Friday, September 12, 2008

Antara Harimau, 2 Ekor Buaya, Tali, Tikus Putih & Hitam & Madu =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Kisah ini kuperolehi drpd emel yg telah dikirimkan oleh kawanku. Sebelum ini pernah membaca kisah ini, namun dah lupa. Mungkin sekadar membaca tanpa memahami sebelum ini, itu yg cepat lupa. Aku ingin berkongsi bersama sahabat2x sekalian kisah ini. Semoga kita bersama dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup
udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...

SI HAMBA ALLAH itu adalah KITA. HARIMAU yg mengejar tu adalah MAUT kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 EKOR BUAYA itu adalah MALAIKAT MUNKAR & NANGKIR yg menanti kita di alam kubur nanti. TALI yg tempat di hamba bergayut tadi adalah JANGKA HAYAT kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. TIKUS PUTIH dan TIKUS HITAM tu adalah dunia kita SIANG dan juga MALAM yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. MADU... Madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah NIKMAT DUNIA. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...


Sayang sokmo,

Emo Seorang Sahabat =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Dengan siapa kita bersahabat, insyaAllah akan melambangkan peribadi kita...

Huh!!! Bersabarlah wahai hati. Dia manusia biasa. Aku pun manusia biasa. Sering melakukan kesalahan dan kekasaran. Memang benar aku tidak berada di posisi kau. Memang benar aku tidak merasai apa yg kau lalui. Memang benar hanya kau yg mengetahuinya kerana hanya kau sahaja yg melaluinya. Memang benar segalanya. Namun, aku tetap marah. Marah dengan sikap biadapmu sebagai seorang kawan. Kebiadapanmu terhadap pandangan dan kata nasihat dr seorang teman kepada temannya. Memang sungguh biadap. Ini pertama kali aku melihat kebiadapan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Entahlah, mungkin inilah yg dinamakan manusia. Pelbagai ragam dan aksi yg unik. Yang kadang kala boleh membuatkan kita rasa macam nak termuntah dan kadang-kadang tersenyum. Jauh di sudut hati, aku berharap semoga kau sedar. Dalam dunia ini, bukan kau seorang sahaja yg wujud di bumi ini. Masih ada makhluk lain yg berada bersama. Bukan kau seorang sahaja yg mempunyai perasaan, makhluk lain jua mempunyai perasaan. Bukan kau sahaja yg tahu tension, makhluk lain pun tahu tension. Bukan kau sahaja yg boleh marah, makhluk lain pun boleh marah. Jangan sampai suatu tahap nanti, sahabat-sahabatmu sendiri benar2x merasa putus asa dengan kau. Pada tahap ini, janganlah kau sesali lagi kerana pada saat ini sahabatmu telah benar2x kecewa denganmu. Berubahlah wahai sahabatku. Aku jua bukanlah sempurna mana. Namun, kita masih ada masa untuk berubah sebelum ianya terlambat.

* Entri ini telah ditulis pada tengahmalam 11 September. Tapi disebabkan internet connection yg tergendala selama 2 hari di Wang Ulu, baru hari ini dapat diupload.


Sayang sokmo,

Tuesday, September 9, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

2, 3 hari ini terlebih rajin utk mengupdate blog setelah sekian lama meninggalkan aktiviti penulisan dek sibuk dgn program kelab. Alhamdulillah... Segalanya telah selesai. Sekarang dah tiba waktu untuk concentrate dlm study pula.

Alhamdulillah... Murah sungguh rezeki Allah di bumi ini. Musim mid term test telah lama berlalu. Resultnya pun telah keluar. Aku dapat 1 A, 2 A- dan 1 B. Control 83, Material 73, Organ 60++ (Saja buat2x x ingat... Sebab markah rendah. He3x) & alhamdulillah juga Safety aku highest. (Papa Yusof yg inform time aku tanya soalan tadi... Hehehe...)

Segala hal keduniaan hampir settle. Tapi hatiku kosong. Vitamin hati sudah semakin berkurangan. Ya Allah... Kuatkanlah hati hambu-Mu ini. Semoga dlm kesibukan dunia aku x melupai yg abadi menanti. =)


Sayang sokmo,

Sunday, September 7, 2008

Hari Kedua Kursus Pra-Perkahwinan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Gambar kenangan peserta kursus

Alhamdulillah... Kupanjatkan kesyukuran yg x terhingga buat-Mu atas segala nikmat melimpah-ruah yg telah Kau berikan buatku. Alhamdulillah... Akhirnya Kursus Pra-Perkahwinan anjuran bersama Kelab PPK Mekatronik dan Jabatan Agama Islam Perlis telah melabuhkan tirainya dengan rasmi pada petang ini. Terasa ringan sebelah bahuku. Sebelah lagi masih senget ke bawah kerana sijil dan perbelanjaan program belum habis dibuat. Masih tinggal saki-baki kerja yg perlu dilaksanakan setelah kursus selesai. Namun apa pun, aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit cacat cela.

Buat AJK Kursus Pra-Perkahwinan pada kali ini, aku amat menghargai segala komitmen dan kerjasama yg telah diberikan. Mar, Zaki, Eee, Kak Dayah, Ain, Diana, Sabri, Nabih, Amin, Fitri, Nazli, Ann & Leman. Tq geng!!! Tanpa korang semua, program ini x akan dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih. Ada rezeki, insyaAllah kita join utk program yg lain pula.


Sayang sokmo,

Saturday, September 6, 2008

Hari Pertama Kursus Pra-Perkahwinan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

1st day Kursus Pra-Perkahwinan telah berlalu. Alhamdulillah. Walaupun terdapat sedikit kelam kabut pd waktu pendaftaran pagi tadi, namun segalanya telah berjalan dengan lancar. Pagi tadi seawal jam 6.30 aku telah berjaya mencelikkan mata setelah tidur pukul 3.40 pagi. Agak berat nak buka mata. Tapi apabila teringatkan kursus pada pagi ini, kugagahi jua. Bayangkanlah, aku iron baju dgn mata separuh terbuka. Serious... Mengantuk sgt2x pagi td. Tidur x cukup sejak minggu ini. Itu yg letih sgt.

Pukul 7.30 gerak dr Wang Ulu. Tapi hujan lebat sgt2x, kami naik motor. Terpaksalah singgah di gerai utk berteduh. Dalam hati sgt risau, sebab peserta dah ada yg sampai awal tapi tiada seorang AJK pun ada di sana utk guide. Alhamdulillah, walaupun agak lewat sedikit tapi kami berjaya menyelesaikan pendaftaran dgn lancar.

5 jam ceramah hari ini sgt meletihkan. Hehehe... Mungkin aku sendiri yg letih bukan disebabkan ceramah. Macam-macam yg berlaku hari ini, laptop xdpt connect dgn projector la, peserta dtg lambat, masalah semasa sessi bergambar dan hal remeh-temeh yg lain. Tapi, alhamdulillah. Akhirnya berakhir sudah 1st day kursus. Moga esok akan berjalan dgn lancar jua.


Sayang sokmo,

Wednesday, September 3, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Sambutan bg program Kursus Pra-Perkahwinan sangat menggalakkan. Teringat ptg semalam aku dan Diana bertenggek di khemah bus Wang Ulu utk pendaftaran. Macam x mendapat sambutan. Tapi, rupa-rupanya sgt laris. Kalahlah hot dog panas yg selalu dijual di tepi. Begitu larisnya program ini sampaikan masing-masing x sedar yg pendaftaran telah melebihi kuota. Terpaksalah memikirkan cara utk mengurangkan peserta pula. Kami membuat keputusan, bg yg blm membuat pembayaran pada malam ini juga, dengan automatiknya pendaftaran terbatal. Ini pun utk kebaikan bersama juga. Kalau terlalu ramai yg masuk dalam 1 kelas, kuranglah konsentrasi utk mendengar ceramah nanti. Biarlah kursus ini berkualiti bt semua dan bukan hanya gah dgn kuantiti.

Seronaklah hari ini, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar. Lepas kelas Safety tadi, jumpa my Papa. Ada sedikit kekeliruan tentang leakage current. Yg happynya, my Papa said that I got the highest mark in the mid term test Safety. Syukur sgt. Actually I like this subject. Control too. Material & Organ so so la. Tapi, still ok. Semester ini aku akan cuba naikkan pointer. Markah mid-term kali ini pun boleh tahan gak. 1A, 2A- dan 1B. Aku perlu tingkat usaha dalam subjek Artificial Organ lagi. Markah subjek itu paling rendah. Subjek yg lain harap dapat terus meningkat jua.


Sayang sokmo,

Monday, September 1, 2008

Saje2x Je... =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hati aZu x sihat. =( Macam mana ni?! Demam kot. Dah masuk bulan Ramadhan. Dah 1 Ramadhan pun. Semoga aZu diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan di bulan Ramadhan ini.

Sekarang ini busy dgn Program Kursus Kahwin. Risaunya... Study agak terabai. Malam ini nak try cover control. Esok nak study dgn Nad. Kalau boleh, x nak lagi ada penyesalan. Sebab terlalu banyak sangat penyesalan akan men'down'kan motivasi aZu. He3x... Semoga berjaya aZu!!

Sekarang ini dah 1.09 a.m. Mata celik lagi sebab minum nescafe. (Ambil dadah untuk stay up. =P) Terlebih rajin lak sekarang ini nak update blog. Nak share 1 berita yg happy dgn kwn2x yg baca blog ini. Happy sangat sebab kursus kahwin ini dah diluluskan. Ini baru 1/10 daripada program. Masih ada 9/10 yg belum selesai. Semoga Allah permudahkanlah segala urusan kami. Semoga kursus ini berjalan dengan lancar.


Sayang sokmo,

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Datang Lagi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna daripada Ramadhan yg lepas. Mngkinkah ini Ramadhan terakhir yg mungkin aku lalui?! Wallahualam... Segalanya hanya DIA yg mampu menentukan.

Azam aku Ramadhan ini untuk penuhkan puasa + solat terawih. Kalau blh, x nak tinggal. (He3x, mcm mustahil je... Sb aku kan perempuan... So, faham2x je la. He3x...) Tapi, aku mengharapkan tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas. Biasalah manusia ini, semakin hari semakin membesar semakin perlu kematangan dalam diri. Akan sentiasa mendambakan segala perkara semakin yg terbaik dan makin sempurna dalam hidup.

Buat semua teman dan taulan atau sesiapa sahaja, aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku samada secara sedar atau tidak yg telah menggores hati kalian. Ampun atas segala kata-kata lancang yg pernah terkeluar dari mulutku yg melukai hati sahabat2x samada sedar atau tidak. Maafkan aku. Ketahuilah sahabat2x, aku hanya insan lemah yg banyak cacat cela dan dosa. Maafkanlah aku. Aku sayang bangat semua sahabat2x ku kerana kalian adalah saudaraku. Pertalian antara kita tidak akan pernah jauh.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!!


Sayang sokmo,

Ceramah Persediaan LI & Sambutan Merdeka Ke-51

Malam raptai. Jaket tu, jaket thn lepas maa... (Harap2x dpt la baju baru utk thn ini. Hehehe...)

Akhirnya... Kami gah berdiri bersama bendera Perlis dgn t-shirt baru. =P

Waduh3x... Lenguhnya pinggang den. Bayangkanlah, sejam lebih berdiri tanpa duduk kecuali time nak buat formasi ombak. Itu pun bukannya duduk, mencangkung saja. Hanya Tuhan sahaja yg tahu. He3x... Time lenguh2x itu, sempat merefresh subjek biomekanik semester lepas. Teringat En. Yusof ajar, kalau kita berdiri, 'hip' kita menampung 2x ganda berat badan sebenar kita. Hu3x... Padanlah 'pressure' semacam je td. Berat rupanya...

Apa2x pun, selesai sudah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 Peringkat Negeri Perlis. Sambutan tahun ini, kurang menyengat macam sambutan 'time' aku tahun 1. Masa itu, walaupun aku x join perbarisan atau flipcard tapi still terasa best sambutan tahun itu. Tahun lepas join perbarisan bawa bendera Malaysia. Tahun ini bawa bendera negeri Perlis. Tahun depan x tahulah masih ada peluang atau tidak. Harap2x masih dapat, koleksi baju merdeka aku dah lengkap 3 helai sepanjang 3 tahun aku kat UniMAP. Tahun akhir aku nanti, x tahulah mampu x untuk aku melengkapkan koleksi 4 helai. He3x...

Inilah wajah2x doktor mesin bioperubatan UniMAP.

Siang tadi ada ceramah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ceramah ini dibuat sempena untuk persediaan latihan industri akhir tahun ini. Dato' NC pun dtg sekali untuk merasmikan penutupan ceramah itu. Dato' NC dah promise untuk support 1/3 daripada perbelanjaan untuk melawat Universiti kat Bangkok. Lupa dah nama Universiti itu. Harap2x menjadilah perancangan ini. Dapatlah aku pergi luar negara sepanjang pengajian di UniMAP. =P

Pepatah ada mengatakan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Time dah nak akhir ceramah tadi, En. Hasmidi buka peluang untuk wakil kaum adam & hawa setiap seorang untuk membincangkan apa yg dipeolehi sepanjang ceramah tadi. Mula2x memang tiada orang yg volunteer. Tapi, alhamdulillah Alimin & Ida telah menyelamatkan keadaan. Aku ada rasa sedikit terkilan & kecewa dengan sikapku sendiri. Aku marah sebab aku kurang yakin dengan diri sendiri. Aku nak volunteer, tapi aku sgt2x memikirkan nervous & at last peluang terbang begitu sahaja di depan mata. Ruginya... =(

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk merumuskan ceramah tadi dalam dewan disebabkan sikapku sendiri, aku akan cuba merumuskan apa yg aku dapat melalui ceramah itu. Ceramah yg disampaikan pada pagi tadi lebih menyentuh kepada subjek yg aku ambil semester ini iaitu Biomedical Acts, Standards & Safety. Papa Yusof & Mama Aisyah adalah lecturer yg bertanggungjawab untuk mengajar aku subjek ini. Basically, biomedical engineer ini memainkan peranan yg sangat penting dalam perubatan. Setiap keputusan dan tindakan yang diambil akan melibatkan nyawa semua pesakit yg bakal menggunakan alatan tersebut. Bukan alatan sahaja, bahkan susun atur dan bahan buangan perubatan juga menjadi tanggungjawab biomedical engineer. Sangat berat tanggungjawab seorang biomedical engineer. Ilmu pengendalian dan penyelenggaraan juga adalah skop tugasan seorang biomedical engineer. Pendek kata, tugas sebagai seorang biomedical engineer juga mampu membantu orang lain yang memerlukan. Bukankah membantu orang lain itu juga 1 ibadah?! Alhamdulillah... Kerana pilihan untuk belajar Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di UniMAP ini telah ditentukan oleh-Nya. Dan DIA telah menentukan yg sebaik-baiknya buat diriku. Yang tinggal sekarang, hanya diri aku sendiri untuk mencapai target sebagai seorang biomedical engineer. Kejayaan hanya diperolehi dengan usaha yg gigih. So, aZu Jia You!!!

Sunday, August 24, 2008

Blog's World =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Semakin ramai sahabatku telah mula berjinak dalam dunia blog. Selamat datang wahai sahabat2x. Semoga blog akan membawa manfaat kepada kita semua. Mungkin pada hari ini dan mungkin juga pada masa akan datang. InsyaAllah...

Aku pun bukanlah org lama dlm dunia blog. Baru jua berkecimpung. Eceh... Sekadar tempat untuk meluahkan perasaan dan muhasabah serta 'muhasarawak'kan diri. Melepaskan ke'stress'an dan berkongsi pendapat. Blog menjadi pilihanku.


Sayang sokmo,