Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt
"Kalau betul-betul nak rasa syahdu. Teringin nak rasa kerdilnya diri. Aku cadangkan kau pergi ke 2 tempat; hospital dan kubur. Kalau tak mampu, lihat sahaja muka ibu kalian. Kalau renung dalam-dalam, mahu menitis air mata. Besar sungguh pengorbanannya. Memang betullah sabda Rasulullah yang membenarkan ummi sebagai insan yang perlu didahulukan. Betullah kata pepatah, syurga itu di bawah kaki ibu."
** Sumber : Blog En. Yusof
Serius. Aku sangat menghayati ayat ini. Betul beb! Kalau kalian renung muka ibu kalian, tenung mata ibu lama-lama, suatu perasaan damai meresap dalam diri. Serius... Bagi aku, bukan sahaja wajah ibulah segalanya. Suara ibulah juga segalanya. Nasihat ibulah juga segalanya. Sayangilah dan berbaktilah kepada orang tua mu selagi mereka masih ada. Betul. Masa kecil-kecil dahulu ibu aku selalu cakap, " Nak beli apa-apa, cakap sahaja. Semuanya kita boleh cari asalkan ada duit. Tapi 1 sahaja yang kita tidak akan dapat beli walaupun kita ada duit iaitu IBU & AYAH." Masa kecil dahulu, aku masih tidak faham. Apabila usia meningkat & macam-macam telah terjadi, baru aku faham maksud ibu.
Hmmm... Di kala tengah malam buta begini membicarakan perihal ibu & keluarga, aku jadi sebak. Perasaan rindu mencengkam. Serius. Aku sangat merindui mereka. InsyaAllah 25 Nov ini aku akan pulang beraya bersama keluarga. Doakan semoganya berjalan lancar yee... =)
Hmmm... Di kala tengah malam buta begini membicarakan perihal ibu & keluarga, aku jadi sebak. Perasaan rindu mencengkam. Serius. Aku sangat merindui mereka. InsyaAllah 25 Nov ini aku akan pulang beraya bersama keluarga. Doakan semoganya berjalan lancar yee... =)
Sayang sokmo,




No comments:
Post a Comment