sendiri. Jika kita mampu melawan musuh dalam diri sendiri, kita akan menjadi belia yang lebih berani dan mampu berjaya. Jika kita takut dengan ular, cabar diri sendiri untuk mendekati dan mengusapnya. Secara tidak langsung ianya akan menghilangkan perasaan gemuruh tersebut dan memulihkan keyakinan dalam diri. Begitulah kehidupan, jika kita takut dan tidak yakin kita akan ketinggalan.

Lawatan 'suku hari' ke Taman Ular & Reptilia Perlis

Ada berani ka?! Ngeh3x...

Besar aZu adalah 1/20 drpd besar papan tanda tu... ;)


Sayang sokmo,

Thursday, July 10, 2008

Semester 5 Minggu 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Minggu pertama telah dimulakan dengan kuiz Biomaterial & kuiz Biomedical Acts, Standards and Safety. Bolehlah dikira sebagai warming up bg semester ini. Tajuk assignment bg subjek Biomedical Acts, Standards and Safety pun dah diberikan. Group aku dapat tajuk ECG. Tajuk yg sgt famous sapanjang pengajian aku di UniMAP ini. Hampir setiap semester ada assignment berkaitan ECG. Aku cuba pujuk diri aku untuk berfikir secara positif, walaupun telah 2x dapat tajuk yg sama namun masih byk ilmu ECG yg belum aku ketahui dari sudut yg berbeza. Contohnya time subjek Biomedical Signal & System dulu, kami kaji ECG's signal. Dan untuk kali ini, kami bakal mengkaji dan mempelajari berkaitan medical device regulation or standard yg digunakan. InsyaAllah bertambah lagi ilmu ECG yg telah sedia ada.

Ini pula kisah dalam bus sebelum sampai ke kuliah petang td. Aku duduk di sebelah Wani dalam bus tadi. Sambil itu, aku membuat last preparation untuk kuiz Biomaterial. Tiba-tiba kedengaran suara pelajar cina yg berborak antara mereka dalam bahasa Mandarin. Dialognya lebih kurang beginilah. "Rajinnya... Ini mesti budak 1st year. X apalah, biarlah. Tunggu 2nd year nanti barulah tahu macam mana." Hahaha... Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi respon aku pada waktu itu, hanya melemparkan pandangan kepada kelompok cina yg berborak td. Nak marah, x tahu mulut siapa. Biarkan sajalah. Bukannya sakit pun badan aku dek kata-kata mereka. Rasa macam tak berbaloi marah pasal perkara remeh. Masa nak turun bus, kebetulan bus sangat sendat dan penuh. Aku dengan lancar menyebut "lang kai" yg bermaksud ke tepi sikit dalam bahasa mandarin. Aku harap mereka dengar. Baru mereka tahu, bukan mereka sahaja yg menguasai bahasa itu. Hehehe...

Selepas kelas Biomedical Acts, Standards & Safety, kami telah diberi taklimat berkaitan dengan latihan industri yg bakal dilalui pada semester akan datang. Praktikal kali ini akan bermula pada 1 Disember 08 hingga 15 Mei 09. Genap 24 minggu kami akan berada dalam industri. Perasaan cuak pun ada, gembira pun ada. Cuak sebab tak lama lagi akan masuk praktikal lepas itu masuk alam pekerjaan. Gembira sebab aku dah semakin hampir untuk menghabiskan degree. Lagi 2 tahun, insyaAllah.

Esok x ada kelas langsung. Mungkin aku akan menghabiskan masa hujung minggu ini untuk mencari tempat praktikal. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Dan esok juga aku ada misi besar yg perlu diselesaikan. Ini berkaitan dengan antara hidup dan mati aku. Hehehe... Serius je bunyi. Xde la, aku nak email perletakan jawatan AJK Rakan Muda UniMAP je. Aku rasa xmampu untuk pegang sampai 3 tanggungjawab dalam 1 masa. Cukuplah sekadar along biomedic & naib s/u meka. Itu pun dah cukup sibuk. Takut nanti aku tak mampu membahagikan masa untuk akademik dan kegiatan luar. Yang penting aku hepi.


Sayang sokmo,

Wednesday, July 9, 2008

RPS Dan Kami =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

PAPA FAAIZUL
Buat julung-julung kalinya perjumpaan bersama RPS telah diadakan. Kalau tak silap aku, boleh dikira dengan jari je berapa kali perjumpaan RPS yg telah dijalankan sepanjang hidup aku di UniMAP ini. Dari seorang papa ke seorang papa kami bertukar. Mula-mula masuk UniMAP, papa Faaizul yg handle kami. Perjumpaan dgn papa Faaizul pun rasanya masa orientasi sahaja. Dan sekali lagi semasa majlis berbuka puasa di rumah papa Faaizul. Papa Faaizul mesra & caring sebenarnya. Tapi, atas kengkangan masa, lecture & family papa Faaizul agak sibuk dan mempunyai masa yg terhad untuk bersama kami. Sekarang ini, papa Faaizul dah quit daripada UniMAP, kembali ke kampung halaman di Kuching Sarawak. Semoga papa Faaizul sukses sokmo & terima kasih!

PAPA FAIZAL
Papa Faizal mengambil-alih buat sementara waktu kerana papa Faizal sendiri telah mempunyai 'anak-anak' daripada Mekatronik kalau x silap. Papa Faizal pun agak sibuk dengan study & research. Perjumpaan dengan papa Faizal hanya sekali kalau tidak silap aku. Lagipun papa Faizal hanya mengambil-alih tugas hanya 1 semester. Apa-apa pun, terima kasih atas segala perhatian yg telah diberikan kepada kami semua.

PAPA YUSOF
Peralihan kuasa berlaku sekali lagi, kali ini papa kami adalah papa Yusof. Lecturer yg baru sahaja kembali daripada Melbourne telah mendapat 14 orang 'anak' dalam sekelip mata. Hahaha... Semester 4 langsung xda perjumpaan dengan papa Yusof. Mungkin papa Yusof masih terkezut kerana telah mendapat 14 orang 'anak' dalam masa yang singkat. Hehehe... Pembukaan semester ini, awal-awal lagi papa Yusof terus nak berjumpa dengan 'anak-anak'nya. Papa Yusof jumpa kami semalam, itu pun bukan semua yg hadir lagi. Hanya kami berlapan yg datang dahulu. Sessi perbincangan berkaitan masalah pointer, subjek sem lepas dan sem ini, latihan industri dan pelbagai masalah lain. Di samping kata-kata nasihat dan galakan untuk terus tingkatkan pointer, satu lagi kata papa Yusof yg menarik perhatianku. "Sementara berada di universiti inilah kita grab semua peluang yang ada untuk belajar seberapa banyak ilmu yang boleh." Aku suka sentiasa diingati dan dinasihati oleh orang lain. So, semoga dengan motivasi yang telah diberikan pada awal semester lagi akan mampu menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya. Aku tau bukannya aku tak mampu untuk mendapatkan yang terbaik kerana sejarah pernah membuktikan segalanya. Tapi disebabkan kurangnya usaha daripada diriku membuatkan aku selalu tersungkur. Semoga akan terus diberi kekuatan untuk berubah dengan istiqamahnya. Ibu, ayah, adik, papa Yusof, para lecturer dan sahabat2x terima kasih atas segala nasihat dan semangat selama ini. I'm really appreciate it. Semoga perhatian dan kasih sayang daripada semua akan terus menyinari hari mendatang.


Sayang sokmo,

Tuesday, July 8, 2008

Coretan Cuti Semester =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

9 Mei 2008
Kepulanganku disambut dengan kelahiran anak-anak Kitty. Aku sampai di rumah pada waktu hampir senja. Kitty bersalin pada waktu Maghrib. Huahuahua... 3 ekor anak Kitty telah lahir dengan selamatnya. Aku tak perasan yg Kitty dah sarat nak bersalin time tu. Tiba-tiba lepas azan Maghrib, ibu bisik padaku yg air ketuban Kitty dah pecah. Hualamak... Ibu memang teror la bab-bab gini. Perkara macam ni pun boleh perasan. Aku nampak gak Kitty dok kat bawah almari tadi dengan muka semacam, tapi tak sangka yg Kitty akan bersalin malam ni jugak. Akhirnya, setelah berhempas pulas meneran, lahirlah 3 ekor anak yg legam. Semua anak-anak Kitty warna putih & hitam keperangan je. Kitty ni satu-satunya kucing kat rumah aku yg sentiasa kebuluran. Sentiasa je lapar walaupun baru bagi makan.

16-19 Mei 2008
Aku menghadiri Cyber Development Corp : Earth ITernity di Pusat Belia Antarabangsa di Cheras. Bengkel yg bertujuan untuk menyelamatkan bumi hijau ini daripada kesan pencemaran dgn mengapplikasikan ilmu IT yg sedang berkembang pesat pada hari ini. Pelbagai peserta daripada pelbagai pelosok dunia berkampung selama 4 hari 3 malam di Cheras untuk bersama-sama berkongsi & menberi pendapat. Hampir 55 buah negara dan 150 peserta telah bersama menyertai bengkel ini. Ucapan daripada wakil-wakil yg terlibat dengan pemuliharaan alam sekitar seperti YAWA, UNCERF dan banyak lagi diberikan. Setelah itu kami diberi peluang untuk bekerja dalam kumpulan bagi membincangkan isu-isu alam sekitar. Antara isu alam sekitar yg kami bincangkan adalah Carbon footprint, IT footprint, Green & You dan pelbagai masalah lain. Hari terakhir bengkel, kami telah membentangkan segala idea dan pendapat hasil perbincangan kepada pihak United Nation dan belia. Dinner last di Pusat Belia Antarabangsa menggamit memori kami semua. Semua peserta kelihatan enjoy dan santai. Kumpulan aku membuat persembahan pentomin berkaitan kesan daripada proses pembandaran. Dan alhamdulillah, berkat kerjasama semua telah mendapat persembahan kedua terbaik. Selepas itu, kami bergembira dengan tarian poco-poco. Sesungguhnya pengalaman bengkel pada kali ini sangat bermanfaat bagiku. Aku dpt member baru dari Tanzania, Maldives & Indonesia. =) Melalui program antarabangsa ini, telah berjaya membuka mataku tentang betapa pentingnya bahasa Inggeris pada masa kini dan akan datang.

31 Mei 2008
Kelahiran kucing lagi di rumah aku. Hehehe... Kali ini, 4 ekor kucing telah berjaya di keluarkan daripada perut sang ibu kucing. Comel-comel semua anak kucing tu. Kucing kampung la katakan. Ekor kontot-kontot, badan pun kecil je.

2-6 Jun 2008
Aku menjadi suri rumah sementara?! Hahaha... Ibu balik rumah atok kat Serdang. Aku yg ambil alih tugas sementara ibu untuk kemas rumah & masak untuk ayah & adik-adik. Kelam kabut gak la sebab biasanya ibu yg uruskan segalanya. Yang aku x dapat lupakan, nak buat air horlick untuk breakfast ayah pun kena call ibu aku kat rumah atok. Adik-adik aku pun sama je macam aku gak x reti buat air horlick. Merasa gak la susah payah ibu aku setiap hari. Problem aku setiap hari adalah nak fikirkan lauk untuk dimasak. Disebabkan kepakaran aku bab masak-masak ini terlalu tinggi, aku hanya tau masak sambal, asam & goreng. So, lauk yg aku masak rotate resepi yg sama je setiap hari. Hehehe... Kena menuntut ilmu masak lagi ni.

25-26 Jun 2008
Gotong-royong keluarga untuk menyiapkan pulut kuning dan rendang daging & ayam. Pulut kuning ini diniatkan untuk disedekahkan sempena angah masuk UM dan Syafiq khatam Quran. Alhamdulillah, setelah berpenat-lelah segalanya berjalan lancar. Keletihan yg melampau menyebabkan aku hampir termuntah tengok pulut kuning yang dah siap. Padahal aku hantu pulut sebelum ini.

27 Jun 2008
BBQ dgn adik-adik aku. (Cehhh, aku sorang je yg bakar depa mai makan) Ini sebenarnya sempena angah dah nak blah masuk universiti. Matlamat utama adalah untuk merapatkan lagi hubungan kami. Dulu, masa kami masih kat Sibu ini memang aktiviti biasa bagi kami. Seronok sangat BBQ ngan adik-adik aku.

29 Jun 2008
Akhirnya angah berjaya menjejakkan kaki ke UM. Universiti impian die kalau tak silap aku. Dan ini pun merupakan pengalaman pertama aku memijakkan kaki ke bumi UM (walaupun sekadar menghantar angah je). Angah dapat Kolej Kediaman 8. Isk3x... Teramat la sadis dengan kondisi asramanya. Dan tak keterlaluan jika aku bandingkan dengan kandang kambing. Bezanya cuma kandang kambing xda katil & almari baju. Teramatlah buruk. Tapi, bersyukurlah sebab angah masih dapat tinggal kat asrama. Kalaulah kena stay kat luar, habislah botak ayah lepas ini. Semoga angah akan berjaya di UM.

3 Julai 2008
Dah sampai masanya aku kembali ke Perlis yg indah mempersona. Walaupun masih ada beberapa hari lagi cuti, namun aku terpaksa balik awal sebab tiket dah habis. Padan muka aku, lengah-lengah beli tiket. Bermulalah kehidupan aku kembali sebagai seorang pelajar universiti.


Sayang sokmo,

Tuesday, May 6, 2008

aZu, Last Paper & Balik :-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alkisah 2 hari sblm paper EM. Tengahari td g beli tiket balik. Aku balik Jumaat pg ni. X sabarnya. Rasa mcm dah lama x balik rumah. Haha... Macam x biasa dok jauh je aku ni. Lunch td Diana belanja. Aku teringin nak makan nasi kandar. Tapi td makan nasi campur la. Sedap gak.

After lunch, singgah kejap kat Restoran Abdul Alim. Beli roti canai. Terliur lak time mkn tadi nmpk roti canai kat kedai sebelah. My favourite tu. Beli 5 keping. Nak buat kenduri ngan Mar & Diana ptg kang.

Masuk je bilik, x tau nak buat pe. Nak mulakan study mood x dtg lagi. Aku start packing barang la. Memang sengal. Dah la x sampai 2 hari je lagi nak exam. Froggie dah packing. Bantal2x bucuk pun dah masuk dalam beg. Rindunya nanti kat bantal2x bucuk.

Menghabiskan sepetang bersama Mar & Diana. Makan roti canai sambil tgk Kung Fu Dunk. Best woo cite tu. Aku dah tgk sblm ni. Tapi x jemu gak nak tgk lagi. Khatam la cite tu ktorg tgk. Lps ni concentrate dgn study lak. Kena dok jauh2x drpd laptop ni. Takut virus main laptop tersebar kat aku. Hehehe...

aZu, teruskan perjuangan! Perjuangan utk paper last k. Semoga berjaya. Kuatkan semangat. Don't lost again. Ngeh3x...


Sayang sokmo,

aZu Kebuluran :P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Waaa... aZu kebuluran di tengah2x mlm bute. Kuang3x... Nasiblah td sempat g bilik Sarah 'pau' gas. Thanks Sarah. Jasamu kukenang. Ngeh3x...

Malam ni msk bubur nasi. Makanan yg paling simple. Just letak kiub shj. Siaplah nanti bubur tu. Bubur org bujang. Kah3x...

Waaa... Sedapnye bubur aku mlm ni. Hehe... Malam ni mkn bubur pedas. Potong cili kering. Letak kiub ikan bilis. So, resipi mlm ni bubur bilis pedas. Jgn terliur eh. Hahaha...

Aku x pandai masak. Azam aku balik cuti ni nak belajar masak. Sem dpn boleh la aku masak utk member2x aku lak. Ngeh3x... Tu pun kalau depa lalu la nak rasa air tngn aku. Haha... Teruk sgt ke?! Xda la sgt sebenarnya. Kalau aku dah pro masak nanti, mst semua nak makan masakan aku je setiap hari. Hehe... Berangan lagi.

Ketensionan sebenarnya. Lagi berapa jam je nak exam EM. Harap2x la tip top yg Cik Aisyah & Papa Rock bg kena eh. Xmoh sejarah Biomechanics berulang kembali. Sadis2x. Lepas mkn, nak study EM. Sblm tu, nak bersiram dulu. Bersiram pukul 3 a.m. Haha... Kerja gila. Itulah aZu...


Sayang sokmo,

Saturday, May 3, 2008

Menangislah Di Bahuku ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

MENANGISLAH DI BAHUKU
Song By : Firdaus
Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza
Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada disini untukmu
Cuba tak berkelip menahan tegar dihujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua
Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada didunia
Menangislah dibahuku
Kau beriku kepercayaan
Bahawa laramu adalah haru biruku
Kerana aku adalah sahabatmu
Menangislah… menangislah…
MENANGISLAH DIBAHUKU KERANAKU DISINI UNTUKMU
MENANGISLAH DIBAHUKU KERANAKU ADALAH SAHABATMU

Nak berkongsi sebuah nasyid bersama-sama. Khas buat teman2x sekalian. Bahuku utk kalian. Maaf sekiranya aku tidak mampu memujuk dgn kata2x krn aku mmg teramatlah lemah dlm berkata2x. Tapi, x semua kata2x perlu dizahirkan. Betul x?! Buat semua sahabat2x di muka bumi ini, hargailah ia.


Sayang sokmo,

Kisah Seorang Pemilik Roti (",)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dahulu kala, dikisahkan la, ada seorang warak ini yang beridah selama 70 tahun. Dia ni beribadah je kat tempat dia tu tanpa berganjak ke mana-mana kecuali 1 hari ni. Al-kisah nya pada satu hari ni, turun syaitan yang menyerupai wanita cantik mendatangi lelaki ni. Maka, tinggallah mereka berdua bersama-sama selama 7hari dan 7malam.

Selepas itu, lelaki ni terasa amat bersalah dan ingin bertaubat. Selalu lah dia ni solat dan bersujud meminta keampunan dari Allah.

Satu hari ni, dia nak stop kejap kat satu tempat ni. Cam singgah jap kat r&r tu. Kat situ adela pulak 12 org miskin tengah duduk. Dia pun duduk kat celah-celah orang miskin tu. Tak lama kemudian, tibe seorang ni yang kerjanya distribute roti-roti kat orang miskin. Semua orang dapat roti, (orang 1st sampai la ke dia) kecuali sorang je iaitu mamat yang duduk sebelah lelaki ni. Mamat yang tak dapat roti ni pun tanya kat org yang agih-agihkan roti tu ‘ kenapa aku tak dapat roti?’ org yang bagi roti tu jawab, ‘Ini je roti yang aku ada, semua dah habis dah untuk hari ni.’

Lelaki yang bertaubat itu pun pandang je roti dia. Lapar memang lapar jugak tapi kesian la pulak tengok mamat sebelah aku ni. Lalu, dia pun bagi roti dia tu kat mamat lapar tu.

Esoknya, lelaki yang insaf tu meninggal dunia…..

Kemudian, ibadahnya yang 7o tahun tu ditimbang dengan maksiat yang dia but 7malam maksiat lagi berat. Lepas tu, timbang pula dengan kebaikan dia memberi roti tu, kebaikan lagi berat.

Oleh itu, segeralah kita menginfakkan harta ke arah jalan Allah. Selalu lah kita bersedekah kawan-kawan, mana tau jadi macam kes lelaki ni ke. Kalau kita terlalu tamak an bakhil sebab nak kumpul harta je kerja nya, nanti sendiri yang menyesal..

**Sekadar ingin berkongsi tazkirah drpd kisah yg telah aku cilok drpd blog seorang hamba Allah. Semoga bersama-sama kita mengambil iktibar drpd kisah ini. Memandangkan aku sdg kelaparan saat post ini dipublishkan, so kwn2x berbuatlah kebaikan kpd shbtmu ini. Kih3x... Wallahualam...


Sayang sokmo,

Friday, May 2, 2008

My Favourite Subject--->Biomechanics ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

11.06 a.m
Kecuakan semakin terasa. Lohh... Makin byk yg dihafal, makin byk lak yg confius. Inilah penangan study last minute. Kwn2x, don't try this at home. Huhu... Lebih kurang 3 jam lagi sblm paper Biomechanics. Aku kebuntuan. Semua nak dihafal dlm 1 masa. Huwaaa... Tulun2x... Ok, smbg menghafal. ;-)

6.32 p.m
Senget-sesengetnya la oi... Kantoi la paper fav aku nih. Cam hancus je. Huhuhu... Apa2x pun aku hanya doakan yg terbaik je la. X terkate lagi dah. Rasa mcm nak nangis je time buat td. Nangis x berlagu. Hahaha... Sengal2x... Sakitnya kepala fikir paper td. Papa Jambu ckp senang je. Part die pun susah gak. Waduh2x...

7.37 p.m
Huwaaa... Semangat dah semakin pudar. Tulun2x...

11.31 p.m
Huhu... Baru je balik drpd Kg Wai. Ada meeting Rakan Muda td. Tgk, time exam pun dok sibuk ngan meeting lagi. aZu... aZu... Xpe2x, at least kureng ckit rasa ketensionan paper Biomechanics td. Huh...! EM coming soon. No more regreting. Malam ni dah kena start study EM. Yahoo!!! Doakan aZu eh shbt2x...


Sayang sokmo,