Monday, January 18, 2010

Pengembaraan Hujung Minggu!!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Restoran depan ILP Perlis

Nasi Goreng Pattani
Nama sahaja berbeza tapi rasa semuanya sama.

Masing-masing dok sengih-sengih, kelaparan kot time ni.

K.A.M.I

Masing-masing kelaparan sewaktu kelas JDM tadi. Sampaikan soalan akaun tadi pun tak ada idea utk diselesaikan (alasan... alasan...). Habis sahaja kelas, terus meluru mencari kedai makan setelah solat. Destinasi bertuah yang dituju petang ini adalah restoran depan ILP Perlis. Kedai yang nampak 'gah'. Benarlah pepatah mengatakan "Don't judge the book by its cover" Hahaha... Makanan yang terhidang di depan mata semuanya mempunyai rasa yang sama walaupun menu kami berbeza. Mungkin senang untuk chef di restoran tersebut untuk masak sekaligus semua order yang telah dibuat (sekadar menyedapkan hati). Walau macam mana pun mulut mengomel, pinggan tetap licin akhirnya. Bila perut dah lapar, beginilah...

Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Seriab

Sessi pagi bermula.
Kita tengok siapa yang bakal memecahkan rekod dapat ikan dahulu.


Santapan khas buat mangsa hari ini. ;-)
Enak sungguh!


Masing-masing menayang kemahiran 'mensula' cacing ke mata kail.

Dah lewat petang tapi masih menemani seseorang yang masih belum berjaya menaikkan seekor ikan pun. Hehehe... Akhirnya hasil masih tetap sama.

Agak lewat gerak keluar dari Wang Ulu. Sebelum memancing, kami pergi mengisi perut di Bintong. Bak kata sahabat, petua untuk memancing: pemancing mestilah tidak berada dalam keadaan perut kosong semasa aktiviti dijalankan. Maka, kami pun makan sekadar 'alas perut'. ;-)

Sangat teruja! Sessi pertama bermula di lokasi sungai bawah jambatan. Kamu semua mesti familiar dengan tempat itu. =) Port kami di bawah jambatan simpang ke Kuala Perlis dari Kangar. Rekod tangkapan pertama dipecahkan oleh Mar dengan ikan saiz S. Jadilah. Diikuti dengan Mira dan Diana. Haihh... Aku dah mula kurang sabar dengan ikan yang tidak makan umpan aku dari tadi.

Akhirnya penantian berbaloi. Mula-mula seekor yang sangkut, lepas itu berderet-deret pakat berebut nak makan hidangan yang diumpan. Ikan aku semuanya saiz XS. Pengakhiran sessi pagi dengan hasil tangkapan Mar 1 ekor, Diana 2 ekor, Mira 3 ekor dan aku 5 ekor. Hehehe... 5 ekor ikan XS aku kalau digabung boleh jadi ikan saiz M kot. Hahaha...

Berehat sebentar (tidaklah sebentar sangat, lama juga) di rumah Atok Mar sementara menunggu sessi petang pula bermula. Agak hambar pada sessi petang. Mungkin dek angin yang bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa pada petang itu telah menyebabkan ikan-ikan semua takut untuk keluar rumah makan umpan yang disediakan. Hanya Mira dan Mar sahaja yang berjaya memujuk ikan-ikan untuk makan umpan pada petang ini. Ann? Dapat berapa? Sila jawab. Hehehe... Kejamnya. Sebelum Maghrib menjelma, kami beransur pulang. Kami dibekalkan dengan bubur Assyura oleh famili Atok Mar. Terima kasih! Sangat banyak... Singgah sebentar di Hafifah untuk membeli bekalan makanan untuk pengembaraan esok. =)

Tarikh : 17 Januari 2010
Tempat : Wang Kelian & Gua Kelam

Sessi fotografi sebelum memulakan pengembaraan.

Ke luar negara!
Yeahhhh...!!!

Pasar Ahad Wang Kelian

Sessi menangguk ikan Guppy dalam besen.
=)

Delegasi bergambar kenangan setelah penat membeli-belah.

Meninggalkan jejak di Sempadan Malaysia-Thailand.
Mungkinkah ini kali pertama dan terakhir sampai ke sini?!

Nyum... Nyum... Nyum...
Santapan kami! =)
Kebuluran sejak pagi belum mengisi perut.

Cover album.
Model 'batu' Gua Kelam.

Arah yang perlu dituju.

Sila perhatikan jelas-jelas waktu lawatan untuk menaiki keretapi di Gua Kelam.
Jangan jadi seperti kami, leka bersantap sehingga terlepas waktu lawatan.

("*(",)

Tak larat nak mengarang panjang-panjang lagi. Biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara. ;-) Yang penting, sangat GEMBIRA!!! Terima kasih sahabat-sahabat. =) Sementara waktu masih bersisa, ayuhlah kita mengukir sebanyak mungkin memori terindah bersama. =)


Sayang sokmo,

No comments: