Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
"Diam bukan bererti marah atau merajuk.
Kadangkala,
diam bermaksud, menangis secara senyap buat hati yang terluka."
Tak tahu sebab apa yang nak terluka tak semena-mena. Poyo jek! :P Terbalik je ayat di atas dengan aku. Kalau diam, aku merajuk atau marah. Kalau dah sampai menangis, tu dah tahap 'tekanan perasaan' yang tak mampu ditanggung lagi. :P Hehehe. Tapi kan, perasaan selepas menangis sangat indah. Puas! :D Jangan terlalu kerap, itu cengeng! :P
Ohhhh... Sejak setahun dua ini jejari dan otak tak mampu men'synchronize' idea untuk dicurahkan di laman blog. Masa tengah kejar bus, masa tengah kocoh-kocoh jalan menuju LRT, masa tengah kayuh basikal, banyak pula perkara yang nak dikarang. Tapi bila duduk depan laptop, 'kuyup' segalanya. Mata layu, otak lemau, lepas itu... Zzz.. lah jawabnya. :D Aku bukanlah kerja buruh binaan yang perlukan kerahan tenaga yang banyak. Tapi kalau dah hobinya memang tidur, memang nampak gayanya makin tumpul la kemahiran karangan BM aku dalam blog ni. :P
Ok la, 'terpaksa' berundur diri dahulu. Dah melebihi batas waktu rehat. :P Kang ada yang report dengan bos pula. :D :D Chiowww... Take care semua! :-*
Sayang sokmo,



No comments:
Post a Comment