Thursday, February 4, 2010

Mid Term Test

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku baru sahaja habis print out semua lecture note yang ada. Dah minggu ke-6 baru nak print notes...?! Gila pemalas sungguh aZu ini...! Haihhh...!!! Hahaha... Entahlah, semakin banyak masa free semakin malas aku ini. Sepatutnya makin banyak masa, makin concentrate pada subjek yang hanya seciput semester ini tapi sebaliknya pula yang terjadi. Isk3x...

Niat di hati ingin study Enzymes Part A malam ini, esok kena bentang. Doakan aku dapat berjaya teruskan perjuangan malam ini. ;-) Usahawan belum sentuh lagi, harap-harap sempat cover esok. Hujung minggu ini hingga awal minggu depan musim Mid Term Test, maka dan sesungguhnya seperti selalu aku akan memulakan tabiat lama yang tak pernah berubah - study last minute (Isk3x... Tak insaf2x lagi, apa nak jadi ni?!).

Mid Term Test
06 Februari 2010 - Keusahawanan Kejuruteraan
08 Februari 2010 - Jurutera Dalam Masyarakat
09 Februari 2010 - Biokimia

Semoga berjaya sahabat-sahabat. Belajar rajin-rajin yee... Jangan jadi macam aZu yang selalu study last minute ini. =P

** Makan dulu sebelum mula study, kelaparan di tengahmalam buta. Bubur + Sosej. Nyum3x... =)


Sayang sokmo,

No comments: