Wednesday, September 16, 2009

Credit to Tok & Amir! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Credit to Amir & Tok. TQ so much!!! Thanks again for the help.


My precious! =)

I'm really worried like hell just now. I thought my camera was missing somewhere else. I'm going to cry but still try to calm down myself. Huwaaa... Alhamdulillah... It is found! Thanks to Amir & Tok. =) I knew it's already late, but they still help me to found it. I can't do any other work while thinking about the missing of camera. This camera really precious to me. If I lost the money, I can get it back. But if this camera lost, I can't get back the sentimental value of it. This my precious things other than my laptop. =) Thanks my friends! Owe you!


Sayang sokmo,

Birthday Celebration (15092009) =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Who's birthday cake is it...?!

Tadaaa...!!! Birthday's girl!!!

Reservation made from 5.30 pm at RFC for this birthday celebration.

Chicken rice

Roasted chicken

Fried chicken

Mashed potato

A table full of yummy dishes! =)

It's seem a long time since we've taken the picture of three of us.

Huwaaa...!!! This slice of cake was not fit into this small small cup... ;-)

Have you ever seen before a slice of cake with a flower inside the plastic cup with a small spoon...?!

Mar, Azu, Mira & Diana =)


Sayang sokmo,

Tuesday, September 15, 2009

Balik Raya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Countdown dlm laptop aku pada saat ini menunjukkan ada lagi lebih kurang 4 hari sebelum Aidilfitri. 4 hari juga lagi Ramadan tahun ini akan berlalu pergi. Sahabat-sahabat telah mula beransur pulang ke kampung halaman. Aku...?! Masih setia berada di Wang Ulu. =)

Aku balik Sabtu petang dari Kangar. InsyaAllah pagi Ahad sampai KL. Pagi Ahad...??? Bukankah pagi Raya? Ramai yang tanya aku mengapa balik lewat. Sebab... Sebab... Yang utama kerana Ibu & Ayah aku tiada bersama Raya kali ini. Aku beraya dengan Atok & saudara mara. Alasan sambilan aku, nak merasa macam orang jauh perantauan yang balik beraya & sampai pagi Raya (Macam dalam iklan TV la konon... Aku pun x tahu iklan yang mana satu. Member-member yang cakap ada iklan mcm itu). Hehehe...

Apa-apa pun, selamat pulang & selamat kembali sahabat-sahabat. Have a safe journey. =)

** Sambung buat FYP. Lalala~


Sayang sokmo,

Saturday, September 12, 2009

Bisingnya! =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Arghhhh...
Bisingnya...
Tak suka!!!
Ucapan Raya?
Radio Raya?
Lagu Raya?
Arghhh...
Mengganggu ketenangan sungguh!
Buatlah di tempat lain, jangan di Wang Ulu!!!
Tolong senyap!


Sayang sokmo,

Thursday, September 10, 2009

=(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

I'm not in the good mood right now. These sentence make me think deeply.

"Saya tak sangka awak dapat macam ini."
Aku diam.
"Mungkin sebab awak tinggal kelas hari itu."
Diam lagi.
"Buat yang terbaik lepas ini nanti ok."
Tak terkata. Sungguh!

Huh! It's all my fault. I admit it. Really... It is all my fault. It is not suppose to put the blame on I'm not attending the class. It's all about me. I didn't study well in his subject. I felt really bad to him. I felt really bad to myself. Really really bad. =( Eventhough I didn't score in his subject, but he still gave the motivation words for me to do the best in future. TQ Sir! This remind me about our conversation last Friday when I met him for FYP. The first thing came out from his mouth should be asking me about the FYP progress but instead of it, he ask me about the result of mid term test.

"Haa... Kenapa dgn result kamu? Apa dah jadi ni? Kenapa teruk sgt? Itulah... Kamu dah ketinggalan 2 kelas saya. Saya ingatkan kamu nak datang jumpa saya. Tapi x ada pun. Hmmm... X apalah."

Hmmm... I knew I was wrong. I should met him earlier but I didn't have the courage to face him about this. And until now I still didn't have that courage to meet him and apologize properly. I should apologize to him about the class and mid term test. Arghhh...!!! What should I do...?!!! Can I just say it out here...?! Huh!

"Sorry Sir! I was wrong! I will work harder and do my very best."

How I wish I could just say this out to him. Arghhh...
If only he can read this, then it's a relief for me...~ Haaaa...



Sayang sokmo,

Wednesday, September 9, 2009

090909 =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

090909

I just want to immortalize this date inside my blog.
Just a beautiful combination of number.
Not about 'something' special for me to be remember.
Maybe... This date would not come twice. ;-)
A moment to remember. =)


Sayang sokmo,

Monday, September 7, 2009

Antara Kesayangan Aku =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Froggy dah selamat di rumah Kajang.
Balik Raya nanti nak jenguk Froggy. =)
Bear putih kecil comel itu belum ada nama sejak Wawa bg.
Tak tahu nak bagi nama apa. Yang pasti, sayang sangat! =)

Terlampau besar!
Kalau nak tidur terpaksa sepak turun katil.
Nanti aku x dapat tidur yang kualiti.
Keh3x...

Cadar baru aku. Upin & Ipin.
Hasil tangan Ibu. Thanks Ibu!
Warna kesukaan juga. Suka sangat! =)

=)


Sayang sokmo,

Sunday, September 6, 2009

Aku Anak Manja! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku anak manja. Aku anak congek. Aku anak manja ibu ayah. Hehehe... Percaya x hampir setiap hari aku akan call ibu dengan purata waktu bergayut selama 30 minit?! Kalau tidak aku yang call, ibu yang akan call aku. Dan kadangkala sehari sampai 2-3 kali akan call. Masa call, hp mesti beralih tangan. Sekejap cakap dengan Jihah, sekejap dengan ayah, sekejap dengan Syafiq. Hehehe... Entahlah... Sehari tak call, rasa macam x lengkap hidup. Nak kata dah duduk jauh baru call setiap hari tidak juga. Masa duduk di Perak pun macam itu juga. Hampir setiap hari bergayut. Berboraknya hanya perkara biasa. Tapi seronok bercakap! Alangkah bagusnya kalau dapat free call setiap hari kan?! Sekarang ini mostly ibu yang call aku sebab ibu guna Happy. Murah saja. 99 sen untuk 45 minit. Untung kan...?!

Time aku stress study ke time aku bermuram durja ke time aku ada masalah ke, aku mesti call ibu ayah. Aku tidak akan berceritakan masalah tapi aku perlukan suara dan kata-kata mereka untuk kembalikan semangat dan mood aku. Aku tak nak ibu dan ayah risau tentang aku, maka aku akan diamkan sahaja segala masalah aku. Aku sangat mementingkan perasaan mereka. Ibu dan ayah adalah segalanya bagiku. Sayang sangat ibu & ayah!

Gambar terbaru bersama Ibu & Ayah. Ini tengah bersantai di Pantai Tanjung Aru sebelum ke airport nak balik KL.


Sayang sokmo,

Friday, September 4, 2009

Macam-macam Kisah Minggu Ini =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kisah 1
"That's from all Yemen students. Sorry, we didn't known that you are three." Ya Rabbi! Segolek dok nasi & lauk bertimbun dalam pinggan pemberian pelajar Yemen. Kebetulan malam itu ada aku, Mar & Ann. Isk3x... Cukuplah... Walaupun ada 3 orang, takkan nak bagi sampai 1 periuk kot...?! Ish3x... Agak-agak ah beb. Anyway, thanks!

Kisah 2
Hampir kesemua result mid-term test dpt dlm masa 2 hari ini. Kesimpulan yang dapat dibuat - SANGAT TERUK!!! Walaupun tiada yang gagal namun sangat mengecewakan.

Medical Imaging - 54/100
Biological System Modelling - 44/100 (Aku tgk sekilas sahaja. Rasanya ini sahaja markah aku.)
Bioelectrical Instrumentation Design - 66/100
Artificial Intelligence - ???

Sangat teruk. Hampir 'lemas'. Sebagai langkah untuk menyelamatkan diri aku sebelum 'lemas' sepenuhnya, aku perlu 'rearrange' study plan aku. Jadual study aku kena semakin ketat. Kena kurangkan waktu tidur. Sebelum ini aku purata waktu tidur aku dalam 5-6 jam sehari maka selepas ini dikurangkan ke 4 jam sehari. InsyaAllah. Aku boleh punya. Yang penting kena kuat semangat bukan?! Apa lagi ye...? Hmmm... Rajin-rajin jumpa lecturer. Aku tak tahu kenapa semester ini aku sangat jarang jumpa lecturer. Padahal sem lepas-lepas asyik muka yg sama sahaja dok menempel di Dragon. Mungkinkah aku sudah semakin malas...?! Hishhh...

Kisah Hari Ini
Arghhhh...!!! SolidWork tak nak bekerjasama dengan aku pula waktu-waktu genting tadi. Memang SolidWork ini tak pandai menghayati lagu tema Wonderpet . "Apa yang penting... KERJASAMA.' Geram aku. Huh! Habis menggeletar tangan aku sepanjang buat SolidWork petang tadi. Kena marah satu hal. Lapar satu hal, tak makan sahur pagi tadi. Model tak jadi satu hal. Wah3x... Banyak betul hal aku nih.

Dah nak berbuka baru tahu puasa dah batal. Faham-faham sahajalah. Hmmm... Takkan kena marah tadi sampai semua hormon-hormon aku menderu nak keluar. Musykil... Musykil... Ishhh3x... Bagus juga kena marah, sebab memang salah aku. Memang patut pun. Tapi yang tak boleh blah petang tadi aku dicurigai.

"Eh, betul ke ni...? Bukan ke baru 2 kali sahaja?"
"Betullah Encik. Saya ada bukti tau." Aku tengah membela diri ni.
"Maklumlah orang busy." Aku kena sindir lagi. =( Sabarlah wahai hati. ;-)

Teka... Tikus siapa yang aku cilok ini...?!

Boleh tukar-tukar warna.
Nasib tikus ini tak boleh tukar warna pink.
TQ!


Sayang sokmo,

Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Warna & Corak Tali Leher =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Biru
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Sengaja aku mencari info berkaitan dengan tali leher untuk entri kali ini. Ini pengalaman pertama aku beb beli tali leher. Mana aku tahu bab-bab tali leher ini. Sebelum beli hari itu tak sempat nak cari maklumat dalam internet. Puas aku merayau Sogo sehari sebelum balik KK sebab nak cari tali leher untuk hadiah hari lahir Ayah. Tiada juga yang berkenan di hati.

Last-last balik KK dengan tangan yang kosong sahaja. Tidak puas hati, hari Khamis aku turun Labuan semata-mata untuk mencari tali leher. Alhamdulillah... Jumpa pun warna & jenama tali leher yang berkenan di hati. Apa lagi, terus capai sajalah. =)

Happy Becoming 51st Birthday Ayah!
Dari kami 5 beradik. =)

Kelabu & Bergaris
Apakah maksudnya...?!

Aku mencari Pierre Cardin sebenarnya.
Tapi x jumpa di Labuan.
Tidak mengapalah...
Alain Delon pun best apa...?! =)


Sayang sokmo,