Wednesday, September 3, 2008

Alhamdulillah... =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Sambutan bg program Kursus Pra-Perkahwinan sangat menggalakkan. Teringat ptg semalam aku dan Diana bertenggek di khemah bus Wang Ulu utk pendaftaran. Macam x mendapat sambutan. Tapi, rupa-rupanya sgt laris. Kalahlah hot dog panas yg selalu dijual di tepi. Begitu larisnya program ini sampaikan masing-masing x sedar yg pendaftaran telah melebihi kuota. Terpaksalah memikirkan cara utk mengurangkan peserta pula. Kami membuat keputusan, bg yg blm membuat pembayaran pada malam ini juga, dengan automatiknya pendaftaran terbatal. Ini pun utk kebaikan bersama juga. Kalau terlalu ramai yg masuk dalam 1 kelas, kuranglah konsentrasi utk mendengar ceramah nanti. Biarlah kursus ini berkualiti bt semua dan bukan hanya gah dgn kuantiti.

Seronaklah hari ini, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar. Lepas kelas Safety tadi, jumpa my Papa. Ada sedikit kekeliruan tentang leakage current. Yg happynya, my Papa said that I got the highest mark in the mid term test Safety. Syukur sgt. Actually I like this subject. Control too. Material & Organ so so la. Tapi, still ok. Semester ini aku akan cuba naikkan pointer. Markah mid-term kali ini pun boleh tahan gak. 1A, 2A- dan 1B. Aku perlu tingkat usaha dalam subjek Artificial Organ lagi. Markah subjek itu paling rendah. Subjek yg lain harap dapat terus meningkat jua.


Sayang sokmo,

Monday, September 1, 2008

Saje2x Je... =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Hati aZu x sihat. =( Macam mana ni?! Demam kot. Dah masuk bulan Ramadhan. Dah 1 Ramadhan pun. Semoga aZu diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan di bulan Ramadhan ini.

Sekarang ini busy dgn Program Kursus Kahwin. Risaunya... Study agak terabai. Malam ini nak try cover control. Esok nak study dgn Nad. Kalau boleh, x nak lagi ada penyesalan. Sebab terlalu banyak sangat penyesalan akan men'down'kan motivasi aZu. He3x... Semoga berjaya aZu!!

Sekarang ini dah 1.09 a.m. Mata celik lagi sebab minum nescafe. (Ambil dadah untuk stay up. =P) Terlebih rajin lak sekarang ini nak update blog. Nak share 1 berita yg happy dgn kwn2x yg baca blog ini. Happy sangat sebab kursus kahwin ini dah diluluskan. Ini baru 1/10 daripada program. Masih ada 9/10 yg belum selesai. Semoga Allah permudahkanlah segala urusan kami. Semoga kursus ini berjalan dengan lancar.


Sayang sokmo,

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Datang Lagi =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna daripada Ramadhan yg lepas. Mngkinkah ini Ramadhan terakhir yg mungkin aku lalui?! Wallahualam... Segalanya hanya DIA yg mampu menentukan.

Azam aku Ramadhan ini untuk penuhkan puasa + solat terawih. Kalau blh, x nak tinggal. (He3x, mcm mustahil je... Sb aku kan perempuan... So, faham2x je la. He3x...) Tapi, aku mengharapkan tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas. Biasalah manusia ini, semakin hari semakin membesar semakin perlu kematangan dalam diri. Akan sentiasa mendambakan segala perkara semakin yg terbaik dan makin sempurna dalam hidup.

Buat semua teman dan taulan atau sesiapa sahaja, aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku samada secara sedar atau tidak yg telah menggores hati kalian. Ampun atas segala kata-kata lancang yg pernah terkeluar dari mulutku yg melukai hati sahabat2x samada sedar atau tidak. Maafkan aku. Ketahuilah sahabat2x, aku hanya insan lemah yg banyak cacat cela dan dosa. Maafkanlah aku. Aku sayang bangat semua sahabat2x ku kerana kalian adalah saudaraku. Pertalian antara kita tidak akan pernah jauh.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!!


Sayang sokmo,

Ceramah Persediaan LI & Sambutan Merdeka Ke-51

Malam raptai. Jaket tu, jaket thn lepas maa... (Harap2x dpt la baju baru utk thn ini. Hehehe...)

Akhirnya... Kami gah berdiri bersama bendera Perlis dgn t-shirt baru. =P

Waduh3x... Lenguhnya pinggang den. Bayangkanlah, sejam lebih berdiri tanpa duduk kecuali time nak buat formasi ombak. Itu pun bukannya duduk, mencangkung saja. Hanya Tuhan sahaja yg tahu. He3x... Time lenguh2x itu, sempat merefresh subjek biomekanik semester lepas. Teringat En. Yusof ajar, kalau kita berdiri, 'hip' kita menampung 2x ganda berat badan sebenar kita. Hu3x... Padanlah 'pressure' semacam je td. Berat rupanya...

Apa2x pun, selesai sudah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 Peringkat Negeri Perlis. Sambutan tahun ini, kurang menyengat macam sambutan 'time' aku tahun 1. Masa itu, walaupun aku x join perbarisan atau flipcard tapi still terasa best sambutan tahun itu. Tahun lepas join perbarisan bawa bendera Malaysia. Tahun ini bawa bendera negeri Perlis. Tahun depan x tahulah masih ada peluang atau tidak. Harap2x masih dapat, koleksi baju merdeka aku dah lengkap 3 helai sepanjang 3 tahun aku kat UniMAP. Tahun akhir aku nanti, x tahulah mampu x untuk aku melengkapkan koleksi 4 helai. He3x...

Inilah wajah2x doktor mesin bioperubatan UniMAP.

Siang tadi ada ceramah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ceramah ini dibuat sempena untuk persediaan latihan industri akhir tahun ini. Dato' NC pun dtg sekali untuk merasmikan penutupan ceramah itu. Dato' NC dah promise untuk support 1/3 daripada perbelanjaan untuk melawat Universiti kat Bangkok. Lupa dah nama Universiti itu. Harap2x menjadilah perancangan ini. Dapatlah aku pergi luar negara sepanjang pengajian di UniMAP. =P

Pepatah ada mengatakan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Time dah nak akhir ceramah tadi, En. Hasmidi buka peluang untuk wakil kaum adam & hawa setiap seorang untuk membincangkan apa yg dipeolehi sepanjang ceramah tadi. Mula2x memang tiada orang yg volunteer. Tapi, alhamdulillah Alimin & Ida telah menyelamatkan keadaan. Aku ada rasa sedikit terkilan & kecewa dengan sikapku sendiri. Aku marah sebab aku kurang yakin dengan diri sendiri. Aku nak volunteer, tapi aku sgt2x memikirkan nervous & at last peluang terbang begitu sahaja di depan mata. Ruginya... =(

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk merumuskan ceramah tadi dalam dewan disebabkan sikapku sendiri, aku akan cuba merumuskan apa yg aku dapat melalui ceramah itu. Ceramah yg disampaikan pada pagi tadi lebih menyentuh kepada subjek yg aku ambil semester ini iaitu Biomedical Acts, Standards & Safety. Papa Yusof & Mama Aisyah adalah lecturer yg bertanggungjawab untuk mengajar aku subjek ini. Basically, biomedical engineer ini memainkan peranan yg sangat penting dalam perubatan. Setiap keputusan dan tindakan yang diambil akan melibatkan nyawa semua pesakit yg bakal menggunakan alatan tersebut. Bukan alatan sahaja, bahkan susun atur dan bahan buangan perubatan juga menjadi tanggungjawab biomedical engineer. Sangat berat tanggungjawab seorang biomedical engineer. Ilmu pengendalian dan penyelenggaraan juga adalah skop tugasan seorang biomedical engineer. Pendek kata, tugas sebagai seorang biomedical engineer juga mampu membantu orang lain yang memerlukan. Bukankah membantu orang lain itu juga 1 ibadah?! Alhamdulillah... Kerana pilihan untuk belajar Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di UniMAP ini telah ditentukan oleh-Nya. Dan DIA telah menentukan yg sebaik-baiknya buat diriku. Yang tinggal sekarang, hanya diri aku sendiri untuk mencapai target sebagai seorang biomedical engineer. Kejayaan hanya diperolehi dengan usaha yg gigih. So, aZu Jia You!!!

Sunday, August 24, 2008

Blog's World =P

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Semakin ramai sahabatku telah mula berjinak dalam dunia blog. Selamat datang wahai sahabat2x. Semoga blog akan membawa manfaat kepada kita semua. Mungkin pada hari ini dan mungkin juga pada masa akan datang. InsyaAllah...

Aku pun bukanlah org lama dlm dunia blog. Baru jua berkecimpung. Eceh... Sekadar tempat untuk meluahkan perasaan dan muhasabah serta 'muhasarawak'kan diri. Melepaskan ke'stress'an dan berkongsi pendapat. Blog menjadi pilihanku.


Sayang sokmo,

Thursday, August 14, 2008

Serabutnya!!! =(

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Letihnyaaa... Hari ini last date utk hntr assignment Safety. Waduh3x... Kalut gak la tadi. Dah la aku tertinggal tajuk dan nama ahli. Terpaksalah kena edit & print balik. Yang rasa nak marahnya, CD yg ke-4 baru berjaya burn assignment tu. Huh! Salah sendiri gak la. Sape suruh buat kerja las minit. Padan dengan muka aku.

En. Yusof masuk hospital?! Waaa... Baru tau. Padanlah semalam xda tutor Safety. Aku enak-enak je membuta. En. Yusof sakit ape eh?... Semoga En. Yusof cepat sembuh. =)

Hari ini mood kureng baik. Rasa macam nak marah2x je. Mungkin sebab serabut dgn mcm2x hal yg x settle2x lagi. Hehehe... (Kureng pahala pose,dok marah2x jee...)


Sayang sokmo,

Wednesday, August 6, 2008

'Capek' Tapi Happy!! =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

X sedar pg td. Letih sgt mlm smlm, tidur sejam je. Qada tidur pg td sampai hampir2x nak terponteng kuliah Control la. Nasib Diana call, kalau x mesti dah sambung terus mimpi indah. Hehehe...

Seronok laa... Even rasa sgt letih tp happy sgt. Siang td dh settlekan semua pasal surat2x INTRA. 6 buah company aku dah hantar. Harap2x la lekat gak. Lepas ni nak peningkan kepala dgn mid-term test, lab report, assignment & tutorial. Agak busy. Tapi, insyaAllah akan dipermudahkan. =)

Minggu ini aku mula buat pembaharuan. Aku susun elok2x waktu malam utk study, buat report & tutorial. Alhamdulillah... Nampaknya mcm berkesan sahaja cara ini. Akan diteruskan untuk masa2x hadapan. ;) Penyusunan masa ini jadikan aku rasa happy even bdn letih. Rasa semakin semangat untuk terus membaca. Cewahhh... Eh,tapi serius ni. Sgt happy! Byk lagi kerja menanti... Chow chin chow dulu ah. Mengantuk ni tapi belum habis prepare utk lab Safety esok. (Hehehe... X habis prepare lab, tapi sempat gak update blog. Isk3x)


Sayang sokmo,

Monday, August 4, 2008

Cancel Proton, Wawa Online =)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Sedih... Hari ini sekali lagi terpaksa membuat pilihan dalam hidup. Uwaaa... X dapat pergi lawatan kilang Proton hari Khamis ini. Sadisnya... Terlepas peluang keemasan ini. Walaupun proton x berkaitan sgt dgn course aku, tp bkn senang nak dpt peluang begini. Sekali dlm seumur hidup kot. Ecehh...

Huhu... Walau mcm mana sekalipun, inilah namanya kehidupan. Mana ada kehidupan yg tidak perlukan untuk membuat pilihan. Betul x?! Even nak makan lauk apa untuk lunch & dinner pun kena buat pilihan. Inikan pula perkara-perkara yg lebih penting daripada itu. Mesti la lagi kena berkorban.

Kalau diikutkan hati, memang aku rela mid term ditunda Selasa depan. Tapi, kasihan la pulak dgn kwn2x aku yg lain. Kasihan gak kat aku la. Minggu depan mid-term berturut-turut. Isnin-midterm Organ, Selasa-Safety(klu jd), Rabu- Control (kemungkinan besar), Khamis-midterm Biomaterial & submit assignment En. Yusof. Senget la kepala minggu depan. X nak la disebabkan kami 13 org sahaja, 47 org yg lain turut tanggung beban minggu depan. X seronok la tengok org lain susah atas kesenangan kita kan. X apa la, mungkin bukan rezeki aku kali ini. (tgh pujuk diri sendiri ni)

Apa2x pun, ada 1 perasaan puas dlm hati. Mungkin sebab keputusan ini kot. Entahlah... Aku ckp dgn member aku, "Biarlah kt berkorban utk kegembiraan org lain". So, aku mesti lapangkan dada, terima dgn hati yg terbuka segala keputusan yg telah dibuat. Setiap yg berlaku ada rahmat di sebaliknya. InsyaAllah...

Ada 1 lagi berita gembira hari ini. Wawa dah install balik gtalk. Hahaha... Balik2x je drpd kelas td, aku terus on laptop. Tiba2x tergerak hati nak on gtalk. Sebab sekarang ini aku dah jrg on gtalk. Bukak je gtalk de offline msg drpd wawa. Kebetulan wawa pun tgh on9. Seronoknya!!! Rindu bangat seyh... Dah lama x jumpa minah kurus tu. Sempat gak la merepek sat dgn wawa. Itu pun dh cukup buat aku rasa sgt gembira. Mungkinkah ini rahmat drpd keputusan yg telah aku buat pg td?! Wallahualam...

Haaa!!! Nasib x terlupa... Hari ini wedding anniversary ibu & ayah yg ke-23. Hehehe... Semoga ibu ayah akan happy & bahagia sokmo.


Sayang sokmo,

Saturday, August 2, 2008

Malam Mesra PPK Mekatronik =P

Barisan AJK Malam Mesra PPK Mekatronik

Letihnya... Baru sahaja balik drpd Malam Mesra PPK Mekatronik. Aktiviti malam ini sangat membuatkan akan terasa semakin tidak bermaya. Bukan sebab kerja atau tugasan yg dibahagikan. Tapi, aku rasa letih sebaik sahaja tengok bilangan pelajar junior yg hanya seciput. Rasa nak menangis sahaja bila tgk kehadiran mereka. Tapi, memandangkan AJK lain yg masih meneruskan perjuangan walau dugaan yg menimpa, aku rasa kembali kuat. Aku tahu, kekuatan kami adalah bersama. Aku sangat sayang akan pengalaman dan kenangan yg kami telah lalui bersama.

Thanks to all. Walaupun mood kurang baik pada malam ini, tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga aktiviti seterusnya akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelajar dan AJK Kelab. Aku sayang pd ikatan kerjasama yg telah terbina. Kenangan membancuh air sirap di rumah Kak Dayah akan menjadi salah satu kenangan baru dalam sejarah lipatan hidup aku. =) Peace! Happy sume!

Friday, August 1, 2008

Serabut?! ;-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt

Waarrgghhhh...!!! Serabutnya... Hahaha... Padan muka... Siapa suruh buat kerja last minute lagi. Kan dah serabut. Hahaha... Apa-apa pun, hidup mau hepi! =) Semoga permohonan untuk latihan industri aku berjaya. Bukan aku sahaja, malahan kwn2x aku yg lain juga. Semoga kami 1st batch biomedical electronics engineering unimap akan membawa nama yg cemerlang bg permulaan intra kali ini. Semoga Allah memberkati kami. =)

Hari ini baru hntr ke HUKM & Pharmaniaga sahaja. Yang lain mungkin dalam hari Isnin atau Selasa baru boleh settlekan. Huhu... Lotehnyo den... Malam ini ada Malam Mesra PPK Mekatronik bersama pelajar2x baru sessi 2008/2009. Semoga segalanya berjalan lancar. =)

Chiowww... Mau g Kg Wai dah ni... Doakan kejayaan kami!


Sayang sokmo,