Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
Datang mood nak update blog setelah sekian lama bertapa. Dah banyak draft blog, tapi tak publish. Setiap kali mula menulis macam banyak sangat idea, pertengahan jalan stuck tak tahu nak meng'ayat' apa lagi. Otak dah nak mula berkarat rasanya. Hehehe... Ok, setelah puas memerah otak, keringat dan menggodak hp maka aku nekad untuk memperdagangkan koleksi gambar dalam hp aku yang tak berapa nak canggih ini. Termasuk juga gambar-gambar yang telah aku culik daripada kawan-kawan sebelum ini. Hehehe... Yang baik dijadikan tauladan. Yang kurang baik jadikan sempadan ok. =)
Restoran 'Toilet Bowl'Unik bukan?! =P
Kat Sg. Wang Plaza kalau tak silap.
Dah setahun lebih gambar ini jadi pekasam dalam hp.
Photo credit to Su Natasha.Ini masa study group semester 8 ok, bukan semester 9.
Hehehe...
Nampak tak antara peneman setia study kami - Minyak Cap Kapak.
Sila jangan tiru aksi ini.Berbuih mulut pensyarah membebel kat depan, yang di belakang sedap-sedap gelak tengok cerita kartun.
Hahaha... Aku la photographer, aku la tukang gelak juga.
Ok, isu lagi satu ini selalu bikin aku 'hot'. Aku kurang faham, dah sah-sah terpampang 'KOC WANITA SAHAJA' tapi masih ada yang buta huruf rupanya rakyat Malaysia ini. Nak kata tak faham Bahasa Melayu, fine. Bahasa Inggeris, Bahasa India, Bahasa Cina dan Bahasa Arab juga ada. Kadangkala pelancong lagi faham bahasa daripada rakyat negara sendiri. Haiiiihhhhh...
Jika anda rasa anda perempuan sahaja, barulah tunggu di sini ok.Kaum Adam atau setengah sila jangan nak mengada-ngada berada di sini juga.
Sila lihat simbol di atas dan sila lihat pasangan yang khusyuk bermadu kasih. Manusia iniiiii laaaa...
Maaf, bukan berniat untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak tapi kalian perlu sedar.
Kita rakyat celik ilmu bukan?! Harap faham.
Hahahahaha... (Gelak jahat.) =PGambar ini disnap masa tengah tunggu buat souvenir untuk Dinner BME.
Lama sangat, bosan-bosan cari bahan untuk gelak.
Sekali ternampak poster ini tertampal di dinding bangunan.
Apa lagi, tunjuk kat Mar pastu masing-masing buat muka jahat la. ;-)
Hobi yang dirindui.Dah lama tak buat 'coloring'.
Dulu rajin sebab Ghah dekat.
Mewarna bersama. Uwaaaaaa... :'(
Rindu dengan Perlis. Sila perhatikan betul-betul.
Perlis pun ada musim luruh tau.
Berguguran bunga kuning itu menutupi jalan.
=P
TomYam Bangkok.Nyum... Nyum... Nyum...
=)
Pemandangan senja Jambatan Putrajaya.
=)
=)
Sayang sokmo,

.jpg)

.jpg)


2 comments:
Uiiitt! rindu laa kat u.. mana u pegi? Lama tak gossip hot ngan u..hahahaa...
Take care..
muaaaahhh...
p/s: gambar kaktus tu...ermm.... 18SX! hahahahahhaha
hehehe...i g bertapa sat...i tau u mesti rindu gila babeng ngan i kan...kan kan kan...hehehehe...i merajuk...pergi jauh membawa diri...:-P
Post a Comment