Tuesday, September 16, 2008

Bukan Milikku?! ;P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Aku dapat sijil hari ini. Papa Yusof yg bagi. Actually bukan sijil drpd dia, tolong sampaikan je. Terkezut cek oi...

Adalah dengan ini diperakui bahawa
Nozurah Bt. Ahmad Tarmimi
telah menyertai dengan jayanya dalam
Program Remaja 'No Apologies' pada 21 Julai 2007
Anjuran
Unit Kaunseling Universiti Malaysia Perlis

Huhuhu... Unit kaunseling?! No Apologies?! Wah3x... 1st thing comes into my mind is : am I that bad?! Huh! Biasalah kan, selalunya kaunseling ini dikaitkan dgn org yg ada masalah. X kisah la masalah peribadi ke, masalah apa ke atau pun org yg perlukan khidmat nasihat drpd kaunselor. Aku tak bermaksud kaunseling ini x elok, tapi sepanjang hidup aku x pernah lagi pergi kaunseling. Entahlah... Kalau dulu time kat Sheikh Ahmad, aku selalu tengok kwn2x aku pergi jumpa kaunselor. Pasal nak minta pendapat sambung belajar la, jurusan apa yg sesuai la, pasal peribadi la dan macam2x lagi la.

X nak cerita lagi pasal kaunseling tu. Yg pasti sijil tu bukan milik aku. Tapi papa Yusof suruh ambil sahaja. Gawat betul la... Xpe la, aku terpaksa la berkorban jadi stor sementara sijil tu kan. Dapat pahala juga. Hehehe... ;)


Sayang sokmo,

No comments: