Thursday, May 21, 2009

Selamat Bertunang Syidah =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Malam tadi Ahsiah call aku 2x, tapi aku dah tidur. Tengahari ini call lagi sekali tapi line tiada pula. Aku cuak. Mungkinkah ada something bad yang berlaku. Nauzubillah... Terus aku call Ahsiah sebaik sahaja dapat sms missed call.

Hohoho... Rupanya saja nak berborak. Isk3x... Ahsiah bikin aku gelabah saja. =) Banyak yang dibualkan. Almaklumlah sudah 7 tahun masing-masing menghilangkan diri. Banyak cerita yang keluar. Gosip juga tidak kurang hebatnya. Hehehe...

Sungguh... Terasa sekejap sahaja masa berlalu. 7 tahun berlalu dengan cepat sekali. Kawan-kawan aku dah ada yang hampir mendirikan masjid. Nombor phone Syidah baru saja aku dapat daripada Ahsiah. Terus aku hubungi member kamceng time form 3 dahulu ini. Tahu-tahu Syidah jemput aku ke majlis pertunangan dia lepas solat Jumaat esok. Haaaaa???!!!

Aku teringin nak pergi. Nak meraikan hari bahagia sahabat aku bersama. Nak berjumpa setelah sekian lama berjauhan. Banyak cerita yang hendak dikongsi. Tapi, aku masih ada tanggungjawab di sini. Walau apa pun, aku tetap mendoakan semoga majlis esok berjalan dengan lancar. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semoga berbahagia. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja ye Syidah. =)


Sayang sokmo,

No comments: